Ahad, 10 Januari 2010

Raja Barua Nusantara!!

Raja paling busuk di nusantara!!

inilah salah satu artikel yg aku paling suka tentang si anak Raja yg paling huru hara ini!!

Ia mampu membuat satu nusantara bergolak dengan hanya menulis blog neraka beliau...

Jaga-jaga nusantara.... orang kanan Iblis ada di rantau kita!!!

Adakah Raja Petra sekadar mahu memberitahu kelicikannya untuk melepasi pintu keluar masuk negara ini? Kalau itu, dia memang licik. Tetapi Raja Petra harus ingat, polis kita lebih licik kerana dapat menjejaki dia di London.

Oleh Ku Seman Ku Hussain, Mingguan Malaysia

Di negara ini kononnya tidak ada kebebasan media lalu dia mengendalikan laman web Malaysia Today. Dia sebagai pengarang sekaligus wartawan yang memuatkan artikel dalam laman web berkenaan.

Dia mahu menunjukkan bahan yang disiarkan dalam Malaysia Today tidak berani disiarkan oleh organisasi media berwibawa kononnya disekat oleh kerajaan. Maka dia menulis mengikut khabar-khabar angin yang sampai ke telinganya tentang hal-hal yang sensitif.

Oh, mudahnya. Dia memahami definisi kebebasan media sebagai bebas menyiarkan khabar-khabar angin dari sembang kedai kopi. Dia tidak faham definisi fitnah dan tidak pernah bertanggungjawab tentang apa yang ditulis.

Sebenarnya dia bukan siapa-siapa. Bukan juga wartawan, jauh sekali pengarang yang pernah berkhidmat dengan organisasi media berwibawa. Dia hanya pengarang di sebuah laman web dan penulis blog yang wibawanya sangat dicurigai.

Tetapi kerana kedangkalan dia memahami erti kebebasan dan etika media, dia menjadi popular. Tetapi yang buruknya dia tidak bertanggungjawab. Buktinya dia mempunyai dua waran tangkap dan sudah menghilangkan diri sejak lapan bulan lalu. Kenapa lari?

Itulah dia Raja Petra Kamarudin atau RPK yang kembali menjadi bahan berita apabila dikatakan kini hidup di kediaman mewah di Gloucester Terrace, London. Terbaru sekali dalam laman sosial Facebook, Raja Petra mendakwa dia berada di Poland dan menyiarkan gambar diapit oleh dua wanita mat salih. Hebat sungguh raja yang seorang ini. Tetapi hasil risikan polis mendapati dia masih berada di London.

Raja Petra belum didapati bersalah, dia hanya didakwa memfitnah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan beberapa fitnah lain yang menggugatkan keharmonian negara. Tetapi Raja Petra melarikan diri dan kini dia “menyalak” dari luar negara mengkritik dasar kerajaan negara ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah menggesa Raja Petra supaya “kembali untuk membersihkan nama”. Sepatutnya Raja Petra menyahut gesaan Musa dengan kembali ke negara ini dan menegakkan kebenarannya di mahkamah. Dia mesti menjadi seorang lelaki yang berani dan bertanggungjawab. Raja Petra mesti membuktikan dia bukan seorang dayus serta pengecut.

Sangat takut kepada Isteri.

Tetapi Raja Petra memilih untuk jadi pengecut sekalipun dia hanya dituduh. Dia bersembunyi kemudian melarikan diri secara haram ke luar negara. Dia bijak kerana berjaya meloloskan diri ke luar negara tetapi yang lebih besar dia juga seorang yang tidak bertanggungjawab selepas meninggalkan banyak fitnah. Tulisannya menjadi fitnah apabila dia sendiri tidak berani untuk menegakkan kebenaran apa yang ditulisnya.

Kenapa Raja Petra bersembunyi dan lari? Ini persoalan menarik untuk mengenali kerabat Selangor ini yang namanya mula-mula sekali muncul selepas pemecatan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Selepas mengendalikan Malaysia Today Raja Petra menjadi “selebriti” apabila menulis artikel yang membawa unsur fitnah dan propaganda.

Berkomplot

Pada April 2001 Raja Petra ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama 52 hari kerana berkomplot menggulingkan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Selepas dibebaskan dari ISA, Raja Petra terus menulis tanpa mempedulikan etika dan kesan kepada hubungan kaum di negara ini.

Pada Julai 2008, sekali lagi Raja Petra ditahan dan didakwa kerana menyiarkan artikel memfitnah Rosmah berkaitan pembunuhan wanita Monggolia Altantuya Shaaribu. Semasa ditahan di lokap, Raja Petra membuat gimik menolak usaha isterinya Marina Lee Abdullah untuk mengikat jamin. Bagaimanapun akhirnya dia setuju diikat jamin selepas gimik itu tidak mendapat simpati termasuk kalangan pembangkang yang sebelum itu mempergunakan “kepakaran” Raja Petra.

Raja Petra yang berusia 59 tahun ini sebenarnya seorang yang suka “bergurau”. Buktinya dia “bergurau” menyiarkan rakaman video kononnya kekejaman polis negara ini terhadap seorang pemuda ketika disoalsiasat. Kasihan sekali, pengagum Raja Petra dan pembaca laman webnya telah ditipu dan diperbodohkan dengan paparan yang tidak benar sama sekali.

Mereka yang telah diracun pemikiran oleh Malaysia Today percaya dengan dakwaan Raja Petra. Dia berjaya mempengaruhi mereka apabila mendakwa semua organisasi media arus perdana tidak boleh dipercayai kerana “dikuasai” oleh kerajaan. Kini pengagum yang diperbodohkan itu terpinga-pinga kerana Raja Petra bersenang lenang di London sedangkan selama ini mereka menganggap Raja Petra sebagai pejuang kebebasan media.

Bekas pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) dan Victoria Institution Kuala Lumpur ini sebenarnya semakin tersepit. Walaupun berjaya memboloskan diri ke luar negara, ditaja oleh individu tertentu tetapi tidak ada kebebasan. Dia mempunyai lima anak, Raja Suraya, Raja Azman, Raja Shahril, Raja Azmir dan Raja Sara sanggup meninggalkan keluarga di negara ini. Salah seorang anaknya, Raja Azman dihadapkan ke mahkamah dan mengaku salah terhadap tuduhan mencuri motosikal dan pecah rumah.

Berani

Nampaknya Raja Azman lebih berani menerima kenyataan dengan mengaku salah terhadap tuduhan jenayah yang dilakukan berbanding Raja Petra yang lari ke luar negara. Rasionalnya Raja Petra tidak perlu lari sebaliknya berani membuktikan semua yang dipaparkan dalam Malaysia Today adalah benar. Lari tidak menyelesaikan masalah kerana dia bukan seorang pesalah. Raja Petra hanya takut kepada bayang-bayang sendiri, barangkali dia tidak ada apa-apa bukti untuk menyokong hujahnya. Ini kerana taraf laman webnya tidak ubah sembang di kedai kopi yang tidak ada etika dan tanggungjawab.

Ketika ini mungkin Raja Petra sedang berkurung di kediaman mewahnya di London. Ibarat burung yang terkurung dalam sangkar emas, tidak bebas kerana ada pihak yang memburunya. Dia mungkin terkenang kepada anak-anaknya di negara ini dan menyesal kerana “perjuangan” selama ini sebenarnya sia-sia belaka.

Raja Petra tidak boleh selamanya bersembunyi kerana “hutang” dengan rakyat negara ini belum dilunaskan. Dia perlu kembali untuk membuktikan semua tuduhan yang dilemparkan kepada kerajaan selama ini adalah benar. Malah tidak perlu takut sekiranya dia mempunyai bukti yang kukuh. Inilah masa untuk dia membersihkan nama. Kalau dia takut untuk pulang dan diadili di mahkamah, orang yang sebelum ini mengaguminya akan berfikir sebaliknya.

Adakah Raja Petra sekadar mahu memberitahu kelicikannya untuk melepasi pintu keluar masuk negara ini? Kalau itu, dia memang licik. Tetapi Raja Petra harus ingat, polis kita lebih licik kerana dapat menjejaki dia di London. Polis tahu di mana Raja Petra berada. Jadi, Raja Petra bukanlah licik, dia sebenarnya takut. Orang selalu kata, berani kerana benar, takut pula tentulah bersalah. Mesej ini perlu difahami oleh pengagum-pengagum Raja Petra dan pembaca setia Malaysia Today. Itulah Raja Petra Kamarudin.

This Is The Oldest Page