Jumaat, 30 April 2010

KEMODENAN itu membawa KEBAIKAN???



Artikel ini cuma satu teguran ikhlas demi untuk melepaskan sedikit tanggungjawab terhadap permasalahan ini.... anda juga boleh begitu....iaitu dengan cara memberi komen-komen yang menyokong atau pun komen kontra terhadap artikel ini... ia akan sangat membantu terutamanya kepada kesemua para pemimpin yang kita ada sekarang...  yang tinggal hanya mereka sahaja untuk mengubahnya.... kita tidak punya kuasa.... kita pilih mereka... maka tolong lakukan perubahan ini!!!! - RMF


Demi menampung kehidupan manusia moden yang semakin ramai kini.... Rumah, bangunan rendah dan tinggi, pakaian, makanan dan minuman, kenderaan dan sebagainya telah terlalu banyak melalui perubahan berbanding sebelum wujudnya dunia sains dan teknologi. Namun sedar atau tidak, kita dan seluruh alam semakin parah kerana kemodenan itu kembali. Kenapa... tidakkah kemajuan itu membawa kebaikan???


KEMODENAN LEBIH BANYAK MEMBAWA MUDARAT DARIPADA KEBAIKAN!!!

Ok…. Mari kita berfikir secara mudah dan logik sejenak…..
Kita mulakan dengan mendefinasikan ” KEMODENAN” itu sendiri....

KEMODENAN di dalam artikel ini ialah merujuk kepada kemajuan pada segala unsur yang di naiktaraf dari fitrah alam ke satu peringkat yang di sangkakan sangat berkualiti dan mencapai piawaian yang tinggi melalui kepandaian akal dan jiwa manusia yang di panggil sains dan teknologi. Dan kesemua manusia yang mengamalkan cara hidup begini dan hidup didalam zaman ini, di gelar Manusia Moden.

Mari kita lihat secara asas dan ringkas.... apa kesan-kesan negatif dari sudut faktor-faktor kemodenan cara hidup kita yang kita amalkan kini:-

Rumah Moden
Semua struktur untuk membina rumah adalah dari unsur-unsur bumi dan ada sebahagiannya di ambil dari bahagian yang amat dalam dari kerak bumi..... tidakkah ia mengganggu keadaan fizikal bumi???...
Dan kita tahu, amat sedikit daripada unsur itu dapat tumbuh kembali... atau bertambah jika di ambil dari lokasi asal unsur itu.....

Faktor ini juga banyak merubahkan struktur muka bumi; ini kerana jika sesebuah taman perumahan dan pusat bandar bakal di bina.... segala hutan dan bukit bukau.... flora dan fauna.... akan lenyap menyembah bumi..... tanpa perlu sedikit pun pelan baru untuk menggantikannya kembali!!!

Semua bangunan/Dewan/Stadium Moden dsbnya.
Faktanya sama dengan isu Rumah Moden.... dan merekalah juga yang paling banyak menyedut pasir, besi, batu, simen dan sebagainya......
Cuma ia menjadi lebih hangat bila di rujuk sebagai senjata kepada bumi bila bumi mengamuk (gempa bumi, taufan etc).... ia juga di rujuk sebagai senjata kepada musuh dan Dajjal Al-Masih!!!

Strutur tinggi juga di katakan mengganggu perjalanan angin, tenaga-tenaga alam dan iklim di sekeliling mereka..... ia menerbitkan kabus, menghangatkan suhu dan sebagainya.... tidakkah isu ini sangat besar bagi kamu???

Kesemua kenderaan darat, udara dan laut!!!
Ok.... sekali lagi..... asas struktur kesemua kenderaan juga dari perut bumi.... betul atau tidak???.... atau ada yang datang dari atas langit atau dari planet lain???.... so, sudah tentu semakin banyak kenderaan di bina.... semakin teruk bumi di korek dan di curi isi-isinya.... siapa bersalah???....

Dan dari kesemua kenderaan-kenderaan ini.... haba dan asap pencemaran yang beracun terhasil.... dan IA sesungguhnya berada di sekeliling kita..... aduh, semakin hari dan tiap-tiap hari kita di racun dan di panaskan kerana KEMODENAN INI..... masih mahu berbangga dengan kemodenan???

 
Minyak, Gas Asli, Batu Arang dan semua sumber tenaga!!
Sekali lagi…. Dari mana semua ini datang???.... dan mudahkah atau bolehkah unsur bumi ini di ganti kembali????....

Ada orang berkata... kemungkinan besar malapetaka alam terutamanya Gempa Bumi dan Tsunami adalah kerana kesan pengambilan minyak dan gas asli di laut dalam.... sangat logik tetapi perlu di buktikan!!!

Barangan elektronik
Memudahkan.... ya sangat di perlukan.... telefon bimbit, television, mesin basuh, komputer, peti ais dan sebagainya.... berat isu ini... saya sendiri sangat suka faktor ini wujud di muka bumi kita ini....

Tetapi ia menyebabkan manusia malas, tidak mahu bersenam dan yang paling TERUK ialah terkena kesan negatif daripada kesemua ion-ion serta kesan radiasi elektrik itu sendiri..... 3 faktor ini memusnahkan kesihatan manusia secara pelahan-lahan.... nampak kecil dan remeh... tetapi sebenarnya amat besar sekali....

Barangan perabot
Kerana ingin memenuhi kehendak manusia yang melampau-lampau….. hutan habis di tarah dan di musnahkan tanpa perlu di bangunkan semula..... ia juga terjadi ketika sesebuah taman perumahan dan pusat bandar bakal di bina. Faktor ini tidak menggangu jika ada pelan pembangunan kembali hutan-hutan yang di robohkan demi memenuhi keinginan ini.


Makanan dan minuman
Faktor ini merupakan isu dilemma paling besar manusia kerana faktor ini merupakan perkara paling asas untuk kehidupan.... tetapi kerana kemodenan dan permintaan yang tinggi dari manusia sendiri.... faktor ini sudah di cemari dengan pelbagai unsur kemodenan yang di panggil kimia.....

Hampir semua makanan sekarang di berikan bahan pengawet.... bahan racun perosak.... bahan penambah segar... bahan mempercepatkan pertumbuhan, bahan pewarna dan sebagainya..... ia sememangnya di istiharkan sebagai selamat oleh para pengamal perubatan sedunia namun hakikatnya semua bahan itu tidak semula jadi dan kurang sesuai bagi manusia jika terlalu banyak terdedah kepada bahan-bahan seperti itu....

Air juga mengalami nasib yang sama.... air di letakkan klorin untuk membunuh kuman dan seluruh mikroorganisma yang ada..... namun ironinya klorin itu sendiri adalah racun yang sangat bahaya kepada kita... saya sendiri pernah melihat proses pembersihan air oleh pihak Syabas di Cheras.... dan bilik klorin mereka adalah bilik yang di kawal agar tiada manusia yang dapat memasukinya demi keselamatan semua.....

Air juga, dari pandangan saya merupakan unsur paling teruk merosakkan manusia kerana membawa pelbagai unsur kotoran, racun dan kimia kepada semua... semua pembentung air yang menyaluran air kepada rumah-rumah di Malaysia kini sangat teruk keadaannya.... berkarat, berlumpur, kotor dan mempunyai pelbagai logam berat di dalamnya.....

Dan oleh kerena itu, tidak peliklah Malaysia di istiharkan sebagai negara di mana penyakit buah pinggang yang kronik tertinggi di dunia..... tahniah semua!!!

Faktor barangan elektronik, perabot, rumah, makanan dan minuman memang agak sukar untuk di tolak oleh manusia... namun fakta tetap fakta.!!!

 

PERINGATAN: saya tidak menolak kebaikan kemodenan.... Cuma di sini saya cuba membawa pembaca ke suatu sudut yang lain…. Iaitu kemodenan sebenarnya membunuh kita!!!.... tidak perlu berbangga…. Cuma untuk berkongsi sahaja…. Sharing is caring!!!

Kesimpulannya ialah.... kita rosakkan bumi yang asli ini demi kehidupan yang moden yang di katakan sebagai maju dan selamat..... walhal ia bakal dan sedang menjadi malapetaka yang hebat pada suatu masa yang kita sendiri tidak tahu….
Siapa bersalah????.....
Berdosakah kita kepada tuhan???.....
Berdosakah kita kepada alam???(untuk yang tidak percaya tuhan)....



PENYELESAIANNYA
1.        Majukan sains dan teknologi yang mesra alam… teknologi hijau…. Gantikan teknologi yang ada sekarang.... DENGAN KADAR YANG SEGERA!!!

2.        Terapkan ilmu agama/ilmu etika/ilmu moral yang menghidupkan jiwa agar semua manusia terutamanya pemimpin dan para bijak pandai membuat keputusan berdasarkan perintah TUHAN. Di mana Tuhan itu yang terlalu amat sangat jauh bijaknya dari kita semua..... so, janganlah perasan kita semua pandai!!!

3.        Semua rakyat dan pemimpin harus memboikot dan menghalang kesemua peniaga yang pasti MAJORITI mereka akan menentang jika perniagaan mereka terganggu atas perubahan ini.... mereka adalah golongan manusia yang tamak tanpa memikirkan nasib manusia lain.... ”apa saya kisah”..... ”saya businessman, saya mesti mahu untung”..... Jangan takut, mereka tidak ramai.... Cuma mereka mengawal manusia kerana banyak duit.... silapnya..... manusia yang lain terkena pukau dengan duit mereka.... so, siapa salah???.........
Contoh kepada apa yang bakal terjadi:-
Petronas dan semua negara-negara pengeluar minyak mampu menjadi mangsa kepada perubahan menghijaukan Teknologi Mesra Alam ini........ ini kerana semua kenderaan  sekarang dan banyak industri pada masa akan datang akan menggunakan 100% sumber kuasa baru dunia yakni kuasa bateri ultra, minyak artificial/tiruan dan sebagainya demi menjaga kelangsungan kualiti hidup..... persoalannya..... adakah Petronas dan semua negara-negara pengeluar minyak mahu bertolak ansur dan menerima hakikat ini????...


Sekian, terima kasih!!!