G-K566N94YEK MELAYU Pertama Berlakon Di Hollywood..!!!

MELAYU Pertama Berlakon Di Hollywood..!!!



Tahukah anda? Allahyarham Ibrahim Pendek merupakan pelakon Melayu pertama berlakon dalam filem Hollywood, The Spiral Road, bersama Rock Hudson (1962).

Pengambarannya telah di lakukan di Universal International Studio yang sekarang ini di kenali di seluruh dunia dengan nama Universal Studio yang menghasilkan filem-filem box office masa kini seperti Jurassic Park. Filem tersebut turut di bintangi oleh pelakon, Rock Hudson, Gene Rowlans, Burt Ives, Ibrahim telah berlakon sebagai pembantu Burt Ives dlm cerita tersebut.



Allahyarham telah berangkat ke amerika pada 18 ogos 1961, beliau telah di bayar sebanyak US35 sehari. Ketika itu umur beliau 37 tahun dan merupakan pelakon tetap Shaw Malay Production Ltd, Singapura. Pihak Universal telah menawarkan beliau untuk tinggal dan belakon di Hollywood tetapi beliau telah menolaknya kerana ketika itu beliau terlalu sibuk berlakon di bawah arahan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

p/s: Kalau dah tahu dan suka, silalah Like dan Share ye

0 Ulasan