Khamis, 12 Januari 2017

WANITA KINI TENAT DISIHIR


Wanita sedang disihir oleh Dunia Moden dgn tipudaya yg realistiknya melawan hukum alam dan hukum agama. Antaranya ialah:

1. Kahwin bukan keperluan asas.

2. Kerja lebih penting dari berkeluarga.

3. Duit adalah syurga bukannya lelaki bergelar SUAMI.

4. Kawan atau teman melengkapkan hidup bukannya dengan kehadiran seorang bayi yang bergelar ANAK..

Ini semua adalah hasil daripada gerakan FEMINISME yg diasaskan oleh dunia barat...
Wanita kini merasakan mereka boleh berdikari...
Tidak memerlukan spesis lelaki yg dikatakan mencabar dan banyak menyusahkan mereka...

Wanita berasa mereka ditindas oleh lelaki...
Wanita merasakan mereka menjadi golongan kedua...
Wanita bercita-cita menjadi ketua...
Bercita2 mencipta kejayaan...
Ingin menandingi keupayaan lelaki...

Wanita lupa HUKUM ALAM...
Wanita lupa mereka dicipta sebagai isteri...
Dan bagi mengandungkan dan melahirkan keturunan golongan Manusia..!!!

WANITA dicipta penuh kelembutan...
Kelembutan untuk menjaga generasi kesinambungan golongan manusia...
Kelembutan untuk menjaga keselamatan bayi yg dikandung daripada kecederaan..

Wanita dicipta penuh ketelitian...
Ketelitian untuk menjaga bayi kecil benih manusia... dan teliti menjaga persekitaran serta keselamatan pembesaran bayi2 manusia...

Wanita dicipta penuh sensitif...
Sensitif akan kesihatan fizikal dan rohani bayi mereka agar bayi mereka itu sihat zahir dan batin...
Jangan gunakan kelebihan itu untuk menandingi lelaki... 

Lelaki bila dicabar mereka akan bersifat agresif dan diluar dugaan...
krn LELAKI punyai sifat KUAT dan PANTAS..
Pancaindera lelaki lebih tajam..

Dan sudah pasti amarah mereka lebih besar daripada kamu wahai wanita...
Mengapa perlu bersaing??
Mengapa perlu bermain api??
Kamu mahu melihat golongan lelaki melihat kamu dengan perasaan BENCI???!!

Biarkan lelaki memimpin dunia...
Biarkan lelaki menjaga keselamatan dunia..
Biarkan lelaki mentadbir kewangan dunia...
Biarkan lelaki menjadi cendekiawan dunia...

Wanita... bantulah lelaki itu...
Wanita... kandunglah anak lelaki itu...
Wanita... lahirkan dan jagalah zuriat lelaki itu...
Wanita... bahgialah bersama anak dan lelaki itu...

Tanpa kamu WANITA....
Golongan generasi manusia pada masa hadapan akan hancur...
Rosak jiwa dan akal...
Rosak rohani dan jasmani...
Hidup kosong... tiada kasih sayang...

Bukankah anak2 kamu itu wahai WANITA.. akan menjadi sahabat kamu dunia akhirat????
Siapakah akan menjaga diri kamu wahai WANITA ketika kamu tua dan susah dengan penuh ikhlas??