Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Mengembalikan TAKLID Mazhab Empat Demi Survival Ummah. Part 2.

  Bahaya ancaman Anti-Mazhab Semenjak tertubuhnya negara-negara sekular dalam dunia Islam, muncullah kelompok-kelompok yang lantang menyeru umat Islam supaya melepaskan diri mereka daripada ikatan mazhab. Lazimnya mereka ini adalah pemuja dan pemuji Ibnu Taimiyyah, pengikut Ibnul Qayyim al-Jazi, pemuja Muhammad Abduh dan Rasyid Redha, orang yang fanatik kepada Majalah Al-Manar dan Al-Munir ataupun menjadi pengikut Mazhab Wahhabi. Kelompok-kelompok Anti-Mazhab ini beralasan bahawa bertaklid kepada mazhab boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mundur, mati semangat, jumud, beku, tidak berkemajuan, sudah mati sebelum mati dan sebagainya yang bersifat menghina kepada orang-orang bermazhab. Adakah benar umat Islam yang bertaklid kepada Mazhab Imam-Imam Mujtahid yang empat itu mundur, jumud, beku dan lain-lain lagi seperti yang dituduh itu? Cuba lihat Imam Bukhari yang taklid kepada Imam Syafiee, adakah beliau beku dan jumud? Adakah orang-orang seperti Imam Ghazali, Imam Na...

RIWAYAT ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II RELA KEHILANGAN TAKHTA DEMI MEMPERTAHANKAN KESULTANAN MELAYU

Almarhum diberi nama Raja Abdullah, Di Puterakan pada 21 September 1842, diangkat sebagai Raja Di Hilir, Kemudian Di angkat sebagai Pewaris dengan Gelaran Wakil us-Sultan, Wazir ul-Azam – DYTM Tuanku Raja Muda pada tahun 1865 dan bersemayam di Batak Rabit. Almarhum merupakan putera sulung Almarhum Sri Paduka Tuanku Sultan Jaafar Safiuddin Muazhzham Waliu'llah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Perak, Bonda Almarhum adalah Wan Ngah Mahtra Binti Dato Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan, Orang Suku Laksamana Batu Bahara. Almarhum sepatutnya di angkat menjadi DYMM Sri Paduka Sultan Perak Ke 25 setelah kemangkatan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah namun Almarhum tidak berkenan untuk mundik ke istiadat permakaman dan mengetuai pengelolaan istiadat kemangkatan tersebut hingga jenazah baginda tergendala dan tidak dapat disemadikan selama (40) empat puluh hari. Di sebab akan perkara tersebut, Oran...

Topik: Memahami Prinsip dan Rukun Negara Malaysia 2

Penjelasan Lanjut Prinsip Rukun Negara : (a) Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.  Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Ne...

Topik: Memahami Prinsip dan Rukun Negara Malaysia

HUBUNGAN ETNIK Istilah etnik berasal daripada perkataan Yunani iaitu ethnos yang bermakna orang. Satu kumpulan etnik ditafsirkan secara sosial atas dasar ciri-ciri budayanya.  SeeEtnisiti ialah rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya yang jelas di mana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama. Etnik sering berbeza dalam ciri-ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandangan mengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Melanau, dan pelbagai lagi boleh dianggap sebagai etnik.  Etnik pada dasarnya bersikap etnosentrik iaitu menganggap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah dan dianggap ganjil, berada ditahap rendah atau tidak bermoral. Ciri-ciri utama dalam setiap peringkat ke arah penggubalan prinsip...

PUMA Hina Allah - satu lagi penghinaan kepada ISLAM.

PUMA Hina Allah - satu lagi penghinaan kepada ISLAM. Sekali lagi..... dan akan ada lagi.... dan seterusnya lagi dan lagi...... Mana insan-insan yang "lain" yang juga nak claim guna nama Allah sebagai tuhan mereka dalam artikel rasmi mereka memprotes perkara ini.... yang dok pertahankan hanyalah orang2 Islam sahaja.... depa dok diam aja.... Kesian aku tengok dia org ni.... kuat kutuk orang.... buka pekung dada sendiri..... Kami jadi lebih mulia di mata orang..... hanya kerana perkara di atas ini adalah kerja orang2 jahat... Mana ada org2 baik buat kerja kutuk orang.... maki orang....dsbnya.... Kita tak pernah membuat hinaan seperti ini di mana2 media sekali pun......... Malah di khalayak ramai dan di setiap pergaulan..... kami orang2 Islam selalunya HORMAT kepercayaan orang2 lain..... itu dah perintah Allah..... dan syukur 99 peratus org2 kami mengikutnya..... Semua orang kami memang mcm tu .... kecuali yang menipu....... maksud aku yang menutup MUKA..... tu semua bukan orang ...

DI MANAKAH INTELEKTUAL MELAYU??!

Di salin dari http://www.drjiwa.blogspot.com DI MANAKAH INTELEKTUAL MELAYU??! Ada member aku tanya sama aku la…. Di manakah intelektual Melayu??.... Tergamam aku…. Rupa2nya ada satu majalah tertulis satu artikel mengenai isu tersebut… dan dia tengah memegang majalah tu…. Aku tak baca pun…. Aku ni jenis malas nak baca orang2 intelektual bila menulis…. Bagi aku mereka lah jugak yg menyumbang kepada pepecahan manusia…. Simple aje… bayangkan ada 100 manusia intelektual dalam bidang ilmu persuratan Melayu dan Islam di Malaysia…. Dari dulu sampai sekarang… Semuanya menulis….menulis dan terus menulis…… Berhujah…. Dan terus membangkang dalam mempertahankan ideologi mereka…. Agak2nya apa akan jadi???…. Manusia dengan sendirinya berpecah kepada 100 puak!!!…. Masing2 ada pengikut masing2…. Masing2 ada FANATIK masing2…. Yang sana kata dia betul…. Yang sini kata dia sahih…. Yang sinun kata dia genuine dan asli… Yang situn kata mereka pemegang warisan yang sah…. Dan result dia….....