Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.
JAKARTA – Kalian pernah tak tengok filem seram dari Indonesia yang bertajuk Sundel Bulong? Meremangkan bila tengok movie tu tau. Sangat popular pada zaman 80an dan 90an. Kalau kalian nak tau pelakon utama filem tu pun bergelumang dengan misteri tau. Dari cara dia mati sampailah pada penampakan dia selepas kematiannya. Siapa yang tidak kenal Aktress Suzanna. Artis yang dikenali sebagai ratu seram Indonesia ini sentiasa tampil penuh misteri dan merinding dalam pelbagai filemnya. Bukan sahaja unsur misteri dalam kebanyakan filem mendiang, kematian artis nama sebenarnya Suzzanna Martha Frederika van Osch itu juga sempat mengundang misteri. Terdapat beberapa kontroversi dan khabar angin yang tersebar yang mengiringi pemergiannya pada 2008. Banyak kekeliruan yang mengiringi kematian artis yang berkait rapat dengan mendiang Ratu Sundel Bolong ini bermula daripada proses kematian mengejut sehinggalah kepada konflik dalaman keluarga. Antara kisah yang tersebar ialah kekecohan antara keluarga t...