JAKARTA – Kalian pernah tak tengok filem seram dari Indonesia yang bertajuk Sundel Bulong? Meremangkan bila tengok movie tu tau. Sangat popular pada zaman 80an dan 90an.
Kalau kalian nak tau pelakon utama filem tu pun bergelumang dengan misteri tau. Dari cara dia mati sampailah pada penampakan dia selepas kematiannya.
Siapa yang tidak kenal Aktress Suzanna. Artis yang dikenali sebagai ratu seram Indonesia ini sentiasa tampil penuh misteri dan merinding dalam pelbagai filemnya.
Bukan sahaja unsur misteri dalam kebanyakan filem mendiang, kematian artis nama sebenarnya Suzzanna Martha Frederika van Osch itu juga sempat mengundang misteri.
Terdapat beberapa kontroversi dan khabar angin yang tersebar yang mengiringi pemergiannya pada 2008.
Banyak kekeliruan yang mengiringi kematian artis yang berkait rapat dengan mendiang Ratu Sundel Bolong ini bermula daripada proses kematian mengejut sehinggalah kepada konflik dalaman keluarga.
Antara kisah yang tersebar ialah kekecohan antara keluarga terutama anak-anak Mendiang Suzanna dan suaminya Clift Sangra.
Kematian Suzanna juga tidak diketahui oleh anaknya Kiki Maria, dan keluarga dari perkahwinan pertamanya, pelakon Dicky Suprapto.
Sementara itu, menurut pengakuan suami keduanya, Clift Sangra, beliau menyatakan Suzanna meninggal dunia selepas minum segelas susu sebelum tidur. Selepas 14 tahun, pelakon terkenal itu telah di isytiharkan meninggal dunia akibat komplikasi diabetes mellitus. Tetapi benarkah fakta itu?
Jom aku nak bawak kalian menyelam dalam dunia misteri Suzanna, pelakon yang terkenal dalam filem Sundel Bulong.
1. Suzanna merupakan pelakon Indonesia
Suzanna atau nama penuhnya Suzanna Martha Frederika van Osch Nathalia lahir pada tahun 14 Oktober 1942 dan berada di rumahnya di saat kematian di Magelang, Jawa Tengah. Wanita cantik ni digelar “Ratu Filem Horror Indonesia” kerana namanya meningkat naik dengan lakonannya dalam filem mistik seperti Beranak Dalam Kubur.
Malangnya Suzanna ni meninggal pada 15 Oktober 2008 dan dikebumikan sehari selepas kematiannya di Tanah Perkuburan Griloyo, Jawa Tengah. Kematiannya menjadi buah mulut ramai orang kerana cara dia mati dan ramai yang nampak lembaga serupa macam Suzanna selepas dia mati.
2. Sebab kematian Suzanna menjadi misteri
Okay, so katanya Suzanna ni mati disebabkan penyakit kencing manis yang dia hidap sejak 30 tahun sebelum tu. Tapi ada yang tak percaya kematiannya disebabkan oleh penyakit ni tapi dibunuh secara senyap. Suzanna mati lepas minum susu yang sudah menjadi habit mendiang pada tiap-tiap malam.
Lepas minum tu, suami dia, Clift Sangra nampak Suzanna tarik nafas dalam-dalam dan terus terkulai. Walaupun Clift sudah menghubungi dua orang doktor peribadi mereka, tapi Suzanna memang dah disahkan mati pada waktu itu.
3. Suami tak mengaku bunuh Suzanna
Family Suzanna memang tak berkenan sangat dengan Clift Sangra yang merupakan suami kedua selepas kematian suami pertama.
Anak perempuan Suzanna, Kiki Maria mengesyaki bahawa Clift telah membunuh mak dia sebab ingin membolot harta. Tapi Clift memang bersungguh-sungguh menafikan bahawa dia tak ada kaitan dengan kematian Suzanna.
Tetapi orang ramai tidak percaya lagi-lagi apabila setahun lepas kematian Suzanna, Clift berkahwin lain dalam majlis besar-besaran dan berbulan madu mengelilingi Eropah.
Kiki Maria pernah meminta untuk membuat bedah siasat terhadap Suzanna tetapi tak pasti adakah ia diteruskan ke atau tidak sebab Clift mengugut untuk menyaman family Suzanna jikalau result bedah siasat tersebut mengatakan Suzanna memang mati akibat sakit diabetes.
4. Suzanna dikatakan pernah berguru dan disuruh bertapa.
Clift telah memberitahu yang mendiang isterinya pernah berguru dengan ilmu yang pelik. Walaupun dah tamat menuntut dengan guru tersebut, tetapi dia sering dengar suara-suara yang menyuruhnya untuk bertapa.
Dia juga dikatakan akan selalu pergi ke satu tempat ni untuk bertapa dengan cara merendamkan badan dalam air yang didakwa mempunyai khasiat tertentu. Pengunjung-pengunjung di tempat itu pun selalu datang situ untuk mengambil air tersebut. Tempat yang dia kunjungi tu pun dikatakan keras.
5. Suami nampak Suzanna beberapa hari selepas kematian.
Suzanna ‘pulang’ ke rumah?!
Tiga hari lepas kematian Suzanna, Clift mendakwa isterinya berdiri di hadapan pintu rumah mereka sedang memakai baju berwarna coklat sambil ucapkan selamat tinggal.
Bukan sekali itu saja, Cliff juga pernah ternampak mendiang Suzanna sedang menonton TV sambil mulut membebel kritik pasal cerita yang ditonton.
Suzanna duduk dalam bilik khas
Clift pernah ternampak kelibat Suzanna sikat rambut dalam bilik khas. Bilik khas ni untuk Suzanna duduk sorang-sorang dan bertapa berminggu dan kadang kala berbulan sampai tak keluar bilik. Bilik tu pulak, orang lain tak dibenarkan langsung masuk.
Clift dengar bunyi ketukan dan nampak Suzanna atas kubur.
Cliff juga pernah bercakap yang sejak kematian Suzanna, dia akan dengar bunyi macam orang ketuk-ketuk di dinding. Yang peliknya bunyi ketukan tu sama macam yang Suzanna selalu buat sepanjang hayatnya kalau dia minta sesuatu.
Clift pun pernah nampak Suzanna duduk di atas kubur waktu dia datang melawat.
6. Pembuat batu nisan sampaikan mesej Suzanna kepada suami.
Masa Clift baru bercadang untuk berkahwin lain, pembuat batu nisan mendakwa ternampak Suzanna tersenyum berjumpa dengan dia.
Bila beliau sudah dapatkan nasihat daripada pakar paranormal, dia disuruh untuk sampaikan mesej kepada Clift. Tapi Clift pulak tidak percaya walaupun telah ditunjukkan rakaman roh Suzana merasuki seseorang di kubur. Pelik jugak kenapa dia tak percaya sedangkan dia selalu nampak kelibat Suzanna dalam rumah.
7. Cerita turun temurun dari masyarakat mengenai hantu Suzanna.
Kisah Suzanna ini memang sudah menjadi perbualan ramai. Lagi-lagi setelah dua minggu kematiannya, kecoh bila penduduk Magelag, Jawa Tengah nampak kelibat Suzanna dalam rupa bentuk sundel bolong, macam watak lakonannya masa dia hidup.
Ada juga yang nampak dia dalam jelmaan watak-watak hantu yang pernah dia mainkan dalam movie lakonannya sebelum ini.
Bukan itu saje, ramai yang pernah nampak Suzanna berjalan atas bumbung rumah dan sedang bertapa di depan rumahnya di bawah pokok yang menjadi antara tempat favourite dia bertapa semasa hidup.
Kisah misteri Suzanna ni tidak ada penghujungnya. Hingga sekarang kita tidak tahu kebenaran di sebalik kematiannya itu tapi yang pasti Suzanna akan sentiasa diingati sebagai Ratu Filem Horror Indonesia.
Kalian pernah tengok movie lakonan mendiang?
0 Ulasan