Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

NOTA RAJA FAIZAL





https://www.amazon.com/author/rajafaizal

INDEX - CLICK LINK BELOW

#Ini Kisah Hidup Aku :-


NOTA DARI KU:

SELURUH PENULISAN di dalam blog/ebuku ini adalah terus dari hati aku dalam nada yang agak santai untuk menyentuh aspek komunikasi dalam men�dalami pemikiran dan jiwa pembaca bagi menjawab persoalan kehidupan dalam konteks yang KREATIF, KRITIS dan LOGIK.

Ini bukan ebuku agama, bukan ebuku psikologi atau ebuku akademik, ia ada�lah ebuku cerita aku. 

Ia ini adalah catatan perjalanan hidup aku sehingga aku ketemu sebuah FORMULA cara aku untuk BERKOMUNIKASI dengan diri aku sendiri bagi mencari jawapan kepada setiap persoalan hidup.

Ia cuma satu perspektif minda aku. Dan aku mahu ia dinamakan sebagai sebuah teori yang digelar dengan nama Teori Monolog. 

Teori bukanlah satu HUKUM yang rigid dan ia masih boleh diubah lagi dengan penghujahan dan pembuktian yang lebih difikirkan benar pada masa hadapan.

Buku ini menjawab dari sudut luar kotak agama dan aku menulisnya sendiri kesemua kandungan di dalam naskhah ini yang pada mulanya aku meng�gelarkan ia sebagai Teori Aku. 



Ini ialah bertujuan bagi menjawab segala persoalan yang bermain di otak aku dan kemungkinan besar ada di dalam setiap otak manusia yang lain.

Namun TUJUAN paling UTAMA catatan ini ditulis ialah untuk menceritakan bagaimana kisahnya aku berjaya mengharungi kehidupan ini yang banyak mencabar keimanan aku untuk terus menerus beriman kepada agama ke�lahiran aku iaitu Agama Islam. 

Agama yang sering dimomok dengan pel�bagai berita-berita yang buruk dan disalah tafsir sebagai sebuah agama yang keras, ganas dan rasis.

Islam juga diserang bertubi-tubi dari pelbagai sudut dalam usaha menjatuh�kan reputasi dan maruah agama ini sebagai sebuah agama yang paling praktikal dan paling suci dari tangan-tangan kotor manusia.

Semua jawapan di dalam naskhah ini pada pandangan aku mungkin salah di sisi Agama Islam (kerana aku bukan ustaz) tetapi jawaban ini adalah satu jawapan yang mampu untuk memuaskan segala nafsu persoalan LOGIK yang manusia inginkan dan akhirnya, secara fitrah semua persoalan mencari kebenaran akan terjawab dengan sendiri.

Dan kerana ini aku yang dahulunya seorang yang keliru, kembali yakin dan beriman kepada ISLAM.

Semua ini adalah satu kaedah komunikasi internal untuk mencipta konsep pemikiran asas yang ringkas dan tepat bagi kita memahami setiap perso�alan yang bermain di minda kita untuk mengenal segala kewujudan yang ada...

RAJA FAIZAL
1 SEPTEMBER 2021 (MCO 3.0 COVID-19)


Whatapps Me for any question... tq!!!



INDEX: CLIK LINK BELOW

#Teori Monolog -Kenapa Aku Masih Beriman..
Ditutup buat sementara waktu..
3. Teras Teori Monolog          
7. Laras Akal Manusia            
11. Komunikasi Tuhan           




📚 Baca juga koleksi artikel Jai:

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...