G-K566N94YEK 9. KEWUJUDAN TERUNGGUL

9. KEWUJUDAN TERUNGGUL

 APA ITU KEWUJUDAN TERUNGGUL???

 

DALAM BAB ini aku mula cuba untuk menjelaskan misi utama naskhah ini iaitu MENCARI KEBENARAN HAKIKI dan MENGENAL DIRI dengan memperkenalkan KEWUJUDAN TERUNGGUL; atau lebih tepat dan spesifik ialah kewujudan yang pertama dan ia tungggal sebagai satu kewujudan yang paling asal dan paling asas.

 

DEFINISI KEWUJUDAN TERUNGGUL ialah satu-satunya entiti yang kesemua manusia percaya bahawa ia wujud dan ia merupakan satu-satunya bahan asas kehidupan yang pertama dan paling utama untuk sebuah proses penciptaan alam semesta dan isi huninya serta ada pada setiap kewujudan yang tercipta.

 

Apabila kewujudan terungggul ini adalah yang pertama, ia bermakna ia juga yang paling dominan dan sudah pasti ia memulakan segala idea dan langkah untuk mencipta setiap kewujudan. Terlalu banyak lagi ciri-ciri ia yang sangat hebat jika dihuraikan. Tetapi benarkah kewujudan terungggul ini betul-betul wujud secara logiknya?

 

Untuk menjawab apakah kewujudan terunggul ini yang ada pada kita dan seluruh alam semesta, kita kena membuat sedikit kajian atau ulangkaji adakah  Bahan Asas ini yang mencipta setiap kewujudan yang tercipta?

 

Adakah Kewujudan Asas itu ada pada manusia, ada pada haiwan lain, ada pada matahari, ada pada bumi, ada pada planet dan ruang kosong/vakum di angkasa, ada pada air, tanah, angin dan api. Apakah bahan asas itu?

 

Pernah tak kalian terfikir, selagi manusia memegang sifat perkataan keramat iaitu LOGIK, kita harus percaya atau yakin kepada sesuatu jika sesuatu dapat dibuktikan kebenarannya mengikut akal logik manusia.

 

Aku nak kalian semua faham kenapa topik ini aku ceritakan dalam buku ini. Aku nak kalian faham apa perkara yang paling sangat amat asas. Apa perkara paling halus, yang paling paling dominan.

Yang pertama dan mengasaskan kewujudan yang lain, yang paling berkuasa dari segala-gala yang wujud. Supaya kalian sedar,  hidup ini bukan kalian yang kawal dan ciptakan.

 

Melalui apa jua bidang ilmu, apa jua saluran pancaindera manusia, melalui teknologi hebat zaman moden, perkara asas adalah perkara yang paling pokok, yang paling utama dan paling dominan dalam setiap disiplin dan fahaman manusia.

 

KEWUJUDAN TERUNGGUL




Dalam doktrin falsafah "Theory of Atomisme" yang dipercayai telah diusulkan oleh seorang ahli kimia kuno dari Greek iaitu Democritus telah mentafsirkan bahawa: Apa jua benda yang wujud dan nyata sama ada berupa pepejal, cecair, gas atau apa sahaja rupa bentuk sekalipun, pada asasnya terbina daripada zarah/partikel paling halus yang bernama SEL ATOM, kewujudan yang paling ASAS dari SUDUT HUKUM SAINS.

Ini adalah sesuatu yang kalian harus terima kerana makluman ini datang dari Ilmu Sains yang merupakan satu-satunya Ilmu Logik Paling Tinggi untuk manusia setakat ini.

 

Tetapi aku percaya dan yakin bahawa ada bahan lain yang lebih halus, lebih asas dan lebih unggul daripada sel-sel atom dimana ia juga adalah merupakan bahan asas kepada sel atom. Benarkah kewujudan ini wujud?

 

Selagi berpaksikan kepada hukum logik, manusia pasti mahukan bukti yang boleh pancaindera mereka saksikan. Pernah kalian terfikir, adakah WUJUD sebarang kehidupan yang tidak pernah mempunyai sebarang sel? Apakah kehidupan itu?

 

Dalam Teori Monolog ini aku berpendapat bahawa unsur bahan asas pada binaan setiap inci alam semesta, sel-sel haiwan, sel-sel manusia dan sel-sel atom serta seluruh penciptaan yang WUJUD adalah TENAGA!

 

KEWUJUDAN BERNAMA TENAGA

 

Ya, kewujudan paling halus dan paling asas adalah tenaga. Sedarkah kalian bahawa Sel Atom sendiri adalah sejenis tenaga yang telah mempunyai sifat-sifat yang telah diprogram untuk membentuk sesuatu kewujudan.

 

Tenaga ialah asas kewujudan yang PALING ASAS, UTAMA dan PERTAMA. Dialah KEWUJUDAN TERUNGGUL.

 

Sub atom yang merupakan partikel/zarah terhalus yang berjaya ditemui oleh para saintis terkini yang terdiri daripada cas Proton, Neutron dan Elektron yang mengelilingi nukleas Sel Atom juga sangat amat jelas adalah tenaga. Mereka adalah tenaga-tenaga bercahaya yang boleh dilihat dengan sifat-sifat yang telah diprogramkan oleh sesuatu.

 

Jika teropong microskop nano atau apa sahaja peralatan moden yang berjaya menemui zarah sub atom ini melakukan “zoom in” sudah pasti tiada apa-apa pun yang ada pada cas Proton, Neutron dan Elektron tersebut.

Pada pandangan aku, mereka hanyalah Tenaga yang bercahaya. Cas itu adalah tenaga yang tidak mempunyai zarah fizikal lagi. Mereka bukan gas, bukan cecair mahu pun pepejal, mereka hanyalah satu tenaga

 

Dalam ilmu sains, tenaga dipanggil dengan pelbagai NAMA mengikut SIFATnya. Daya Momentum, Daya Tolakan, Daya Tarikan, Daya Inersia, Daya Kinetik, Tenaga Haba, Tenaga Magnet, Tenaga Graviti dan sebagainya.

 

Setiap nama tenaga itu merujuk kepada tenaga-tenaga yang mempunyai sifat-sifat asas yang berlainan dan saling memerlukan. Tenaga itu sendiri mempunyai sifat-sifat tersendiri. Tenaga sendiri mempunyai program-program khusus sebagai misi utama mereka.

 

Kepada segelintir insan yang sukar menerima semua agama yang ada, kalian boleh juga menganggap bahawa ia adalah TUHAN dengan pelbagai nama yang kalian suka dan rasa sesuai. Kerana logiknya ada sifat-sifat SANGAT HEBAT pada unsur bernama tenaga ini yang aku namakan sebagai TAS iaitu ringkasan daripada nama TENAGA ASAS.

 

Secara logiknya TAS adalah unsur asas yang PALING TERHALUS wujud dalam setiap kewujudan manusia, seluruh alam semesta dan seluruh ruang yang ada:

1. TAS itu adalah tenaga mentah. Tenaga kosong yang tidak mempunyai sifat, definisi dan nama untuk membentuk kewujudan.

2. TAS tidak mempunyai sebarang bahan asas fizikal seperti sel atau sebarang partikel untuk dikaji dalam mengenali kewujudan TAS.

3. TAS  adalah misteri kerana ia amat paling halus sehalus-halusnya sehingga kita tidak akan pernah mengetahui apa bahan asas dalam kewujudan TAS.

4. TAS  hadir pada setiap kewujudan. Mendominasi setiap inci kehidupan dan alam semesta termasuklah ruangan vakum di angkasaraya.

5. TAS  paling berkuasa dan hebat.

6. TAS  tidak boleh MATI.

7. Manusia, haiwan, serangga, micro organisma, bumi, matahari, planet, galaksi dan segalanya akan MATI tanpa TAS.

 

Boleh diterima akal? Logik ke tidak bagi kalian? Tidakkah kalian terfikir ada subjek yang lain yang lebih sesuai daripada TAS untuk layak diletakkan sebelum SIFAT seperti kenyataan di bawah ini?

 



 TENAGA ASAS  – SIFAT – DEFINISI – NAMA –  WUJUD

 

Maka TAS adalah kewujudan yang pertama wujud sebelum semua kewujudan yang lain tercipta. Dari tenaga pertama dan utama, mencipta bahasa lantas memberi arahan untuk merangka idea dan pelan untuk membentuk sifat dan seterusnya membentuk kewujudan.

 


Tenaga adalah sesuatu kewujudan yang luar biasa tanpa kita sedari. Ia diluar kotak fikiran manusia dan ia bermakna LOGIK tidak boleh digunapakai sepenuhnya. Sains amat sedikit dapat mengkaji TAS kerana ia terlalu halus dan tidak bersifat fizikal yang jelas. Sudah masanya kita perlu berpegang kepada KEPERCAYAAN. Jelas di sini bahawa logik itu bukanlah segala-galanya.

 

AKAL FIKIRAN yang bersemadi di otak dan PERASAAN yang bertahta di jantung hati ini wajib bekerjasama dalam proses mengenal diri, alam sekeliling dan mencari siapakah mencipta dan mengurus seluruh kehidupan yang wujud.

 

TAS adalah unsur yang tidak nampak akan BENTUK dan RUPAnya dengan mata kasar sekali pun menggunakan apa peralatan moden. Ia juga tidak boleh dipegang, tidak berasa, tidak ada berwajah dan tiada rupa yang jelas serta tidak berwarna tetapi ia WUJUD!

 

Kehadirannya hanya boleh dikesan melalui beberapa jenis alat ukuran moden yang sangat sensitif. Itu pun dalam bentuk data dan kurang jelas. Setiap yang wujud dan yang hidup mempunyai TAS dan apa bila tenaga itu tiada, kewujudan itu akan mati dan pupus.

TENAGA ITU TIDAK MATI

TETAPI

SEMUA AKAN MATI TANPA TENAGA



Ada beberapa kes di dalam dunia perubatan sains di mana ada individu manusia yang mempunyai tubuh badan yang sempurna tetapi tiba-tiba MATI sebegitu sahaja.

 

Seperti secara tiba-tiba hilang tenaga utama hidup mereka. Seolah-olah tiada daya yang mampu menggerakkan tubuh mereka untuk menyedut oksigen ke dalam jasad. Hilang secara tiba-tiba tanpa alasan yang kukuh. Ia pelik tetapi sangat benar.


TEORI ini sebenarnya cuba menerangkan kepada kita bahawa TAS adalah kewujudan terunggul yang paling awal, paling halus, paling asas, paling luas, bersifat infiniti dan TIDAK MATI.

 

Cuba kalian bayangkan tidakkah sifat-sifat hebat ini yang ada pada TAS itu sesuatu yang sering difikirkan sebagai Sifat-Sifat Tuhan??

 

TENAGA GRAVITI

 

Salah satu tenaga yang sangat hebat muncul dari TAS ialah TENAGA GRAVITI. Tenaga Graviti mempengaruhi kehidupan kita dengan menguasai segala unsur tanah, air, api dan udara untuk bercantum dengan segala apa jenis zarah-zarah yang lain yang ada di dalam unsur tanah dan sekeliling untuk membentuk sebidang tanah seterusnya menjadi sebuah planet.

 


Sebahagian TENAGA yang wujud.

Setiap jenis zarah dalam unsur-unsur tanah juga bergetar sesama sendiri menandakan bahawa unsur tanah itu hidup dan mempunyai Tenaga. Semua planet dan galaksi seperti yang dirakamkan dalam ilmu sains juga beredar mengeliling orbit atas kerana wujudnya Tenaga Graiviti.

 

Tanpa Tenaga Graviti kemungkinan besar tidak akan ada semua planet dan bintang yang wujud seterusnya membina peradaban kehidupan. Tanpa Tenaga Graviti juga kesemua planet dan bintang akan bertaburan dan berlanggar sesama sendiri persis berlakunya Hari Kiamat kerana “tiada siapa yang menguruskannya”.

 

Lihat betapa pentingnya Tenaga Graviti. Kita sebenarnya berpijak dan hidup di atas sebuah tenaga. Kita sebenarnya sedang berdiri dan hidup sejahtera atas sebuah unsur bernama TENAGA GRAVITI. Tapi pernahkah sesiapa dari kalangan manusia pernah merakam wajah, rupa dan bentuk Tenaga Graviti tersebut?? Semoga persoalan ini menjawab banyak keraguan kalian.

 

AKU nak rumuskan kembali apa yang aku tulis sebelum ini dalam naskhah ini :

1. Aku percaya bahawa MANUSIA bukan pencipta alam semesta.

2. Aku percaya sampai bila – bila bahawa MANUSIA bukan TUHAN.

3. Aku percaya bahwa TENAGA ASAS (TAS) adalah kewujudan paling ASAS, HALUS, dan DOMINAN.

4. Dan aku percaya bahawa TAS itu adalah adalah kewujudan paling pertama, paling berkuasa, paling hebat dan tidak akan mati.

5. Aku percaya bahawa tenaga itu mencipta bahasa dan berkomunikasi untuk membentuk kewujudan yang lain, dari jirim ke jisim, dari sel ke atom. dari mikro organisma ke manusia, segalanya punyai T.AS tersendiri.

 

Adakah ini satu khayalan atau imaginasi? Adakah kita bermimpi? Bahan asas manusia dan seluruh alam ini adalah T.AS?  Bukankah T.AS itu tidak boleh dipegang? Bukankah TAS itu boleh meresap dan menembusi sesuatu objek jika ia berlanggar sesama sendiri? Bukankah TAS itu mampu bertukar-tukar sifat mengikut keadaan? Bukankah TAS itu sesuatu yang tidak zahir?

 

Cuba bayangkan, bagaimanakah semua TAS ini berkomunikasi dan bagaimanakah jika kita sebagai manusia mampu menguasai TAS itu mengikut kehendak kita?

 

Terfikir pula aku cerita-cerita yang selalu bermain dalam kehidupan manusia mengenai para-para wali yang penuh karamah, ahli-ahli sihir yang penuh sakti dan segala KUASA-KUASA MAGIK.... tenaga magik putih atau pun magik hitam....

 

Kehidupan makhluk-makhluk yang halus, manusia-manusia halimunan, yang berjalan di atas air, yang mampu terbang, yang sekelip mata berada di lokasi yang jauh beribu-ribu kilometer dan banyak lagi cerita-cerita ajaib.

 

Maka dengan itu, suka aku isytiharkan bahawa HIDUP KITA INI ADALAH MAGIK..!!!

Tetapi, di manakah Si PENCIPTA keajaiban ini iaitu kewujudan bernama TUHAN?

Baca BAB Selanjutnya...

0 Ulasan