G-K566N94YEK INI CERITA AKU - PART 7

INI CERITA AKU - PART 7

 


EBOOK: TEORI MONOLOG

8. Ahli Pelbagai Fikiran Baru Dan Moden

Golongan ini paling ramai aku jumpa. Buku ini pun sebenarnya aku tulis adalah berniat agar golongan mereka terkesan apabila membaca buku aku ini.

Aku jarang berdebat dengan mereka kerana bagi aku mereka ini sangat jauh menyimpang dari kebenaran. 

Dan dalam masa yang sama, aku ber￾pendapat bahawa bukan aku yang layak membawa mereka ke pangkal jalan. 

Cuma sebahagian kecil sahaja yang berkesempatan aku berkomuni￾kasi dalam pelbagai suasana. Ada yang dalam keadaan tenang dan sopan, ada yang dalam keadaan bertegang urat.

Sebahagian mereka ini ‘complicated’ kerana mereka mengaku masih Is￾lam tetapi Islam mereka itu adalah merujuk kepada acuan fikiran logik dan berpaksikan nafsu mereka semata-mata. 

Namun sebahagiannya pula me￾mang jelas telah mengaku bahawa mereka bukan lagi mempercayai Islam itu adalah Agama yang benar.

Aku banyak mengambil tahu perihal mereka melalui ruang siber yang ter￾bentang luas dan golongan mereka tanpa segan silu dan sangat jelas den￾gan beraninya mempromosi kepercayaan mereka.

Aku tak kisah pun apa kepercayaan mereka kerana fakta hujah mereka adalah lemah, tetapi aku mula naik meluat melihat mereka apabila mereka suka mempertikaikan kepercayaan bangsa Muslim secara terang-teran￾gan dengan cara yang sangat jelek.

Modus operandi mereka ialah mempromosi secara provokasi terhadap be￾berapa isu yang sensitif dalam Agama Islam demi menaikan kemarahan pihak Muslimin dalam menjatuhkan imej dan maruah Islam.

Kenapa mereka sebegitu? Kerana mereka TIADA HUJAH YANG KUAT untuk mempromosi kepercayaan mereka yang merupakan kepercayaan yang san￾gat baru dan rapuh serta faktanya yang kabur.

KISAH PENUH DI SINI...

0 Ulasan