EBOOK: TEORI MONOLOG
8. Ahli Pelbagai Fikiran Baru Dan Moden
Golongan ini paling ramai aku jumpa. Buku ini pun sebenarnya aku tulis adalah berniat agar golongan mereka terkesan apabila membaca buku aku ini.
Aku jarang berdebat dengan mereka kerana bagi aku mereka ini sangat jauh menyimpang dari kebenaran.
Dan dalam masa yang sama, aku berpendapat bahawa bukan aku yang layak membawa mereka ke pangkal jalan.
Cuma sebahagian kecil sahaja yang berkesempatan aku berkomunikasi dalam pelbagai suasana. Ada yang dalam keadaan tenang dan sopan, ada yang dalam keadaan bertegang urat.
Sebahagian mereka ini ‘complicated’ kerana mereka mengaku masih Islam tetapi Islam mereka itu adalah merujuk kepada acuan fikiran logik dan berpaksikan nafsu mereka semata-mata.
Namun sebahagiannya pula memang jelas telah mengaku bahawa mereka bukan lagi mempercayai Islam itu adalah Agama yang benar.
Aku banyak mengambil tahu perihal mereka melalui ruang siber yang terbentang luas dan golongan mereka tanpa segan silu dan sangat jelas dengan beraninya mempromosi kepercayaan mereka.
Aku tak kisah pun apa kepercayaan mereka kerana fakta hujah mereka adalah lemah, tetapi aku mula naik meluat melihat mereka apabila mereka suka mempertikaikan kepercayaan bangsa Muslim secara terang-terangan dengan cara yang sangat jelek.
Modus operandi mereka ialah mempromosi secara provokasi terhadap beberapa isu yang sensitif dalam Agama Islam demi menaikan kemarahan pihak Muslimin dalam menjatuhkan imej dan maruah Islam.
Kenapa mereka sebegitu? Kerana mereka TIADA HUJAH YANG KUAT untuk mempromosi kepercayaan mereka yang merupakan kepercayaan yang sangat baru dan rapuh serta faktanya yang kabur.
Mereka merbahaya kerana sebahagian besar mereka menggunakan HUKUM LOGIK yang paling bijak untuk memdominasi pemikiran kita iaitu SAINS.
Mereka juga gemar menggunakan HUKUM UNDANG-UNDANG yang sedia ada untuk menjatuhkan sosio budaya yang harmoni dalam masyarakat Islam.
Mereka berbeza dengan golongan orang bukan Islam. Orang bukan Islamberhujah dengan merujuk kepada kitab.
Mereka berhujah dengan fakta yang baru dan menggunakan hukum sains dan pelbagai hujah lagi. Mereka suka mencabar keimanan pengikut ASWJ secara sistematik dan terancang.
Tetapi bagi golongan insan yang beriman, sedikit pun tidak terusik iman kami terhadap penghujahan mereka.
Pada pendapat aku, jawapan mereka mengenai dunia keagamaan dan ketuhanan adalah jawapan yang tidak bertanggungjawab.
Ini kerana memberi jawapan yang terlalu umum tanpa memikirkan kesan terhadap individu yang mendengarnya.
Mereka bercakap seolah-olah seperti tidak berotak... “lantaklah jawapan aku betul atau tidak... janji jawapan aku itu menjawab soalan kau... dan boleh ke kau balas balik??”
Antara contoh soalan yang masih aku ingat:-
Jika Tuhan itu tidak wujud, maka sudah tentu akhirat atau kehidupan selepas mati itu juga tidak wujud.
Bila ditanya ke manakah kita akan pergi selepas mati kita, maka mereka akan menjawab:
“kita berevolusi selama berjuta-juta tahun untuk menjadi sebuah kewujudan bernama manusia... maka biarlah manusia ini mencari jawapan tersebut dan sudah pasti mereka akan menemui jawapan mereka tidak kisahlah walaupun memakan masa lagi berjuta-juta tahun lagi....”
Jawapan mereka memang logik tetapi sangat lemah:
1. Ke mana arah kehidupan kita selepas kematian sebelum jawapan itu ditemui oleh manusia?
2. Siapakah yang akan menemui jawapan tersebut dan apakah tanggungjawabnya terhadap penemuan tersebut terhadap manusia yang mati lebih awal?
3. Apakah peranan kita dalam mencari jawapan tersebut?
Inilah jawapan logik mereka yang tidak bertanggungjawab, jawapan yang LEPAS TANGAN. Jawapannya nampak bijak tetapi bodoh sebenarnya.
Semua golongan pemikiran baru ini adalah terlalu membanggakan ilmu dunia yang di popularkan oleh dunia barat.
Terlalu percaya bahawa MANUSIA itu terlalu hebat. Manusia mampu mengubah dunia dan segala nasib kehidupan. Pada mereka, hidup dan mati, serta nasib manusia terletak mutlak di tangan manusia.
Mereka berfikiran begitu kerana mereka tiada pilihan selain memilih manusia sebagai TUHAN mereka.
Jenis-jenis pemikiran baharu yang aku faham:
1. Free thinker adalah satu golongan yang bebas berfikir akan hidup mereka atau lebih tepat akan kepercayaan mereka. Mereka berpecah dalam pelbagai jenis bentuk pemikiran yang pada dasarnya menyimpang dari agama-agama samawi dan agama-agama terdahulu.
2. Atheis adalah golongan manusia yang tidak percaya Tuhan langsung... mereka berpegang bahawa hanya SAINS mampu menjawab persoalan hidup dan menyelesaikan segala permasalahan.
3. Liberalisme adalah golongan manusia yang percaya bahawa Islam itu perlukan sesuatu perubahan dan pemikiran yang segar mengikut arus zaman dan gemar mencubit dan mencabar pandangan golongan Ulama terdahulu.
4. Pluralisma adalah sebuah idealisma yang menyatakan bahawa semua agama itu adalah datang dari Yang Maha Satu... dan ia sekaligus juga mempercayai bahawa semua Tuhan adalah sama.
Banyak sangat cerita sebenarnya aku nak perincikan ke dalam naskhah ini tetapi aku rasa tak perlu.
Memandangkan buku ini bukanlah untuk aku bercerita mengenai mereka khususnya, jadi lebih baik aku menggunakan pendekatan merumuskan segala penceritaan ini agar ia lebih mudah untuk difahami. Aku akan tulis di ruangan yang lain.
Banyak bertanya
Apabila banyak bertanya dengan pelbagai individu di dalam kelompok persekitaran kehidupan kita sendiri. Pada mulanya aku berfikir ia sudah mencukupi, tetapi sebenarnya aku silap.
Aku sedar perkara ini apabila aku mula berkawan dengan pelbagai jenis individu dari luar kawasan persekitaran kehidupan normal aku.
Aku mula buka minda. Apa yang aku tahu ketika itu belum cukup sebenarnya.
Semua pelajaran di dalam SEKOLAH tidak cukup membuatkan aku faham mengenai kesemua fasal-fasal kehidupan.
Adakah silibus pelajaran agama itu sengaja dibentuk sebegitu? Soalan itu sejujurnya aku tidak mampu untuk komen.
Aku ada dua tiga kawan yang seperti aku. Namun yang paling rapat dalam isu fikir memikir ini ialah kawan baik aku dari sekolah rendah iaitu Hafiz Hamzah.
Banyak berbalah dan berdebat di kedai kopi mengenai pelbagai isu terutamanya mengenai Agama, Ketuhanan dan Politik.
Bergaduh, bermasam muka, berbohong untuk memenangi perdebatan dan pelbagai ragam ketika itu, terasa sangat bodoh rasanya jika difikirkan kembali.
Apa yang pasti, bukan senang nak meyakinkan orang lain dengan apa pandangan kita yang kita rasa benar.
Hafiz adalah seorang pembaca. Beliau sangat suka membaca. Hafiz dididik ibu bapanya sejak kecil lagi untuk membaca setiap hari.
Ini kerana bapa beliau adalah salah seorang wartawan dan penulis negara yang berkaliber serta dikenali ramai.
Bakat bapa beliau memang sudah menjadi darah daging Hafiz. Skill Hafiz membaca sangat laju berbanding dengan aku yang jauh lembab daripada beliau.
Apabila Hafiz sangat suka membaca, input pelbagai ilmu dalam kepala otak beliau membuak-buak. Aku akan jadi antara orang yang pertama akan mendengar hujah-hujah beliau.
Bezanya aku dan Hafiz ialah :-
1. Hafiz gemar mencari Ilmu sedangkan aku hanya suka berfikir secara logik.
2. Hafiz sangat berpegang kepada Al-Quran dan Hadis serta segala apa yang dia baca sedangkan aku sukar untuk menerimanya selagi ia tidak LOGIK kepada pemikiran aku.
3. Hafiz gemar memihak kepada fakta-fakta kebaikan berbanding aku yang suka mencabar fakta tersebut untuk menerimanya sebagai hukum hakam dalam kehidupan kita sebagai Muslim.
Hafiz lebih berperwatakan persis seorang HERO menakala aku pula adalah seorang yang antogonis.
Aku selalunya mengharapkan bahawa fakta-fakta tersebut menjurus bahawa kehidupan ini:
1. Tiada SOLAT 5 waktu.
2. Tiada puasa di bulan Ramadhan.
3. Tidak perlu membayar zakat.
4. Tidak perlu pergi Haji dan Umrah.
5. Tidak perlu bersunat bagi lelaki dan perempuan.
6. Mudahnya diampunkan segala dosa-dosa kita seperti ABC.
7. Apabila berdoa, secepat kilat doa kita dimakbulkan.
Bak kata mudahnya, aku nak hidup ini mudah dan bebas dalam menentukan kehidupan kita.
Paling penting ialah aku nak rasa tenang seperti tenangnya aku ketika aku masih kecil dahulu. TIADA MASALAH HENDAK DIFIKIRKAN!
Tetapi sampai ke hari ini, kesemua perkara yang di atas memang adalah dasar dan asas kepada kita sebagai Muslim untuk menerima sebaliknya.
Tiada alasan kerana dalilnya kuat dan sahih.
Selalunya aku akan mendengar dahulu penghujahan dari Hafiz. Bila aku faham, bermulalah sesi berbalas soalan, berdebat dan sebagainya.
Ia sesuatu yang sangat positif bagi aku kerana sekurang-kurangnya ia melatih pemikiran kritis dan skill berhujah kami menjadi lebih tajam.
Hafiz memang seorang rakan baik aku yang masih begitu sifatnya sehingga ke hari ini. Dialah kawan ‘enjoy’ aku dan dalam masa yang sama sebagai seorang sahabat yang banyak memberi impak positif dalam hidup aku.
Tapi apa yang membuat aku benar-benar BERUBAH?
Apa yang buat aku berubah dan melonjak bangun untuk mencari kebenaran ialah pada saat-saat apabila ada seorang kawan aku bernama Nahrul Shazwan bertanya kepada aku:
‘’Hei bro... kau pernah tak terfikir... mungkin selepas kau mati dan dibangunkan kembali… rupa-rupanya sebenarnya apa yang kita percayai atau anuti ini adalah sesuatu yang terpesong dan sesat??’’
Aku jadi tersentak dengan pertanyataan itu. Aku jadi bingung, otak aku berhenti berfikir dan jiwa/hati aku jadi kaku membisu. Kenapakah aku jadi bodoh sebegini? Ketika itu umur aku baru habis sekolah.
Kenapa aku tak pernah terfikir atau berfikir sebegitu?
Hanya satu soalan yang bodoh dan mudah seperti itu pun aku tak pernah terfikir?
Namun jika diamati betul-betul, ramai lagi manusia yang tidak pernah terfikir sebegitu, mungkin ia sesuatu yang baik atau sebaliknya.
Sesungguhnya aku memang tak tahu.
Mungkin kalian tak faham, apa yang mengganggu fikiran aku. Aku cuma keliru, mana satu yang betul. Islamkah, atau agama-agama yang lain kah?
Ilmu sains kah atau pun memang tiada Tuhan?
Soalan kawan aku bernama Nahrul ini betul-betul mengganggu aku. Serabut fikiran aku ketika itu.
Aku dan Monolog
Pada ketika ini, AKU MULA KUAT BERMONOLOG. Aku mula bercakap sendirian dan bercakap dalam hati. Termenung di atas sebuah bukit di Kepong, melihat langit.
Sekali sekala aku luahkan kepada kawan-kawan dan orang sekeliling aku.
Realitinya aku sebenarnya memang suka bermonolog. Monolog itu adalah cara aku berkomunikasi dengan diri sendiri. Berangan, berkhayal, termenung, berfikir, itu semua bagi aku adalah monolog.
Namun apa yang aku pasti, ada beberapa perkataan/persoalan wujud di dalam kepala otak aku ketika itu yang sangat mengganggu setiap saat dalam kehidupan aku seharian iaitu:
• Mana Tuhan??
• Betul ke semua cerita yang dengar mengenai Islam selama ini?
• Kenapa kehidupan sebagai Islam itu sukar dan ketat untuk dilaksanakan?
• Bagaimana dengan agama lain dan padangan manusia yang lain terhadap Islam?
Maka di sini, aku ada dua perkataan ataupun lebih tepat sebagai satu persoalan yang sering di dalam kepala otak aku bila menyentuh mengenai semua isu – isu di atas iaitu “WUJUD dan LOGIK.’’
Maka persoalannya selalunya berbunyi seperti di bawah ini:-
• LOGIK ke kehidupan ini? Logik ke benda-benda yang Tidak Nampak itu (ghaib)?
• Wujud ke alam akhirat?
• Wujud ke syurga dan neraka?
• Dan pelbagai 1000 persoalan.
Ya, aku rasa manusia yang normal akan selalu mempunyai soalan di dalam kepala otak mereka.
Kalau tidak, kenapa hampir semua kanak-kanak kecil selalu bertanya soalan-soalan yang kadang-kadang orang dewasa sukar untuk memperjelaskan kepada orang lain.
• Bodoh sangat kah kita? Mempercayai sesuatu tanpa membuat kajian dan mempelajarinya.
• Atau pun memang kita diajar menjadi bodoh untuk menelan semua yang diberitahu oleh orang tua-tua itu adalah amat benar belaka?
TAHUN 2000 SEHINGGA KINI
Tahun 2000 merupakan tahun yang sangat penting dalam perubahan hidup aku… Selain mendapat julukan tahun MILLENNIUM. Aku ditakdirkan menamatkan zaman bujang aku pada umur aku 25 tahun.
Segala-galanya adalah takdir, tanpa aku rancang. Tanpa ada sesiapa yang turut merancang. Aku akhirnya menjadi milik isteri pertama aku bernama Rufizah yang berasal dari Seremban.
Pada waktu itu, umur sebegini sudah di anggap sesuai untuk bernikah.
Selepas aku bernikah, aku berpindah ke Serdang, Selangor.
Aku tidak lagi boleh lepak bersama sepenuh masa dengan gang Kepong seperti biasa. Kadang-kala saja boleh melepak dengan gang Kepong.
Boleh kira dengan jari aku dapat berjumpa dengan gang lama. Aku betul-betul bertukar, menjalani kehidupan yang berbeza.
Memang perkara ini sangat sedih bagi aku tetapi inilah realitinya yang harus aku hadapi setelah menjadi sebahagian daripada famili isteri aku.
Isteri lebih suka aku memberi fokus kepadanya memandangkan terlalu banyak perkara yang harus aku baiki demi kehidupan berkeluarga.
Secara rasminya aku telah bersara menjadi ‘Mat Lepak Terhormat’ Membina sebuah keluarga yang mempunyai asas ilmu keluarga yang sedikit, kekurangan sumber ekonomi dan kelemahan sistem sokongan hidup yang sangat sederhana amat mencabar di Kuala Lumpur ini.
Nasib baik ada beberapa individu dalam famili aku dan famili isteri aku yang banyak membantu.
Membesarkan dan mendididk sehingga 5 orang anak aku adalah saat-saat yang kritikal tetapi amat bermakna dan paling menarik bagi kehidupan aku di dunia ini.
Pada tahun 2000 ini juga, sebelum aku bernikah, hanya berbekalkan SPM, aku mula bekerja dengan sebuah syarikat baru (Swasta Park Sdn Bhd) dibantu oleh kawan Kepong aku iaitu Wan Shahrom.
Syarikat yang masih hijau tetapi menjalankan perniagaan yang amat strategik untuk kekal bersaing lama.
Di sini pengalaman menjadi seorang yang serius dengan kerjaya dan minda professional mula meresap ke dalam fikiran aku.
Baru aku tahu, mengurus manusia untuk bekerja bukan mudah. Pelbagai konsep dan format yang telah direkacipta oleh golongan bijak pandai terdahulu agar perjalanan urus dan tadbir manusia mampu menghasilkan hasil yang positif. Bukan senang nak mengurus dan menjadi pengurus.
Bayangkan bagaimanakah usaha dan fokus seseorang pemimpin untuk mengurus rakyat seluruh negara apatah lagi untuk mengurus manusia seantero dunia?
Mengurus diri, urus perasaan, urus kesihatan, urus famili, urus kawan, urus pekerja, bos, urus alam dan mengurus dunia. Ini bukan kerja main-main.
Ini semua kerja paling serius.
Manusia yang tidak sedar memang memperlekehkan pengurusan dan sesiapa yang menjadi pengurus akan dipandang lekeh dan menyusahkan…
Ini kerana seorang pengurus itu akan berpegang kepada matlamat dan disiplin dalam menjalani kehidupan seharian dan kerja-kerja yang mereka hadapi.
Pengurus WAJIB mahir berkomunikasi!
Aku banyak belajar mengenal apa itu pengurusan dan pentadbiran di sini.
Dengan pelbagai input positif dan negatif yang berlingkar di sini selama 8 tahun lebih menjadikan aku lebih matang.
Ya aku bekerja dari tahun 2000-2008. Tempoh 8 tahun pengalaman yang menukar diri ini menjadi seorang yang lebih dewasa dan matang.
Tekanan Hidup
Namun dalam masa yang sama, tekanan hidup aku ketika waktu itu amatlah tinggi. Tekanan kali ini berbeza dan menjadikan aku setiap hari tidak berpuas hati dengan nasib dan takdir aku.
Kekurangan wang, kekurangan ilmu, kekurangan sokongan hidup, menjadikan aku sering resah gelisah.
Aku ni bukannya boleh terlebih fikir sangat, nanti aku jadi serabut dan kemurungan.
Aku sebenarnya perlukan tempat untuk mengadu, bertukar fikiran. Pasangan yang mencari solusi bersama tetapi pada ketika itu semua individu yang ada di sekeliling aku ini tidak sesuai untuk aku berkongsi.
Jadinya otak aku “jem”, jiwa aku kacau. Kali ini bukan boleh bawa main-main.
Mungkin aku tidak selesa dengan keadaan yang baru. Aku tidak lagi hidup dalam keadaan yang enjoy. Tidak boleh lepak dengan kawan, tidak boleh bebas seperti dulu.
Hidup aku semakin serius, semua perkara dalam hidup adalah serius.
Terikat dengan hidup kekeluargaan, dengan kesempitan duit, tiada rumah kediaman yang tetap (menyewa rumah) dan serba serbi kekurangan diri menjadikan aku tertekan.
Aku mula selalu menyalahkan keadaan dan Tuhan ketika ini kerana menjadikan diri aku sebagai sebuah makhluk yang tidak sempurna.
Ketidakpuasan hati aku dengan segala di sekeliling aku semakin menjadi-jadi.
Aku sering mengungkit segala masalah aku ketika aku dari kecil sehinggalah aku meningkat remaja..
Aku ungkit pada diri sendiri pada Tuhan, pada sesiapa sahaja yang aku rasa nak luahkan masalah. Aku memang tak puas hati.
Aku semakin yakin bahawa Tuhan itu boleh dipertikaikan. Aku terpengaruh dengan semua input-input lama yang kekal berada dalam akal aku.
Aku percaya bahawa kita hidup dalam sebuah famili kehidupan semulajadi.
Alam ini adalah kita. Kita adalah seluruh alam semesta. Setiap perkara ada punya sistem tersendiri yang berkait rapat sesama kita.
Itu adalah logik. Sangat masuk akal, ramai yang percaya. Nampak kewujudan yang jelas. Nampak depan mata, ada bukti. Tetapi di manakah BAHAGIA?
Kenapa kita tidak boleh hidup bahagia? Lahir sahaja manusia itu terus bahagia, tiada masalah dalam dunia.
Semua sama rata. Tiada sakit. Tiada tangisan. Tiada kelaparan. Kenapa
tidak sebegitu rupa akan kehidupan manusia? Aku betul-betul sakit ketika
itu, minda aku sakit, jiwa aku pun sakit.
Ya, aku mencari bahagia. Kenapa bahagia itu tidak muncul-muncul?
Definisi Bahagia bagi aku adalah merangkumi 3S iaitu merasa SELAMAT,
merasa SELESA dan merasa SUCI BERSIH. Dari 3S ini akan muncul
ketenangan, kedamaian. kesihatan dan pelbagai lagi perkara yang positif.
Bila meniti usia dewasa, pemikiran aku semakin kronik. Masalah hidup, masalah peribadi, masalah keimanan, masalah urus diri dan famili. Aku disogok dengan pelbagai input yang bombastic, magik, logik, kadang-kadang ia sangat kelakar dan sebagainya.
Aku semakin membina pemikiran yang baru. Pemikiran baru yang aku rasas eperti agak liar tetapi jelas.
Memandangkan hidup aku semakin serius. dan sedang mencari bahagia yang aku mahu, pembawaan diri aku lebih kepada perwatakan orang dewasa.
Aku banyak mencari melalui pergaulan aku di pejabat, luar pejabat dan kawasan sekitar.
Aku selalu melayari internet mencari apa sahaja yang aku mahu. Cari dan mencari sehingga aku jauh tersasar mencari jawapan.
Boleh dikatakan aku sedang bertukar menjadi seorang muslim yang liberal atau mungkin seorang muslim yang bebas berfikir (free thinker) atau lebih mudah aku ketika itu adalah muslim yang sangat amat keliru.
Dalam beberapa waktu yang aku sendiri tidak sedar. Aku rasa aku BERHAK untuk bebas berfikir mengenai semua perkara. Aku berhak hidup bahagia, aku berhak masuk syurga. Aku berhak mempertikaikan kehidupan dan seluruh kewujudan ini, Tuhan, bumi, alam, kehidupan dan sebagainya.
Zaman pula semakin pantas dan moden. Kita ada internet. Ada aplikasi MiRC, MySpace, FaceBook, dan pelbagai platform berkomunikasi semakin banyak yang muncul. Islam pula semakin buruk di pandangan mata penduduk dunia sehingga wujudnya terma ISLAMOPHOBIA.
Pelbagai berita, ilmu dan segala input infomasi semakin pantas sampai ke otak aku yang kehausan info-info yang kita rasa berbaloi untuk diambil tahu.
Namun yang terlalu lucu dan kelakar bagi aku kerana :
• Semakin aku bebas berfikir, aku jadi semakin keliru.
• Tak termampu aku mengurus dan mentadbir informasi yang sampai ke otak untuk disaring menjadi keputusan yang paling tepat.
• Gagal menjadi lebih bijak walaupun ilmu dan data yang dicari hanya berada di hujung jari kita.
Sekali lagi aku masih ingat, dua perkataan yang selalu bermain di kepala otak aku ialah :
"LOGIK DAN WUJUD"
Sejak aku menjadi seorang pemikir bebas dan liberal, aku rasa diri aku ini semakin tidak LOGIK dan aku sudah rasa kebenaran sudah tidak WUJUD lagi.
Bergaul dengan pelbagai kaum dan pelbagai peringkat umur serta disogok dengan pelbagai bidang ilmu pengetahuan menjadikan aku blur, tetapi sangat puas. Aku puas kerana ilmu dan input itu menjadi aku semakin matang.
Aku sudah boleh berfikir mana yang betul dan mana yang salah. Tetapi aku masih tetap keliru. Lucu bukan?
Aku membenci perkara yang benar dan aku menyukai perkara yang salah.
Itulah aku ketika itu, ketika aku betul-betul ‘PERASAN’ bahawa aku kini di landasan yang BETUL!!!
0 Ulasan