Sungai
Mekong, yang berukuran 4180km panjang, bermula dari Tibet dan melalui Yunnan,
wilayah China, Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja dan Vietnam. Pakar-pakar
Antropologi menjejaki migrasi masyarakat Melayu Proto, yang merupakan pelaut,
lebih kurang 10,000 tahun dahulu apabila mereka belayar menggunakan perahu di
sepanjang Sungai Mekong dari Yunnan sehingga Laut China Selatan dan akhirnya
mendiami di tempat-tempat berbeza.
Yunnan
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
Penduduk-penduduk awal Yunnan dapat dijejaki dalam sejarah sejak 170 juta tahun dahulu dari sebuah fosil homo erectus, ‘Manusia Yuanmou’,yang dijumpai pada tahun 60-an. Pada tahun 221 SM, Qin Shihuang berjaya menakluk Yunnan dan menyatukan China dan sejak itu mula menjadi sebuah wilayah dalam China. Mereka ini terkenal dengan teknik menanam tanaman padi untuk dibuat nasi.
Teori migrasi Yunnan
Teori Melayu Proto
berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R
Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Melayu Proto (Melayu asli) yang
pertama sekali datang mempunyai kemahiran dalam bidang pertanian sementara
golongan kedua, Melayu Deutro yang tiba sekitar tahun 1500 SM dan mendiami
pesisir pantai mempunyai kemahiran menangkap ikan yang tinggi. Semasa
berlakunya migrasi itu, kedua-dua golongan berkahwin dengan
masyarakat-masyarakat dari pulau-pulau selatan seperti Jawa, serta penduduk
tempatan yang berasal dari keturunan Australasia dan Negrito. Walaubagaimanapun
masih terdapat beberapa pihak yang tidak mempersetujui teori ini.
Antara
bukti-bukti lain yang menyokong teori ini termasuklah:
* Alatan-alatan batu yang
dijumpai di Kepulauan Melayu sama dengan alatan-alatan dari Asia Tengah.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Persamaan adat resam Melayu dan Assam.
* Bahasa Melayu dan
Bahasa Kemboja adalah serumpun kerana tempat asal orang-orang Kemboja berasal
dari sumber Sungai Mekong.
Delta Mekong
Menurut sejarah Khmer,
tamadun terawal ialah tamadun Khmer Funan di Delta Mekong. Empayar Khmer Angkor
ialah yang terakhir sebelum mereka mencari perlindungan di pelbagai tempat.
Palembang dan Melaka adalah antara tempat berkenaan. Bukti-bukti arkeologi
mendapati penduduk awal Kemboja adalah penduduk dari budaya zaman Neolitik.
Mereka mahir dalam kemahiran teknikal sementara kumpulan yang lebih maju yang
tinggal di pesisir pantai dan lembah Delta Mekong menanam padi.
Teks Melayu Tertua
Teks silam Melayu yang dijumpai di Kedukan Bukit, Palembang tahun D mempunyai persamaan dengan muka pintu Yunnan 2006.
Inskripsi
Batu Bersurat Kedukan Bukit tahun 682 yang dijumpai di Palembang dan tulisan
tradisional masyarakat minoriti Dai adalah berasal bahasa-bahasa Pallava. Etnik
Dai Yunnan adalah salah satu penduduk asal wilayah Yunnan, China.
Hubungan Melayu – Cham
Persamaan Bahasa Cham dan
Bahasa Melayu dapat ditemui pada nama tempat-tempat seperti Kampong Cham,
Kambujadesa, Kampong Chhnang dan sebagainya. Sejarah Melayu dengan jelas
menyebut terdapatnya komuniti Cham di Melaka sekitar tahun 1400. Pada
pertengahan tahun 1400 apabila Cham tewas kepada orang-orang Vietnam, lebih kurang
120,000 orang terbunuh dan pada sekitar tahun 1600 Raja Champa memeluk Islam.
Pada sekitar tahun 1700 raja Muslim terakhir Champa Pô Chien mengumpulkan
orang-orangnya dan berhijrah ke selatan Kemboja sementara mereka yang tinggal
sepanjang pesisir pantai berhijrah ke Terengganu dan ada yang ke Kelantan.
Wanita Yunnan hari ini juga memakai kain batik dan sarong. Perkara ini adalah satu persamaan dengan para wanita Melayu.
Kedatangan pengaruh
Hindu-Buddha mula memasuki kawasan Nusantara hanya beberapa ratus tahun selepas
itu. Mereka ini mula memperkenalkan kebudayaan, seni bina, bahasa, tulisan,
perkataan, makanan, adat resam, agama, sistem kerajaan, pendidikan moral dan
banyak lagi kepada masyarakat setempat. Mereka ini mendirikan kerajaan Melayu
tempatan pertama sendiri yang dikenali sebagaiSrivijaya atau Vijayanaggar yang
bertahan selama 1400 tahun.
Terdapat pelbagai versi kisah-kisah mengenai kedatangan pengaruh
Hindu-Buddha ke alam Nusantara dicatitkan. Ini termasuk di dalam penulisan Tun
Sri Lanang – Sulalatus As-Salatin, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Hang Tuah, Kisah Raja-Raja Pasai dan
sebagainya. Bagaimanapun, saya akan huraikan perkara ini kemudian.
Pada
masa ini, Asia Tenggara atau Kepulauan Melayu telah terbahagi kepada dua
bahagian. Bahagian yang pertama adalah dari kerajaan Srivijaya yang mana
kemudiannya pada era moden ini telah membentuk Malaysia, Indonesia dan
Singapura. Bahagian yang kedua pula adalah dari kerajaan-kerajaan kuno Burma,
Siam dan Khmer yang kemudiannya membentuk negara-negara moden Indo-China
seperti Thailand, Vietnam, Kemboja dan sebagainya.
Pengaruh serta kuasa-kuasa
Hindu-Buddha ini kemudian memperluaskan penggunaan bahasa serta penulisan
mereka di sini. Mereka juga menggelarkan Asia Tenggara dengan nama ‘Suvarnabhumi’ yang
bermaksud ‘Tanah-Tanah Emas’.
Semakin ramai manusia
tiba, termasuklah pelaut-pelaut dan puak-puak baru. Tanah Melayu menjadi tempat
persimpangan perdagangan laut pada zaman lampau. Pelaut-pelaut yang datang ke
pantai Semenanjung Tanah Melayu termasuklah orang-orang India, Mesir, Timur
Tengah, Jawa, dan Cina. Ptolemy menamakan Tanah Melayu sebagai Aurea
Chersonesus (Semenanjung Emas) sementara Tanah Jawa pula digelar
sebagai Labadius satu perkataan yang diubah dari bahasa
sanskrit lama. Gelaran asal di dalam Sanskrit ialah Yavadvipa.
Pada
ketika ini, kemahsyuran dan kemewahan yang terdapat di segenap pelusuk Asia
Tenggara telah tersebar luas sejauh eropah. Kemewahan ini kebenyakkannya
digambarkan sebagai ‘Kemewahan yang tidak disentuh’ oleh cerdik pandai dari
barat pada zaman itu memandangkan tiada kerajaan-kerajaan besar di kawasan
sekitar Asia Tenggara.
Maka sememangnyalah tidak
hairan apabila Claudius Ptolemaeus atau Ptolemy,
seorang ilmuan dari Alexandria atau Macedonia amat
berminat dengan hasil-hasil bumi di sekitar Asia Tenggara sehingga beliau
melukiskan peta Asia mengikut kefahaman beliau. Beliau turut melakarkan peta
dunia dalam pengajian beliau mengenai Geografi dunia.
Ini juga menunjukkan
bahawa para ilmuan Eropah dan barat telah lama memerhatikan keadaan di sekitar
Asia Tenggara atau Nusantara, tetapi atas beberapa sebab, mereka hanya berjaya
sampai ke sini pada kurun ke-16. Tetapi disebalik fakta ini, ada beberapa
pendapat mengatakan bahawa telah berlaku beberapa siri eksplorasi penjelajahan
dari kalangan penduduk Iskandariah atau Alexandria yang
mengikuti siri penaklukan Iskandar Zulkarnain atau Alexander
The Great.
Masyarakat
mula mengetahui cara-cara membina rumah yang mudah dan mereka juga sekarang
sudah mengetahui cara berkeluarga. Konsep asas moral dan masyarakat mula
diterjemahkan.
Pada
era ini jugalah dikatakan bahawa manusia mula memasuki Benua Eropah bagi
meluaskan penempatan. Walaupun terdapat penemuan rangka manusia yang berusia
lebih kurang 2 juta tahun di Eropah, tetapi belum ada bukti penempatan tetap
atau sesebuah penempatan besar di sana sehinggalah pada era Neolitik.
Pakar-pakar
Antropologi berjaya menjejaki sekumpulan pendatang baru iaitu pelaut-pelaut
Melayu Proto yang berhijrah dari Yunnan ke Malaysia. Masyarakat-masyarakat
Negrito (Orang Asli) dan masyarakat tempatan yang lain terpaksa berpindah ke
lereng-lerang bukit. Di masa inilah manusia mula mengetahui cara-cara
berpakaian, memasak, memburu, dan memburu dengan senjata batu yang lebih maju.
Teknik berkomunikasi juga telah berkembang.
Ada
teori berpendapat, pada era ini juga berlakunya dua pertembungan besar manusia
dari 2 era atau zaman di dalam satu zaman. Teori itu mengatakan bahawa manusia
dari zaman Mesolitik (dari Yunnan) telah berhijrah ke kawasan Tanah Melayu lalu
bertemu dengan penduduk sini iaitu masyarakat Negrito yang masih lagi hidup
dalam era Paleolitik.
Manusia
dari dua era ini telah berkembang lagi apabila mereka bercampur sesama mereka
dan mereka inilah yang kemudiannya digelar ‘Manusia Proto Asia’ yang
kemudiannya menjadi ‘Polynesia’, ‘Micronesia’ dan ‘Melanesia’. Mereka-mereka
ini kemudiannya berkembang dan bertaburan di sekitar Kepulauan Hawaii, New
Zealand, Papua New Gunea, Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan beberapa
negara sekitar Asia Tenggara lagi. Atas dasar-dasar tersebut juga,
mereka-mereka ini dikatakan adalah ‘saudara’ kepada orang-orang Melayu.
Era
Paleolitik adalah sebuah era yang hari ini kita menyebutnya sebagai era ‘zaman
batu’ atau ‘ice age’. Manusia-manusia awal menjalani kehidupan yang sederhana
dengan menjalankan aktiviti pemburuan. Masyarakat awal masih mendiami di
kaki-kaki bukit dan pada hari ini dikenali sebagai Orang Asli. Sekarang, Orang
Asli berserta dengan orang-orang Melayu dan masyarakat pribumi Sabah dan
Sarawak dikenali sebagai masyarakat bumiputra. 65% populasi di Malaysia adalah
dari kalangan mereka.
Pada waktu ini, mengikut
kajian DNA yang dilakukan oleh Spencer Wells yang ditaja oleh National
Geographic dengan tajuk ‘The Journey of Man: A Genetic Odyssey’, muka bumi
keseluruhan adalah masih kosong dan belum dihuni manusia terutamanya di
bahagian-bahagian Eropah serta utara muka bumi seperti Russia dan sebagainya.
Apabila
berahkirnya zaman ais (ice age), ais mula cair dan membanjiri hampir separuh
dari muka bumi terutamanya di bahagian utara. Manusia seperti yang kita ketahui
iaitu keturunan dari Nabi Allah Adam Alaih Salam pada ketika itu banyak tinggal
atau menghuni sekitar Tanah Arab dan Afrika.
Mereka-mereka
ini kemudian berpindah secara nomad apabila ais mula cair. Ada di antara
beberapa kumpulan yang menjalani perpindahan ini, memilih untuk tinggal di
sekitar Arab, India dan ada yang berjalan terus sehingga China dan Mongolia.
Kumpulan yang lain pula melintas melalui Tanah Arab, Iraq, India, Afghanistan
dan beberapa negara sekitar sebelum sampai ke tanah semenanjung yang
kemudiannya kita gelar, ‘Tanah Melayu’. Ada yang memilih untuk menetap terus di
sekitar kawasan ini manakala kumpulan yang paling akhir sekali meneruskan
perjalanan sehingga Australia dan New Zealand. Keturunan dari mereka ini
kemudiannya digelar ‘native Australian’ pada hari ini.
Sejarah
awal tamadun manusia di Tanah Melayu telah bermula tidak kurang 200,000 tahun
dahulu di mana bukti-bukti kewujudan manusia dapat di jumpai sekitar Kota
Tampan di Lenggong, Perak. Anatara penemuan terbesar yang pernah di rekodkan
dalam kajian sejarah Malaysia ialah penemuan rangka manusia yang berumur
sekitar 11,000 tahun di Leggong yang diberi nama ‘Perak Man’ atau ‘Orang
Tampan’.
Di
kawasan sekitar Lenggong juga, ditemui beberapa kawasan pembuatan
peralatan-peralatan batu bagi membuat andas dan tukul-tukul batu bagi kegunaan
manusia pra-sejarah yang masih terpelihara dengan baik.
Selain
kewujudan manusia pra-sejarah Tanah Melayu di Lenggong Perak, antara penemuan
terbesar Malaysia juga terdapat di sekitar Gua Niah, Sarawak. Bukti-bukti yang
berusia lebih kurang 40,000 tahun ini menunjukkan bahawa sudah ada penempatan
manusia sejak sekian lama.
Salah
satu bukti kewujudan manusia pra-sejarah yang terkenal ialah lukisan-lukisan di
dinding Gua Tambun seperti di bawah.