G-K566N94YEK Ini Kisah Aku - Bab 8

Ini Kisah Aku - Bab 8

 


TEGURAN DAN PERUBAHAN

Bila dikenangkan ia memang mena￾kutkan. Bayangkan jika nyawa aku dicabut ketika itu. Aku tak mampu nak bayangkan. 

Aku sangat amat bersyukur dan berterima kasih kera￾na masih bernafas untuk menikmati kehidupan dalam jalan yang benar dan lurus.

Aku tak tahu ke mana nak melang￾kah lagi. Ke kiri atau ke kanan? Ke depan atau mengundur diri ke be￾lakang? Aku tak berani membuat keputusan. Aku biarkan diri aku ter￾pacak mati di mana aku berhenti. 

Namun ada sesuatu yang mengubah corak kehidupan aku. Signal untuk aku berubah hadir pada tahun 2003. 

Aku ditegur dan diuji oleh Tuhan. Aku ditimpa penyakit batu karang yang kronik. Sangat amat sakit. Sakitnya sangat kuat, menyamai sakit hendak bersalin.

Pernah beberapa pesakit batu karang wanita yang aku pernah berbual semasa di hospital mengenai batu karang. 

Mereka mengakui bahawa sakit penyakit ini hampir menyamai sakit bersalin. Ini turut diakui oleh ibu aku sendiri.

Ibu aku juga seorang pesakit batu karang dan kebetulan juga bapa aku juga sebegitu. Kalian bayangkan setiap kali batu karang aku nak keluar dari saluran kencing, sakitnya ialah menyamai sakit beranak.

Aku dah tak boleh buat apa-apa lagi. Batu karang sudah memenuhi seluruh buah pinggang aku sebelah kiri. 

Dan sebahagian kecil ada di buah pinggang aku sebelah kanan. Nasib baik tidak ada batu di hempedu hati, kalau tidak lagi parah.

Setelah beberapa bulan lamanya aku menunggu, akhirnya aku menjalani pembedahan untuk mengeluarkan batu karang aku itu. 

Ia merupakan pros￾es yang menyeksakan. Manakutkan dan amat sangat tidak selesa.

Ia berulang lagi apabila buah pinggang sebelah kanan aku pula membengkak kerana batu karang tersumbat di dalam saluran air kecing pada tahun yang sama. 

Sebelum itu aku pernah menjalani proses mengeluar sejenis ‘stand’ yang di letak di dalam buah pinggang aku yang telah mengeras. Itu juga memang menyakitkan.

Pada ketika inilah aku terfikir kepada siapa aku harus mengadu dan memo￾hon pertolongan? Aku takut, aku risau dan aku buntu.....

Takkan aku nak marah-marah kepada Tuhan lagi ketika aku sedang sakit ini? Kalau aku maki-maki atau marah-marah sekalipun, adakah masalah aku ini selesai?

Saat-saat inilah yang telah mengubah jiwa aku sebenarnya. Ketika aku sakit teruk ini tiada siapa pun boleh bantu aku selain Tuhan. Doktor sendiri melakukan kesilapan. Doktor dan jururawat sendiri juga berserah kepada Tuhan, mengapa tidak aku?

Dalam diam, aku semakin membenarkan diri ini dekat kepada Tuhan ku, Allah yang Maha Esa. Perubahan ini bukan kepada aku sahaja. Malah kepada hampir ke seluruh keluarga aku.

Kebetulan jika aku amati, jelas banyak kejadian di mana Allah banyak me￾negur aku dan famili aku untuk kembali kepadaNya. Kini baru aku sedar, Allah memang menyayangi aku dan famili aku. Dan secara tidak langsung aku semakin mengenali diri Allah. 

Sakit itu laluan kepada kematian. Mati itu SAKIT. Apabila SAKIT kita ingat MATI. Dan apabila kita ingat mati, kita akan takut, dan apabila kita takut kepada siapa lagi kita ingin bergantung harapan?

Kita langsung tidak tahu apa terjadi selepas kita mati secara tepat. Dan adakah aku bersedia untuk menghadapi saat-saat kematian itu dengan dosa aku setinggi gunung?

Aku betul-betul merasai ada gelombang perubahan dalam diri aku. Aku dapat rasakan ia dalam jiwa aku, dalam minda aku. Aku perlu perancangan hidup yang baru, nafas yang segar. 

Aku ingin berubah.....


Masuk Ke Universiti Malaya

Setelah sembuh dan kembali bekerja pada tahun 2005 dengan perasaan terpaksa tapi rela, aku telah melanjutkan pelajaran aku ke Universiti Malaya dalam jurusan Diploma Profsesional Keusahawan dan Pengurusan Perniagaan.

Ia merupakan tindakan drastik atas desakan ke atas aku setelah aku dianaktirikan atau didiskriminasi untuk menjawat jawatan yang lebih tinggi di Swasta Park hanya kerana aku memiliki kelulusan tertinggi Sijil SPM sa￾haja. Mereka langsung tidak menilai kualiti kerja aku atau menguji tahap kemampuan aku di lapangan kerja, walhal ‘supervisor’ aku itu jauh lebih teruk kualiti kerjanya dari aku.

Pihak pengurusan Swasta Park percaya kepada supervisor aku itu hanya kerana berpegang kepada pegalaman kerja beliau yang sudah ketinggalan zaman. Mereka tidak sedar bahawa supervisor aku itu nak buka komputer pun tak tahu.

Aku perlu berubah ke peringkat yang lebih baik. Aku perlukan jawatan yang lebih tinggi dan gaji yang kompetitif. 

Di saat ini, ia merupakan masa yang terbaik untuk aku merubah hidup aku seterusnya seluruh keluarga aku.

Berbekalkan semangat dan dendam untuk membuktikan aku boleh, aku sanggup melupakan kesenangan nikmat cuti hujung minggu hampir 2 ta￾hun.

Dan aku pasti apabila aku berjaya menggegam sijil diploma itu nanti, satu peradigma baru bagi aku dalam melihat perspektif hidup akan hadir.

Aku tidak banyak berehat ketika ini kerana :

1. Waktu pagi selepas aku menghantar isteri aku pergi kerja... aku akan menjaga anak aku di rumah.

2. Pukul 2 petang pula, setelah menyerahkan anak-anak aku kepada pen￾gasuh... aku masuk kerja di Swasta Park cawangan PJ State.

3. Malam pula... aku gigih kembali berkarya dengan aktif menerbitkan be￾berapa lagu untuk album artis-artis baru dan lama bersama Nik Nasir, bekas pengurus kumpulan rock Rusty Blade dan bekas pengurus kum￾pulan Candy.

4. Dan pada hujung minggu pula aku banyak menghabiskan masa aku belajar di Universiti Malaya.

Memang aku berubah secara total. Aku mula bertatih-tatih beribadah wajib secara asas. Segala yang wajib aku buat dan sedang memperbaiki segala yang sunat. Kembali menelaah agama untuk rujukan peribadi dan famili aku.

Alhamdulillah pada awal tahun 2007 aku berjaya menggenggam segulung sijil Diploma Professional daripada sebuah universiti paling tersohor di Ma￾laysia. Aku secara asasnya, kini mampu melihat kehidupan ini dari sudut pandangan seorang individu manusia yang mempunyai asas fikiran profesional serta dari sudut pemikiran ahli bijak pandai.


Pakcik Mat Swasta Park

Sebenarnya manusia bernama Pakcik Mat inilah yang membuat aku ter￾detik menulis buku aku sendiri. Tapi aku lupa pula nama Pakcik Mat yang sebenarnya.

Ini adalah antara jawapan besar aku kenapa aku menulis buku ini, siapa Pakcik Mat ini dan kerana apa??

Pakcik Mat ini adalah pegawal keselamatan di Swasta Park. Kebetulan dia juga ditugaskan untuk menjaga pejabat cawangan PJ State bersama aku.

Aku rasa hampir 4 tahun aku lepak dengan beliau dalam ruang lingkup waktu bekerja.

Nak dijadikan cerita, Pakcik Mat ini sebenarnya adalah seorang bomoh. Ra￾mai pelanggan datang mencari beliau untuk berubat di rumah mahu pun di pejabat kecil kami di PJ State. Dalam hati aku berkata, “..dahsyat juga pakcik ni... bukan sebarangan orang...”

Yang paling aku pelik ialah beliau sering di cari oleh ramai individu kerana ada projek untuk ‘menarik duit’ Perkara inilah yang paling aku kelakar, aku selalu bertekak dan menyindir akan beliau. Akhirnya kami menjadi rapat kerana sering bertekak.

Bertekak dan bertekak tetapi tetap mesra dan damai. Best pakcik ni, kami saling hormat menghormati.

Antara kejadian yang lucu bila dikenangkan ialah kami bergaduh mengenai arah kiblat bila solat.. Aku kata kiri dia kata kanan, aku kata kanan dia kata kiri, pelbagai hujah dan bukti aku tunjuk kepada beliau, tetapi beliau tetap juga dengan kiblat dia. Memang geram betul aku dengan dia tetapi Pakcik Mat memang kelakar.

Kemudian pula cara niat solat. Pelik sedikit bunyi niat solat pakcik ni. Bunyi macam syiah. Aku cakap pada dia, aku ikut ASWJ. Kalau dia tak nak ikut majoriti pandangan sahabat dan ulama, itu pandangan masing-masing.

Tak pernah aku dengar niat solat sebegitu selain dari amalam golongan ahli syiah, tetapi Pakcik Mat bukan syiah, garu kepala aku dibuatnya.

Tetapi yang menjadikan Pakcik Mat ini terdiam dan malu alah kepada aku ialah apabila aku dapat buktikan bahawa di dalam KAABAH TIADA PATUNG BERHALA.

Ya, Pakcik Mat dan seperguruan beliau percaya bahawa di dalam Kaabah di Mekah ada terdapat berhala-berhala lama. Kepercayaan ini turut dipersetujui dan dikongsi oleh kebanyakan penganut agama hindu.

Pembuktian video yang aku saksikan kepada Pakcik Mat menjadikan beli￾au sendiri sangsi akan kenyataan daripada guru beliau bahawa Kaabah itu penuh dengan berhala di dalamnya.

Aku masih ingat muka beliau termenung sendiri memikirkan setelah aku berikan bukti.. Selepas kejadian itu, Pakcik Mat lebih merendah diri bila berbicara mengenai Islam. Beliau sudah mahu menerima ajaran ASWJ.

Oleh kerana Pakcik Mat ini selalu mendengar hujah-hujah aku dalam mem￾pertahankan kepercayaan aku terhadap ASWJ daripada serangan-serangan pihak yang menentang ASWJ, Pakcik Mat selalu cakap aku ada bakat ber￾dakwah, bijak dalam menepis dakwaan dan tuduhan pihak-pihak sonsang tersebut.

Tetapi bila ditanya secara lebih halus dan teliti bagaimana aku memahami mengenai kepercayaan aku sedangkan aku tidak mahir Ilmu Fekah, apatah lagi Ilmu Tauhid dan Ilmu Sejarah Islam, apa tah lagi ilmu yang lagi menda￾lam seperti Ilmu Al Quran, Tassauf dan semua Ilmu yang ada dalam dunia ini selain hanya menggunakan akal fikiran.

Aku pun sendiri pelik. Memang logiknya aku sepatutnya tidak boleh berde￾bat malah berhujah sebarangan dengan orang lain, takut aku tersalah fakta yang sahih menurut Islam yang sebenarnya.

Jadi, aku mula memperlahankan debat kedai kopi aku dan lebih memikir￾kan bagaimana menjawab segala persoalan mengenai kehidupan dan alam akhirat melalui sedikit bakat yang Allah bagi iaitu menulis.

Maka buku ini sejujurnya bermula pada tahun 2007 lebih kurang. Lama bet￾ul aku nak habiskan buku ini atas faktor aku BUKAN PENULIS dan termasuk juga tiada faktor penolak atau faktor penarik untuk aku habiskan buku ini.

Ketika inilah timbul IDEA untuk aku menulis sebuah buku bertajuk TEORI MONOLOG ini yang pada mulanya tiada tajuk, tiada arah tuju dan tiada isipati.

Aku berhenti dari Swasta Park pada pertengahan tahun 2008. Seterusnya aku terus bekerja sendiri setelah aku melihat peluang dan ruang telah Allah buka untuk aku.

Aku bersyukur kerana aku mendapat rezeki yang agak banyak dengan membuat beberapa urusan jual beli HARTANAH ketika itu.

Ini berkemungkinan besar adalah rezeki yang Allah kurniakan atas perubahan aku.

Berkat kesabaran dan usaha gigih aku, Allah kurniakan aku rezeki yang terbaik.

Aku rasa sangat bertuah dan bahagia ketika ini kerana hasil usaha aku membuahkan hasil. Aku berjaya membeli 2 buah rumah secara serentak iaitu sebuah rumah teres 2 tingkat di Seri Kembangan dan sebuah kondo￾minium di Desa Petaling, Kuala Lumpur.

Ketika ini hidup aku agak stabil dan bahagia bersama keluarga tercinta.


Sambung Belajar ke Universiti Utara Malaysia

Aku mula aktif kembali dalam dunia penciptaan lagu pada tahun 2010.

Aku berpusat dan bekerja di rumah kedua aku di Desa Petaling dan menye￾wakan rumah pertama aku di Seri Kembangan.

Kebetulan aku mendapat beberapa projek khas untuk membuat lagu korpo￾rat dari beberapa organisasi berpengaruh ketika ini, sibuk di studio adalah satu kepuasan bagi aku, ia adalah terapi kehidupan aku.

Perkara yang paling menarik pada tahun ini ialah aku sambung belajar di Universiti Utara Malaysia (UUM) dalam Jurusan Sarjana Muda Komunikasi selama 4 tahun.

Di sinilah keyakinan aku kembali. Di sini sudah amat pasti pemandangan minda aku semakin luas. Aku mula berkenalan lebih rapat dengan ramai penggiat-penggiat seni berkaliber.

Aku juga lebih ramai berkenalan dengan golongan-golongan professional, golongan akademik dan bijak pandai, 2010 adalah tahun yang menarik.

Tidak terduga, ujian hebat Tuhan hadir pada tahun 2011. Beberapa kejadian yang negatif telah berlaku pada tahun ini, antaranya ialah masalah rumah tangga aku dan keadaan kewangan aku yang semakin meruncing.

Namun aku tetap menghabiskan pembelajaran aku di UUM dengan bantuan dan sokongan semangat dari sahabat baik ku Neves Pretty Ugly termasuk semua rakan sekuliah aku iaitu Kak Yusanani Yushak, Zed Zaidi, Datuk Zamshuri Ramli, Zehra Zambri, Hidir Hamin, Naim Hashim, Shaza Talib, Emelda Rosemila, Pyan Saujana, Aida Rahman dan Didy Hirdi.

Cuma sedihnya, aku tidak merasai hari graduasi hanya kerana aku gagal menghadirkan diri untuk menduduki beberapa kertas ujian atas masalah peribadi aku terutamanya semasa saat-saat rumahtangga aku tengah retak dan musnah ketika itu. Saat-saat ini adalah merupakan saat yang amat perit bagi aku.

Tahun 2011 adalah tahun yang penuh airmata. Iman aku di carik-carik se￾cara kasar dan ia amat pedih.

Aku telah bercerai secara rasmi pada tahun ini. Dalam sekelip mata aku kehilangan segala-galanya. Paling aku sedih ialah aku tidak boleh lagi men￾jaga dan mendidik anak aku yang merupakan harta aku dunia akhirat.

Aku terlalu sayang kepada mereka berlima, Fhirdaus (Abang), Fatihah (Akak), Furqaan (Deknor), Fhirman (Iman) dan Farhain (Ain). Maafkan ayah, ayah gagal untuk menjadi ayah kalian yang baik.

Airmata aku mengalir setiap kali selepas aku berjumpa mereka walaupun mereka tidak pernah sekali pun melihat aku menangis kerana aku khuatir mereka melihat aku sebagai seorang bapa yang lemah.

Isu kewangan ketika ini memain peranan yang sangat hebat dalam kega￾galan aku pada saat ini. Sekali lagi aku jatuh tersungkur menyembah bumi.

Tiada siapa dapat membantu aku. Aku benar-benar keseorangan....


Makan Sekali Sehari

Kehidupan aku rosak kembali. Baru diuji sebegini aku kalah. Bagaimana aku nak mengaku aku orang-orang yang beriman jika daya ketahanan iman aku senipis kulit bawang?

Bagaimanakah manusia itu mampu mengaku HEBAT jika menusia itu tidak diuji dengan ujian setanding kehebatan yang mereka akui sendiri. 

Hanya Tuhan yang tahu segalanya. Darjat dan kedudukan bagi aku tidak penting lagi. Ketika ini aku hanya perlukan kehidupan yang TENANG.

Tahun 2012 juga adalah tahun yang begitu teruk bagi aku. Aku mula menumpang teduh dan tidur di rumah ibu ku di Jelatek. Aku kemurungan, kesunyian, aku tidak boleh sendiri.

Aku paling terkesan bila mengenangkan anak-anak aku. Aku rasa diri ini dah jadi tak berguna, jadi sampah.

Makan hanya sekali sehari. Bangun dari tidur, selalunya aku akan menjen￾gah ke dapur untuk melihat sisa-sisa makanan yang ada, kalau tak ada makanan aku minum air yang banyak, menahan lapar.

Kalian bayangkan aku ini kuat makan, makan pula dalam kuantiti yang ban￾yak. Aku tak boleh hidup begini, ini bukan hidup aku.

Aku hanya makan pada jam 7.30 petang di kedai bawah rumah emak aku dan terus melayan Berita TV3 berseorangan di kedai tersebut.

Duit makan aku pinjam dari ibu aku RM50 sebulan. Kadang-kadang RM100 sebulan.

Nak makan apa jika duit aku sebanyak itu? Nak masak aku memang tak pandai. Setakat masak telur goreng, nasi dan maggi sahaja yang aku mampu.

Menghadapi kehidupan dalam keadaan berseorangan walhal sebenarnya aku ada ramai orang di sekeliling adalah sangat menyedihkan. 

Bayangkan aku yang mempunyai ramai kawan dan kenalan di seluruh Kuala Lumpur dan Selangor hidup keseorangan di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur?

Mungkin aku tidak selesa lagi di kelilingi oleh muka-muka yang selama ini ada bersama aku...

Ini terlalu peribadi bagi aku. Aku sebenarnya malu jika kawan-kawan melihat keadaan aku sebegitu.

Bersambung







0 Ulasan