Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2025

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

APA ITU INKUES: KENALI ASAS PROSEDUR MAHKAMAH

  LANGKAH ASAS PROSEDUR MAHKAMAH Ramai orang keliru dengan istilah seperti prosiding , perbicaraan , inkues , rayuan dan sebagainya. Hakikatnya, setiap kes di mahkamah berjalan mengikut urutan yang agak teratur, sama ada kes jenayah atau sivil . Berikut ialah panduan ringkas langkah-langkah asas dalam prosedur mahkamah di Malaysia. 1. Laporan atau Saman Kes Jenayah → bermula dengan laporan polis atau aduan orang awam. Polis akan membuka kertas siasatan. Kes Sivil → bermula dengan saman (writ atau saman pemula) yang difailkan oleh plaintif terhadap defendan. 2. Siasatan Jenayah → Polis akan jalankan siasatan, kumpul bukti, ambil kenyataan saksi, dan jika perlu menahan suspek. Dalam tempoh ini, polis boleh memohon reman daripada mahkamah untuk menahan suspek bagi tujuan siasatan lanjut. 3. Inkues (Jika Perlu) Inkues ialah siasatan khas oleh Mahkamah Majistret untuk menentukan punca dan cara kematian seseorang yang mati dalam keadaan luar biasa atau mencuri...

Diamlah!! Merit Apa Kamu Ada di Tanah Melayu?!

MERIT Apa Kamu Ada di Tanah Melayu? Hari ini, kita sering mendengar suara lantang — terutama dari jiran di seberang Tambak , atau dari sebahagian kelompok non- pribumi di tanah air sendiri — yang menuduh Malaysia tidak mengamalkan dasar merit sepenuhnya. Kononnya merit itulah ukuran keadilan mutlak. Mereka lupa. Atau pura-pura lupa. Sejarah Yang Sengaja Di Lupakan.. Sebelum Tanah Melayu merdeka, siapa yang mengangkat senjata mempertahankan bumi ini daripada dijajah? Siapa yang menjaga maruah bangsa, raja, agama dan bahasa di tanah air ini? Bukan imigran yang datang dari luar. Bukan komuniti pendatang yang hanya dibawa masuk British untuk mengisi lombong, estet, dan kedai-kedai. Hakikatnya, bangsa Melayu dan pribumilah yang menjadi akar kepada bumi ini. Mereka mewarisi tanah, adat, dan sistem pemerintahan sejak beratus tahun, lama sebelum penjajah datang. Maka timbul persoalan besar: Apakah merit kamu sehingga diterima menjadi warganegara ? Apakah jasa kamu sehingga l...

Kenapa Nafas Perut Lebih Baik Daripada Nafas Dada?

  Kenapa Nafas Perut Lebih Baik Daripada Nafas Dada? Ramai orang bernafas tanpa sedar—masuk, keluar, ulang. Tapi tahukah kita bahawa cara kita bernafas menentukan kesihatan tubuh, tahap tenaga, malah emosi kita seharian? Majoriti manusia moden bernafas dengan dada , cetek, cepat, dan pendek. Hakikatnya, kaedah ini tidak sihat. Sebaliknya, pernafasan melalui perut (diafragma) adalah teknik paling semula jadi dan berkesan, yang diamalkan bayi sejak lahir. Mari kita bongkar fakta saintifik mengapa nafas perut lebih baik: 🔹 1. Oksigen Maksimum Untuk Badan Apabila kita bernafas melalui dada, hanya bahagian atas paru-paru yang digunakan. Tetapi bila kita tarik nafas dengan perut, diafragma turun ke bawah , paru-paru mengembang penuh, dan udara masuk ke bahagian bawah paru-paru yang mempunyai kapilari darah paling banyak . 📌 Hasilnya: lebih banyak oksigen masuk ke darah → tenaga meningkat, otak lebih segar, badan rasa ringan. 🔹 2. Mengawal Stress & Emosi Pernafasan da...

Mitos Melayu Pemalas: Ulangan Propaganda Penjajah & Kapitalis

  Mitos Melayu Pemalas: Ulangan Propaganda Penjajah & Kapitalis “Orang Melayu pemalas.” Berapa kali kita dengar ayat ini diulang? Dari kedai kopi, ke ruang maya, hingga ke mulut generasi muda yang sudah tercemar dengan propaganda lama. Mereka kata: Melayu dan pribumi hanya suka kerja senang. Melayu lari daripada sektor 3D – Dangerous, Dirty, Difficult . Melayu bergantung subsidi, tak ada daya saing. Tapi… mari kita soal balik. Kalau Melayu itu malas, kenapa majoriti mereka yang isi sektor paling berisiko tinggi – askar, polis, bomba, tentera laut, Petronas cari gali , nelayan laut dalam , pemandu lori jarak jauh ? Kerja itu semua apa? Bukankah lebih 3D daripada sekadar berdiri di kilang atau jadi guard di pusat membeli-belah? 1. Asal-usul fitnah “Melayu pemalas” Label ini bukan lahir dari bangsa kita. Ia adalah ciptaan penjajah British . Kenapa? Kerana ketika mereka buka lombong bijih & ladang getah, orang Melayu tidak mahu jadi buruh murahan . Orang Melayu...