G-K566N94YEK Ini Kisah Aku - Bab 5

Ini Kisah Aku - Bab 5

 



Ketua Pengawas

Tanpa aku sedari, pihak pentadbiran dan pengajar sekolah SMTE telah me￾lihat potensi aku untuk menjadi ‘seseorang’ di dalam sekolah aku. 

Mereka bertemu dengan aku secara peribadi menyatakan keinginan pihak pentad￾bir sekolah untuk melantik aku menjadi Ketua Pengawas pada tahun hadapan.

Tapi dengan pantas aku menolak tawaran tersebut kerana aku tidak mam￾pu menjadi seorang yang DISIPLIN untuk masa yang lama, aku tidak mampu menjadi seorang yang patuh kepada undang-undang sekolah yang ketat.

Aku bosan mengikuti rutin harian sebagai seorang yang di kawal oleh peraturan yang membosankan. Walaupun begitu, pihak sekolah masih menaruh harapan kepada aku untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.

Dan akhirnya pada 2/3 sesi persekolah tahun ini, aku di lucutkan kesemua jawatan yang aku sandang serta merta oleh pihak pentadbir sekolah SMTE kerana aku dianggap telah melanggar undang-undang sekolah dengan ber￾kasar tanpa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan ketika mele￾raikan pergaduhan antara kawan aku dengan seorang budak cina di dalam kelas pada waktu persekolahan.

Aku redha dengan keputusan pihak sekolah tersebut kerana memang aku bukan mahu menjadi sebegitu. Sebahagian dari cikgu di sekolah yang melantik aku. Aku pula tidak sampai hati menolaknya, maka aku sahut per￾lantikan itu dengan hati yang berbelah bahagi.

Aku suka kebebasan tanpa ikatan, aku rimas memikul tanggung jawab kera￾na aku sendiri tidak mampu menanggung tanggung jawab aku terhadap diri aku, ibu bapa aku, famili aku, malah kepada Tuhan aku.

Dan di saat aku di bebaskan oleh pihak sekolah dari sebarang tanggungjawab, aku mula bebas melangkah untuk menjadi budak yang semakin na￾kal.

Bukan hanya nakal dari segi lahiriah, aku juga semakin nakal dari segi ro￾hani dan melahirkan sebuah pemikiran baru yang semakin berani men￾cabar fitrah alami kehidupan.


Sijil Pelajaran Malaysia

Tahun 1992 merupakan tahun akhir bagi aku menjadi seorang murid seko￾lah merujuk kepada skim pelajaran silibus Kementerian Pelajaran Malay￾sia. Menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah sesuatu yang sangat penting bagi SEMUA RAKYAT MALAYSIA.

SPM merupakan sempadan besar dan jelas bagi membezakan halatuju seseorang rakyat Malaysia untuk mencorakkan masa depan masing-mas￾ing secara asasnya.

Setiap individu yang menghadapai SPM haruslah fokus dan komited untuk mencapai keputusan yang terbaik di dalam peperiksaan ini. Tiada dolak dalih, tiada alasan, SPM merupakan matlamat tertinggi bagi setiap murid untuk menuju ke menara gading.

Jika gagal, ia bermakna aku harus mencari pekerjaan demi kelangsungan hidup atau aku harus mencari alternatif yang lain jika masih berminat untuk meneruskan minat di dalam bidang mencari ilmu.

Aku yakin boleh LULUS dalam peperiksaan SPM ini, tetapi itu hanya anggapan aku, berangan tanpa usaha...

Perkara yang paling teruk aku buat sepanjang 2 tahun di tingkatan 4 dan 5 setelah aku bebas dari segala jawatan penting di sekolah ialah aku suka ponteng sekolah.

Lepak sampai lewat malam, sudah tentu datang sekolah aku mengantuk. Aku langsung tidak belajar bersungguh-sungguh walhal sebenarnya aku mampu untuk sukses.

Akibatnya aku hampir gagal dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia.

Cukup-cukup makan sahaja. Kali ini memang betul-betul kes naya. Nasib baik ada 2 kredit iaitu agama dan matematik.

Keseronokan dan keyakinan aku kononnya mampu menghafal dan memahami pelajaran tahap ini mengagalkan aku, antara sebabnya ialah:

1. Aku suka ponteng sekolah.

2. Sedar tak sedar, sebenarnya silibus pelajaran semakin sukar.

3. Aku banyak bermain dan tidur di dalam kelas, tidak fokus langsung, jadi bagaimanakah ilmu itu masuk ke dalam otak aku? Ilmu bukan datang bergolek. Ilmu bukannya sudah “ready made” dalam otak aku.

4. Aku memang malas buat kerja sekolah!


Tahun 1993 sehingga tahun 2000

Bila habis SPM ia bermakna aku meningkat remaja, dan perasaan mening￾kat remaja itu menjadikan aku “rasa” aku semakin matang.

Mungkin itu perasaan normal bagi setiap individu yang baru sahaja mengh￾abiskan zaman persekolahan mereka. Maklumlah umur di angka 18 tahun ini selalunya di anggap LESEN untuk BEBAS menjadi remaja tanpa kongkon￾gan oleh penjaga.

Tapi mungkin aku belum bersedia....

Jangka waktu ini merupakan tahun yang banyak mencabar mental, emosi dan fizikal aku. Aku benar-benar bebas sebagai seorang belia remaja yang semakin dewasa tanpa terikat dengan mana-mana rutin-rutin bosan seperti di zaman sekolah aku dulu.

Tiada siapa yang marah jika aku lewat tidur, bangun tidur lambat atau tidur di mana sahaja, malah tiada siapa pun yang terlalu risaukan aku. Atuk dan nenek serta ibu aku memang mengambil berat mengenai aku. 

Cuma aku jer yang selalu melawan mereka semua dan menyuruh mereka agar jangan risaukan aku, aku selalu kata ‘aku okay’…

Persoalannya ialah, apabila aku BEBAS dan tiada aktiviti khusus yang aku harus lakukan setiap hari, apa yang aku nak buat selepas aku bangun tidur sehingga mata aku tertutup kembali?

JAWAPANNYA ialah aku jadi MAT KAKI LEPAK!!!

Ya, ramai yang berpendapat bahawa umur 18 tahun adalah umur untuk ‘berhoneymooon’ bagi seseorang yang normal, tetapi aku bukanlah 100% melepak sahaja sejak berhenti dari sekolah.

Aku sedang mencari halatuju diri aku sebenarnya sambil bersantai menikmati saat-saat kebebasan aku dari rutin persekolahan aku sebelum ini.

Maklumlah, keputusan SPM aku hanya cukup-cukup makan sahaja, walau￾bagaimana pun aku tetap beryukur kerana aku LULUS.

Aktiviti LEPAK pada zaman aku adalah aktiviti yang sangat popular dan ter￾lalu aktif di bandaraya Kuala Lumpur ini sebelum ia dikawal pada tahun 1998 oleh pihak kerajaan daripada aktiviti ini aku mempunyai rangkaian kawan dan kenalan seluruh KL dan Selangor.

Aku adalah ‘Mat Lepak’ di Piccadilly, Damansara Utama, kemudian sam￾bung lepak di belakang Mahkamah, Dataran Merdeka, dan kemudian ‘over￾night’ di Bukit Bintang pada waktu malam. Kawan aku banyak dan semuan￾ya ialah kaki enjoy.

Aku sebenarnya ada banyak juga port lepak di Kepong sehingga langsung tak ada niat nak balik umah, hanya kalau lapar dan tak ada duit nak makan luar barulah aku balik. Terasa teruk betul aku masa ni, tapi aku memang enjoy, sangat enjoy!

Aku ada lebih 8 buah rumah lepak seingat aku. Antara semua rumah lepak aku yang paling aku suka, bebas dan seolah-olah sudah seperti rumah aku ialah rumah bujang Hafiz, kerana di sana semua kawan baik aku berkumpul di sana.

Rumah Hafiz jadi port berkumpul kawan baik aku seperti Awie Zamri, Rosli Shaari, Azlan Alias dan ramai lagi. Ia merupakan rumah lepak aku yang ter￾akhir sebelum aku berkahwin dan terus keluar dari Kepong untuk meneruskan kehidupan aku sebagai seorang suami.

Kerja aku tidak tetap, sekejap aku kerja makan gaji, kemudian aku bernia￾ga, kemudian aku buat ‘direct selling, sekejap main muzik, menyanyi dan hampir setiap malam aku bersilat.

Ketika itu aku tak ada halatuju yang jelas. Aku ini dah macam rojak, tetapiyang paling penting, aku tidak buang masa aku dengan aktiviti yang sia-sia seperti berbuat jenayah atau lain-lain yang merosakkan diri sendiri.

Bersilat sudah menjadi seperti rutin harian aku dan kawan-kawan aku di Kepong. Antara port lepak paling terbaik pada waktu malam adalah gelang￾gang silat.

Ya, gelanggang silat jadi markas budak Kepong seperti aku. Melepak dengan riadah yang sihat dalam mempelajari warisan bangsa, pelbagai aktiviti selain bersilat, semuanya berfaedah dalam membina jatidiri aku dan budak Kepong menjadi positif.

Realitinya kehidupan aku pada ketika ini berada betul-betul di persimpan￾gan antara dunia yang negatif dan dunia yang positif. Alhamdulillah aku berjaya mengharunginya dengan izin Tuhan.

Aku sering berfikir sonsang mengenai Tuhan apabila mendapat pelbagai input negatif mengenai Islam. Otak dan akal fikiran aku mula berkecamuk memandangkan aku terlalu banyak masa untuk berfikir. 

Status kewanganyang tidak kukuh, lepak dengan semua manusia yang jiwa kacau dan masih tiada halatuju yang jelas.

Aku mula secara keras dan jelas menyalahkan TAKDIR. Dan aku memang tahu takdir itu adalah perancangan dan keputusan Tuhan. Aku mula mem￾persoalkan keputusan Tuhan kerana tidak memenuhi kehendak aku.

Ini ditambahkan pula dengan berita-berita buruk dan pelbagai fakta yang banyak menjatuhkan reputasi Islam dengan melabel Islam sebagai sebuah agama yang ganas, keras dan rasis.

Hampir lebih separuh negara-negara Islam adalah dalam keadaan yang mundur dan mempunyai konflik mereka sendiri. Ekonomi sebahagian besar dari negara Islam adalah amat meruncing. Adakah fakta ini tidak menakut￾kan kalian? Fakta-fakta ini sangat mengganggu keimanan aku.

Isu menyalahkan takdir ini sering berlaku sebelum ini tetapi tidak seserius pada waktu aku selepas habis persekolahan. Dahulu bila aku menyalahkan takdir, cepat-cepat aku beristighfar.

Namun pada waktu ini aku tidak lagi mahu beristighfar. Seolah-olah memang benar-benar marah dengan keadaan yang berlaku ke atas aku. Mun￾gkin jiwa aku kosong, kacau dan sukar mencari ketenangan. 

Aku hanya berharap dengan memarahi Tuhan segalanya akan berubah menjadi lebih baik....


Industri Muzik Malaysia

Kalau kalian ingin tahu, sebenarnya cita-cita utama aku ialah ingin menjadi artis rakaman berkumpulan.

Cita-cita aku inilah yang menjadikan aku sangat positif dan bersemangat untuk meneruskan kehidupan ini walaupun dalam masa yang sama cita-ci￾ta ini menjadikan aku seorang yang pemalas nak buat pekerjaan yang lain.

Walaupun nampak aku tidak serius tentang hidup aku, faktor kewangan dan masa depan aku memang kerap aku fikirkan. Cuma aku sering memandang ringan terhadap masa dan peluang yang ada.

Ada pelbagai pekerjaan yang aku buat. Antaranya buka gerai burger di kantin sekolah (boss sendiri), pelakon TV tambahan di HVD, jurujual kad diskaun, dispatch di pejabat peguam, pembantu supervisor syarikat cuci, pembantu kedai Cyber Cafe, pembantu kedai makan, pembantu ‘landsur￾vey’, peniaga multilevel (boss sendiri), pembantu fotografer dan wartawan tetapi semua pekerjaan itu tidak kekal.

Cita-cita ini adalah sebab utama aku berhenti berniaga burger dan berhenti membantu ibu aku menjalankan perniagaan jualan langsung yang merupa￾kan pekerjaan aku yang paling lumayan. 

Ini kerana potensi untuk menjadi seorang yang lebih mewah terbuka luas di dalam bidang seni muzik ketika itu.

Sebenarnya kebanyakan orang di sekeliling aku yang mendesak aku jadi artis. Mereka kata suara aku best bila menyanyi di karaoke, jamming atau menyanyi masa lepak-lepak santai. Dengan itu, bersungguh-sungguhlah aku menaruh harapan menjadi penyanyi.

Kawan aku yang bernama Azlan Alias telah membuka ruang dan peluang aku untuk masuk ke dalam Industri Muzik Malaysia. 

Kami menubuhkan se￾buah kumpulan rock alternatif dengan nama The Giggles untuk memper￾juangkan muzik alternatif rock citarasa Malaysia.

Tetapi sedihnya, oleh kerana aku mempunyai penyakit gugup yang melam￾pau, aku gagal menjadi artis.. Apabila diujibakat, suara aku tak keluar. Ahhh malunya aku ketika itu.

Aku kena akui kelemahan diri aku itu. Rupa-rupanya aku masih tidak sem￾buh sepenuhnya dari penyakit gugup aku yang aku warisi dari kecil lagi.

Namun rezeki aku di dalam industri seni tidak terhenti di situ kerana aku beralih kepa￾da bidang penciptaan lagu dan penulisan lirik pula.

Tanpa banyak perancangan dengan bantuan dan desakan kawan aku bernama Joe Rodzi, kami menghasilkan demo ciptaan aku termasuk rakaman ketika kami jamming di studio jamming untuk dihantar ke stesen TV3. 

Joe Rodzi merupakan tuan rumah bujang yang aku selalu lepak, dan dialah juga gitaris utama aku dalam kumpulan The Gigles.

Alhamdulillah, aku terpilih untuk menyertai sebuah rancan￾gan TV Khas untuk mencari komposer muda ketika itu iaitu rancangan KOMPOSER di TV3.

Dan apa yang sangat menarik bagi aku, dengan izin Tuhan lagu aku menjadi juara Carta Komposer selama 16 minggu berturut-turut tanpa banyak cabaran. 

Kebetulan lagu aku satu-satunya lagu alternatif rock yang ada di dalam pertandingan ini seterusnya menjadikan lagu aku unik sepanjang musim rancangan itu.

Ketika ini sukar untuk aku nak perjelaskan perasaan aku. Perasaan sero￾noknya lain macam, rasa seperti berjalan tidak berpijak ke bumi.

Aku seolah tidak percaya bahawa sebuah karya muzik ciptaan aku itu di angkat menjadi juara carta pada sebuah pertandingan di sebuah stesen

TV yang berprestij. Pujian melambung tinggi dari pelbagai pihak aku terima terutamanya dari Arwah Pak Pandir, Azman Abu Hassan, Chobib Ali dan ramai lagi.

Yang paling menarik ialah senyuman menarik dari Sifu M.Nasir ketika final rancangan ini apabila beliau bertanya mengenai lagu aku.

Ini merupakan sesuatu yang besar bagi aku. Maklumlah, aku bukan seo￾rang yang fokus untuk menjadi seorang komposer. Bermain gitar dengan tangan bangku aku ni pun selalu salah cord. 

Ilmu muzik aku memang tiada langsung, hanya sedikit ilmu yang aku ada di ajar oleh Al-Faizal dulu dan beberapa kawan aku seperti Joe Rodzi dan Azlan Alias.

Ini memang rezeki besar buat aku, Syukur Alhamdulillah.

Namun agak menyedihkan apabila lagu aku itu ketika berjaya memasuki

final Rancangan Komposer tersebut, aku hanya mendapat tempat ke 7 dari

8 peserta dalam pertandingan akhir.

Juara merupakan sebuah lagu joget yang bertajuk “Joget Toleh Menoleh”

nyanyian oleh Kumpulan Senario dan ciptaan oleh Arwah Pak Lah Cecupak.

Punca kekalahan adalah jelas kerana semua juri awam dan juri profesional

adalah bukan dari peminat lagu rock dan mereka lebih meminati lagu bala￾da dan lagu-lagu cinta. Menerima sesuatu genre yang baru dan segar dari

barat adalah sesuatu yang mungkin sukar bagi mereka.

Ada juga desas desus yang kuat mengatakan bahawa semua pihak media massa gergasi Malaysia dan pihak kerajaan Malaysia sedang ingin men￾gangkat dan mempromosi lagu-lagu tradisonal keMelayuan kita dalam memperkasakan Program Tahun Melawat Malaysia. 

Aku merasakan seo￾lah-olah menjadi mangsa keadaan tetapi tidak mengapalah, sudah tidaka da rezeki aku di situ.

Aku terima kekalahan tersebut. Cuma aku agak terkejut, bagaimana juara carta mingguan terus menjunam menjadi kedua tercorot? Sedangkan lagu aku unik dan lain daripada yang lain.

Otak aku mula akan berfikir mencari salah dari sudut yang negatif. Kenapa hidup aku ini tidak ada perkara yang mudah dan berjalan lancar?

Kenapa takdir itu pada mulanya indah tetapi ia berakhir dengan sesuatu yang amat menyakitkan diri aku?

Aku nak berjaya, aku nak buat ibu dan bapa aku bangga, aku mahu jadi seseorang yang dikenali agar mudah untuk aku mencari rezeki.

Aku kecewa, tapi aku tidak berhenti setakat itu. Aku berusaha menjual karya-karya aku di Ambang Klasik, syarikat penerbitan muzik TV3 dengan bantuan Arwah Pak Pandir tetapi sering gagal. 

Aku juga pernah menjual karya di Luncai Emas dan ada di beberapa saluran, tetapi gagal juga.

Aku mula runsing. Mungkin kerana karya aku itu dirakam dalam bentuk rakaman yang teruk kualitinya. 

Maklumlah hanya gitar kapok dan suara aku yang dirakam terus ke dalam kaset kosong. Kualitinya mungkin menyebab￾kan pendengar kurang faham melodi aku.

Aku semakin bersemangat untuk menyertai golongan orang seni apabila mula merasai realiti keseronokan hidup seperti mereka ketika aku bekerja dengan pakcik bongsu aku yang bernama R.Badri (Ucu) di sebuah studio milik beliau di Damansara Utama iaitu XS Studio pada tahun 1998/99. 

Aku bekerja sebagai pembantu Ucu aku untuk menjaga studio dan membantu apa yang patut.

Di sinilah aku berjumpa dengan ramai penggiat seni muzik yang lama mahu pun yang baru di mana kebanyakan mereka sangat baik dan mesra. 

Keb￾etulan studio Ucu aku tu yang terletak sangat berhampiran dengan ‘Food￾court’ UpTown Damansara ini adalah lokasi lepak yang sangat popular bagi golongan manusia yang bergiat aktif di waktu malam terutamanya bagi golongan industri kreatif.

Secara tidak langsung, aku juga membina rangkaian rakan-rakan seni dari pelbagai ragam jenis manusia. 

Aku sangat seronok kerana bergaul dan ber￾komunikasi dengan mereka adalah satu pengalaman yang hebat. Apa saha￾ja cerita dari mereka adalah satu ilmu bagi aku.

Antara ilmu dan pengalaman yang aku dapat ketika aku berada di sini ialah aku dapat belajar bermain piano dalam masa 3 bulan sahaja dan sudahmampu bermain dengan baik. Banyak melodi lagu-lagu baru yang sedap mampu aku hasilkan.

Pada tahun 1998 juga, tanpa di duga tiba-tiba Tuhan makbulkan doa aku.

Aku berjaya menjual sebuah karya lagu aku dan berpeluang menulis 2 lirik ke dalam album kedua Kumpulan CANDY, sebuah kumpulan rock wanita popular dengan lagu Akan Ku Tunggu dari Sarawak.

Ini adalah bantuan dari sahabat baik aku, Hafiz Hamzah yang kebetulan bekerja di syarikat rakaman Life Record yang menerbit album Candy bawah seliaan Nik Nasir, bekas pengurus kumpulan Rusty Blade.

Dan syukur Alhamdulillah, lagu aku menjadi 1st Single dalam album kedua mereka tersebut. 

Ya Tuhan, seronoknya aku ketika itu kerana dapat men￾dengar karya aku di corong radio seluruh Malaysia.

Keseronokan itu tidak lama, takdir Tuhan ekonomi dunia jatuh merudum.

Penjualan album dan pasaran muzik juga cukup terkesan. Tambahan ma￾salah cetak rompak dan masalah industri muzik digital yang merosakkan ekonomi muzik domestik.

Kerana itu, semua pemain industri muzik memperlahankan perniagaan mereka, termasuklah akan aku.

Ini tidak mematahkan semangat aku untuk terus melangkah. Hasilnya aku masih di dalam industri seni negara sehingga ke hari ini.

Aku berjaya membuka syarikat penerbitan muzik aku sendiri. Kini aku jumpa jalan aku, takdir aku. Tapi aku belum jumpa erti kejayaan aku yang sebenar.

Ke mana aku sebenarnya ingin pergi selepas ini?

Dari tahun 1993 sehingga tahun 2000 iaitu dari umur aku 18 tahun sehing￾ga 25 tahun, halatuju aku memang agak kabur tetapi tidak pernah lemah semangat untuk meneruskan hidup ini.. Aku masih berjaya menjadi seo￾rang yang kekal positif.

Lebih 8 tahun ni aku hidup enjoy dan tidak serius dalam membina halatuju hidup. 

Kerja semua hanya pakai tangkap muat sahaja kerana kononnya aku memang nak fokus menjadi anak seni, tetapi realitinya ia adalah sukar atas pelbagai faktor terutamanya penyakit gugup aku yang agak kuat.

Aku melihat seolah-olah doa aku untuk mencapai impian aku menjadi seo￾rang artis dan komposer terkenal sering kali terbatas. 

Malah dalam apa pelan kerjaya aku pun sering tidak berjalan lancar. Kenapa doa aku tidak ditunaikan oleh Tuhan??

Aku telah berusaha, aku telah merancang dan aku telah bertakwakkal. Teta￾pi kenapa masih SUKAR? 

Sandiwara dunia ini masih tidak menjadikan aku hilang punca mungkin kerana aku masih mampu untuk berfikir panjang dan masih rasa selamat di bawah jagaan atuk, nenek dan ibu aku.

Bersambung


0 Ulasan