Khamis, 16 Ogos 2018

AGAMA, AKU DAN MATI....

"JIKA Aku tukar Agama Islam Aku kepada Agama kamu atau kepercayaan kamu.. bolehkah kamu bagitahu aku dengan bukti dan hujah dalam Kitab Utama kamu... Ke mana aku selepas mati aku??

JIKA tidak... ayuh masuk ke dalam Agama Islam Ku.!!

Kerana jika aku bertukar apa2 agama pun.. aku tetap akan MATI..

Dan adakah selepas aku MATI aku jumpa akan pencipta aku..??!!

Pencipta Aku adalah ASAL KU.. TUHAN KU.. SUMBER KU..."

Khamis, 26 Julai 2018

PENJAJAHAN DENGAN PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA??

PERLEMBAGAAN MALAYSIA adalah undang2 tubuh negara dimana ia dibentuk secara dasarnya untuk membentuk sebuah negara berdaulat yg diiktiraf oleh seluruh Dunia sebagai sebuah negara yg Merdeka..!!

Ia juga adalah sebuah ACUAN ASAS NEGARA yg memelihara seluruh kehidupan warga Malaysia terutamanya pribumi kerana tanah bertuah ini adalah sebuah tanah yg diwarisi daripada nenek moyang kami...

Maka jelasnya... Kami tidak perlu hairan dan marah walaupun sedikit KECEWA kepada tindakan dan perangai warga Malaysia bukan bumiputra yang tidak ambil peduli mengenai SEMUA ISU SENSITIF yang dipertikaikan selama ini...
Kerana apa??.. kerana kami tahu isu tersebut tiada kepentingan bagi mereka...

Namun kami Bumiputra Malaysia sangat sayang dan sangat menghargai non-bumi yg sangat menghormati kami kerana sesungguhnya kami tidak pernah mengganggu sesiapa pun selama ini..!!!

TETAPI kami sangat amat kecewa dan amat terlalu marah kepada non-pribumi yg bersungguh2 cuba mengubah dasar dan mempertikai pelbagai perkara sensitif seperti Hak Istimewa kami, Agama Kami, Bahasa kami, Raja-Raja Melayu kami dan banyak lagi seolah-olah untuk mengubah Malaysia mengikut acuan mereka...
Kau orang dah kenapa??
Ini namanya mencari pasal..
Ini namanya mencari gaduh..
Sedangkan semua rakyat Malaysia terbukti bahagia dan aman dengan KONSEP Malaysia selama ini...

DAN paling dahsyat bagi admin ialah bangsa pribumi/bumipura yang acah-acah berlapang dada.. kononnya berfikiran terbuka menyokong tindakan non-pribumi tersebut...
Golongan ini terpengaruh dgn minda ala Barat dan merujuk kehidupan pribumi singapura yg sebenarnya terasing di tanah bumi mereka sendiri...

Tidakkah sejarah Temasik itu menjadi CONTOH TERBAIK dan bukti jelas bahawa pribumi ditindas secara halusssss melalui proses manipulasi DEMOKRASI??!!
Tanah dijajah tanpa setitik darah pun...

Sesungguhnya bangsa Bumiputra sangat lembut dan baik budi pekerti berbanding kalian....

ALLAH/TUHAN telah kurniakan bagi kita semua hidup aman bahgia bersama tapi kalian cuba mengganggu kehamonian itu dgn tuntutan2 yang sangat berbau rasis dan tamak...
Kalian sungguh golongan manusia yg tidak tahu bersyukur dan menghargai jasa baik pribumi dengan akhlak sifat berterima kasih..!!

Sabtu, 9 Jun 2018

MALAYSIA BARU

Salam Malaysia Baru kepada semua Penyokong DiRaja Malaysia...

Alhamdulillah kita sudah sebulan melayari kehidupan dalam suasana diterajui oleh sebuah Kerajaan Baru yang diketuai oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad..

09 Jun 2018 - hari ini maka genaplah sebulan pilihanraya umum ke 14 di mana Legenda UMNO dan sekutu BN mereka tumbang utk pertama kalinya dalam sejarah...

Maka disini admin mengambil peluang dan kesempatan bersama seluruh warga Penyokong DiRaja sekelian yg sudi untuk bersama2 admin memantau serta memberi buah fikiran dalam membantu kerajaan baru ini dalam bentuk kritik, sokongan, protes, pujian atau sebagainya...

Harap.maklum..
Sekian Terima Kasih...

Jumaat, 1 Jun 2018

SALAM NUZUL QURAN 2018

Al-Quran diturunkan kepada malaikat Jibril ... jadilah malaikat Jibril sebaik-baik (ketua) para malaikat.

Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad ... jadilah Nabi Muhammad penghulu sekalian manusia.

Al-Quran diturunkan kepada umat Nabi Muhammad ... jadilah umat Nabi Muhammad sebaik-baik umat.

Al-Quran diturunkan di dalam bulan Ramadhan ... jadilah Ramadhan sebaik-baik bulan.

Al-Quran diturunkan di dalam malam Lailatul Qadr ... jadilah malam Lailatul Qadr sebaik-baik malam.

Bagaimana pula jika Al-Quran itu diturunkan kepada hati-hati kita ?

Fikir-Fikirkan !!!

#SalamNuzulAlquran1439H

اللهم بلغنا ليلة القدر

Isnin, 12 Jun 2017

SALAM NUZUL QURAN 2017

Admin mengucapkan..
"Salam Nuzul Quran" kepada semua warga Penyokong Diraja Sedunia...
Semoga Alif Ba Ta di semua kawasan wilayah Nusantara kekal dilindungi Allah...
Amin Ya Rahim...

Jumaat, 26 Mei 2017

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2017

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 2017 kepada semua para Penyokong DiRaja sekalian...

Semoga lindungan Allah bersama kalian dalam setiap saat selamanya... 

Amin Ya Rahim - Admin

Sabtu, 20 Mei 2017

WAHAI KIYAI, MENGAPALAH KITA MENGIKUT KATA ULAMAK? BUKANLAH LEBIH BAIK AMBIL DARI AL-QURAN DAN SUNNAH SAHAJA?

Suatu hari,datang seorang pemuda bernama Abdullah ke sebuah Pesantren di Indonesia bertujuan untuk bertemu dengan Kiyai di Pesantren tersebut. Maka berlakulah dialog di antara pemuda dan Kiyai di ruang tamu rumah Kiyai itu...

Pak Kiyai: Silalah duduk anak muda, siapa namamu dan dari mana asalmu?

Pemuda: Terima kasih Pak Kiyai. Nama saya Abdullah dan saya berasal dari Kampung Seberang.

Pak Kiyai: Jauh kamu bertandang ke sini, sudah tentu kamu punya hajat yang sangat besar. Apa hajatnya mana tahu mungkin saya boleh menolongmu?

Pemuda tersebut diam sebentar sambil menarik nafasnya dalam-dalam.

Pemuda: Begini Pak Kiyai, saya datang ke sini, bertujuan ingin berbincang beberapa permasalahan dengan Pak Kiyai. Pendeknya, permasalahan umat Islam sekarang. Saya ingin bertanya, mengapa Kiyai-Kiyai di kebanyakan pesantren di Indonesia, dan Tuan-Tuan Guru di Malaysia serta Pattani dan Asia umumnya sering kali mengajar murid-murid mereka dengan lebih suka mengambil kalam-kalam atau pandangan para ulama?

Seringkalilah juga saya mendengar mereka akan menyebut:

“Kata al-Imam al-Syafiee, kata al-Imam Ibn Athaillah al-Sakandari,kata al-Imam Syaikhul Islam Zakaria al-Ansori dan lain-lain”

Mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah? Bukankah lebih enak kalau kita mendengar seseorang tersebut menyebutkan “Firman Allah taala di dalam al-Quran, Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis itu dan ini?”

Ulama-ulama itu juga punya kesalahan dan kekurangan. Maka mereka juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Maka sebaiknya kita mengambil terus daripada kalam al-Ma’sum iaitu al-Quran dan al-Sunnah??

Pak Kiyai mendengar segala hujah yang disampaikan oleh pemuda tersebut dengan penuh perhatian. Sedikitpun beliau tidak mencelah malah memberikan peluang bagi pemuda tersebut berbicara sepuas-puasnya.

Sambil senyuman terukir di bibir Pak Kiyai, beliau bertanya kepada pemuda tersebut,

Pak Kiyai: Masih ada lagi apa yang ingin kamu persoalkan wahai Abdullah?

Pemuda: Setakat ini, itu sahaja yang ingin saya sampaikan Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Sebelum berbicara lebih lanjut, eloknya kita minum dahulu ya. Tiga perkara yang sepatutnya disegerakan iaitu hidangan kepada tetamu, wanita yang dilamar oleh orang yang baik maka disegerakan perkahwinan mereka dan yang ketiga si mati maka perlu disegerakan urusan pengkebumiannya. Betul kan Abdullah?

Pemuda: Benar sekali Pak Kiyai .

Pak Kiyai lalu memanggil isterinya bagi menyediakan minuman pada mereka berdua. Maka beberapa detik selepas itu minuman pun sampai di hadapan mereka.

Pak Kiyai: Silakan minum Abdullah.

Sebaik dipelawa oleh Pak Kiyai, maka Abdullah pun terus mengambil bekas air tersebut lalu menuangkan perlahan-lahan ke dalam cawan yang tersedia.

Pak Kiyai terus bertanya: Abdullah, kenapa kamu tidak terus minum daripada bekasnya sahaja? Kenapa perlu dituang di dalam cawan?

Pemuda: Pak Kiyai, mana bisa saya minum terus daripada bekasnya. Bekasnya besar sekali. Maka saya tuang ke dalam cawan agar memudahkan saya meminumnya.

Pak Kiyai: Abdullah, itulah jawapan terhadap apa yang kamu persoalkan sebentar tadi. Mengapa kami tidak mengambil terus daripada al-Quran dan al-Sunnah? Ianya terlalu besar untuk kami terus minum daripadanya.Maka kami mengambil daripada apa yang telah dituang di dalam cawan oleh para ulama. Maka ini memudahkan bagi kami untuk mengambil dan memanfaatkannya.

Benar kamu katakan bahawa mengapa tidak terus mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Cuma persoalan kembali ingin saya lontarkan kepada kamu.Adakah kamu ingin mengatakan bahawa al-Imam al-Syafie dan para ulama yang kamu sebutkan tadi mengambil hukum selain daripada al-Quran dan al-sunnah? Adakah mereka mengambil daripada kitab Talmud atau Bible?

Pemuda: Sudah tentu mereka juga mengambil daripada al-Quran dan al-Sunnah.

Pak Kiyai: Kalau begitu, maka sumber pengambilan kita juga adalah daripada al-Quran dan al-Sunnah cuma dengan kefahaman daripada para ulama.

Pak Kiyai: Satu lagi gambaran yang ingin saya terangkan kepada kamu. Saya dan kamu membaca al-Quran, al-Imam al-Syafie juga membaca al-Quran bukan?

Pemuda: Sudah tentu Pak Kiyai.

Pak Kiyai: Baik, Kalau kita membaca sudah tentu kita ada memahami ayat-ayat di dalam al-Quran tersebut bukan? Al-Imam al-Syafie juga memahami ayat yang kita bacakan.

Maka persoalannya, pemahaman siapa yang ingin didahulukan? Pemahaman saya dan kamu atau pemahaman al-Imam al-Syafie terhadap ayat tersebut?

Pemuda: Sudah tentu pemahaman al-Imam al-Syafie kerana beliau lebih memahami bahasa berbanding orang zaman sekarang.

Pak Kiyai: Nah, sekarang saya rasa kamu sudah jelas bukan?
Hakikatnya kita semua mengambil daripada sumber yang satu iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Tiada seorang pun yang mengambil selain daripada keduanya.

Cuma bezanya, kita mengambil daripada pemahaman terhadap al-Quran dan al-Sunnah tersebut daripada siapa? Sudah tentu kita akan mengambil daripada orang yang lebih dalam ilmu dan penguasaannya.

Ini kerana mereka lebih wara’ dan berjaga-jaga ketika mengeluarkan ilmu.

Hatta Imam Syafie rahimahullah yang berbangsa Arab sendiri pun tinggal di perkampungan Bani Huzail selama lebih kurang 10 tahun semata-mata ingin belajar Bahasa Arab mereka yang hampir dengan fushah...

Kamu tahu Abdullah,al-Imam al-Syafie radhiyallahu anhu pernah ditanya oleh seseorang ketika mana beliau sedang menaiki keldai, berapakah kaki keldai yang Imam tunggangi?

Maka al-Imam al-Syafie turun daripada keldai tersebut dan mengira kaki keldai tersebut.

Selesai mengira kaki keldai berkenaan, barulah al-Imam menjawab: “Kaki keldai yang aku tunggangi ada empat”. Orang yang bertanya tersebut merasa hairan lalu berkata “Wahai Imam, bukankah kaki keldai itu sememangnya empat, mengapa engkau tidak terus menjawabnya?”

Al-Imam al-Syafiee menjawab: “Aku bimbang, jika aku menjawabnya tanpa melihat terlebih dahulu, tiba-tiba Allah taala hilangkan salah satu daripada kakinya maka aku sudah dikira tidak amanah di dalam memberikan jawapan”

Cuba kamu perhatikan Abdullah, betapa wara’nya al-Imam al-Syafie ketika menjawab persoalan berkaitan dunia. Apatah lagi kalau berkaitan dengan agamanya?

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu pernah didatangi oleh seorang pemuda di dalam majlisnya di Madinah al-Munawwarah.

Pemuda tersebut mengatakan bahawa dia datang daripada negeri yang jauhnya 6 bulan perjalanan daripada Madinah.

Pemuda itu datang untuk bertanyakan satu masalah yang berlaku di tempatnya.

Al-Imam Malik radhiyallahu anhu, mengatakan bahawa “Maaf, aku tidak pandai untuk menyelesaikannya”

Pemuda tersebut hairan dengan jawapan Imam Malik, dan dia bertanya: “Bagaimana aku akan menjawab nanti bilamana ditanya oleh penduduk tempatku?”

Maka kata al-Imam Malik: “Katakan kepada mereka bahawa Malik juga tidak mengetahui bagaimana untuk menyelesaikannya”

Cuba kamu lihat Abdullah betapa amanahnya mereka dengan ilmu. Berbeza dengan manusia zaman sekarang yang baru setahun jagung di dalam ilmu sudah mendabik dada mengaku bahawa seolah-olah mereka mengetahui segalanya.

Mereka sungguh mudah membidaahkan perkara-perkara khilaf dan menolak pandangan-pandangan ulama-ulama muktabar terdahulu dgn alasan yg pelbagai..

Pemuda: MasyaAllah, terima kasih Pak Kiyai atas penjelasan yang sangat memuaskan. Saya memohon maaf atas kekasaran dan keterlanjuran bicara saya .

Pak Kiyai: Sama-sama Abdullah. Semoga kamu akan menjadi seorang yang akan membawa panji agama kelak dengan ajaran yg benar insya Allah.

Isnin, 10 April 2017

BESARNYA RAHMAT SEDEKAH

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat?

Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa?

Mari kita baca jawapannya...
------------------------------------------------

Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti)_

*KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA?*

Satu
Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10)_

👳✏Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"?_

👳✏Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.."_

Dua
Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu'min akan berada di bawah teduhan pahala sedekahnya pada hari kiamat nanti._

Tiga
Bersedekahlah utk saudaramu yg tlh pun meninggal dunia kerana sesungguhnya mereka amat berharap utk kembali ke dunia utk bersedekah dan melakukan amalan soleh._

Empat
Oleh itu realisasikanlah harapan mereka. Dan latihlah anak2mu supaya membiasakan diri dgn bersedekah.

Lima
Bersedekahlah.. Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kpd org yg bersedekah._

Enam
Adakah anda pernah membaca tentang faedah bersedekah?

1. Amalan sedekah itu adalah salah satu pintu daripada pintu2 syurga_

2. Sedekah adalah sebaik2 amalan soleh dan sebaik2 sedekah ialah memberi makan_

3. Pahala sedekah akan menaungi pemiliknya pada hari kiamat dan melepaskannya dari azab neraka_

4. Sedekah dapat memadam kemurkaan Allah dan kepanasan kubur_

5. Sedekah adalah sebaik2 hadiah buat si mati, yang paling bermanfaat untuknya di kubur dan yang ditambah oleh Allah akan rezeki (kerana bersedekah)_

6. Sedekah adalah satu penyucian harta dan jiwa dpt menggandakan kebaikan._

7. Sedekah adalah punca kegembiraan si pemberi dan punca wajahnya bercahaya di hari kiamat_

8. Sedekah menjadi pengaman dari ketakutan pada hari huru hara besar dan hari yang tiada kesedihan kerana hilangnya sesuatu drpnya (hari kiamat)_

9. Sedekah menjadi punca keampunan trhadap dosa dan penghapusan daripada kejahatan_

10. Sebagai pembawa berita gembira tntang pengakhiran yg baik dan punca doa malaikat buatnya_

11. Orang yg bersedekah adlah org yg terbaik di kalangan manusia._

12. Pahala sedekah pula adalah utk semua yg berkongsi tentang sedekah itu (bukan hanya utk si pemberi)_

13. Pemberi sedekah dijanjikan kebaikan yg banyak dan pahala yg besar_

14. Org yg suka menginfaq adalah salah satu sifat orang yg bertaqwa._

15. Dan sedekah menjadi punca lahirnya kasih sayang hamba Allah kepada si pemberi._

16. Sedekah tanda dermawan dan salah satu tanda kemuliaan dan kemurahan hati_

17. Bersedekah memustajabkan doa dan merungkaikan segala kesulitan._

18. Bersedekah menolak bala dan menutup  70 kejahatan di dunia._

19. Sedekah memanjangkan umur, menambah rezeki, menjadi punca rezeki dan kemenangan_

20. Sedekah menjadi ubat, penawar dan penyembuh_

21. Sedekah menghalang kebakaran, tenggelam akibat banjir dan kecurian_

22. Pahala sedekah adalah tetap (tidak berbeza-beza) walaupun diberikan kepada haiwan ternakan atau burung2._

Dan sebaik2 sedekah skrg ini ialah menyebarkan ilmu ini dengan niat bersedekah!!!

Ahad, 19 Mac 2017

PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU - 17 Mac 1824


Tiga hari sudah berlabuh tarikh 17 Mac maka Genaplah 193 Tahun Perpecahan Kepulauan Melayu, Jom Baca Kisah Apa Sebenarnya Yang Menyebabkan Kepulauan Melayu Berpecah.

MEMPERINGATI PERPECAHAN KEPULAUAN MELAYU (17 Mac 1824)

Genaplah 192 tahun berlakunya peristiwa perjanjian yang ditandatangani di antara dua kuasa besar nun jauh di kota London sana, namun perjanjian itu memberi kesan yang amat besar kepada penduduk peribumi di sebuah kepulauan besar di Timur Jauh dan kesannya sejak dari nenek moyang masih lagi dirasai sehinggalah kepada anak cucu mereka walau pada zaman teknologi kini.

Perjanjian ini ditandatangani di antara Hendrik Fagel dan Anton Reihard Flack mewakili kerajaan Belanda dengan George Canning dan Charles Watkin Williams Wylkin mewakili kerajaan British.
Perjanjian ini ditandatangani untuk menyelesaikan konflik di antara dua pihak berhubung dengan tindakan British membina pengaruhnya di Singapura,salah sebuah wilayah dalam Empayar Johor-Riau-Lingga ketika itu yang semakin melemah akibat perebutan takhta di antara kerabat diraja dan campur tangan dua kuasa besar Barat (siapa lagi kalau bukan British dan Belanda) yang berusaha mencari pangkalan strategik untuk meluaskan pengaruh mereka di Timur Jauh itu.

Belanda mendakwa tindakan British membuka pangkalan di Singapura sebagai tidak sah dan menganggap bahawa Singapura di bawah pengaruh mereka. Empayar Johor Riau Lingga juga ketika itu mempunyai dua sultan dalam kerajaannya iatu Sultan Hussein (bersemayam di Singapura) dan Sultan Abdul Rahman (bersemayam di Lingga).

Perbincangan dilakukan di antara dua pihak sejak tahun 1820 lagi untuk menyelesaikan konflik Singapura itu. Setelah berbuat perbincangan sekian lama, akhirnya kedua-dua pihak bersetuju membuat perjanjian untuk membahagikan kepulauan Melayu amnya dan wilayah Empayar Johor-Riau Lingga khasnya kepada dua bahagian. Dalam perjanjian ini ;

1. Kekuasaan British diakui dan diiktiraf di wilayah Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

2.Kekuasaan Belanda diakui dan diiktiraf di wilayah selatan Singapura seperti Kepulauan Riau Lingga dan juga di Sumatera (termasuklah wilayah Kepulauan Natuna)

3. British akan menyerahkan pangkalannya di Bengkulu (Bencoolen) kepada Belanda dan berjanji tidak akan membina mana-mana pangkalan di Sumatera atau membuat apa-apa perjanjian dengan para pemerintahnya.

4. Belanda akan menyerahkan pangkalannya di Melaka kepada British dan tidak akan meluaskan pengaruhnya atau membina pangkalannya di Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura.

Perjanjian ini ditandatangani oleh pihak penjajah bagi memudahkan mereka memperluaskan pengaruh dan kuasa mereka di Alam Nusantara. Mudah sekali percaturan mereka untuk membahagikan tanah kita sesuka hati seolah-olah tanah ini milik mereka.

Hasil perjanjian ini telah berjaya memecah-belahkan Empayar Kesultanan Johor-Riau-Lingga. Alam Kepulauan Melayu juga telah terbahagi kepada dua kawasan yang diatur oleh kuasa asing. Tanah Melayu dan Singapura pula di bawah pengaruh British. Manakala kepulauan Lingga, Riau, Sumatera dan lain-lain kepulauan selatan Singapura dibawah cengkaman Belanda. Hal ini telah memudahkan urusan penjajahan dan pentadbiran bagi kedua-dua belah pihak kuasa asing.

Tamadun Melayu dirosakkan dengan membelah wilayahnya di bahagian yang paling "prosperous".
- Segenting Kra & Utara Semenanjung
- Selat Melaka
- Kepulauan Siantan
- Kepulauan Riau Lingga

Pemecahan ini menyebabkan pertikaian politik dan penyerakkan fokus perdagangan antarabangsa dan entreportism yang menjadi teras kegagahan Alam Melayu kepada sekurang-kurangnya 3 entiti:
- Malaysia,
- Selatan Thailand,
- Indonesia dan
- Singapura.

Sehingga kini, kesan perjanjian ini meninggalkan kesan yang sangat berbekas dalam sanubari orang Melayu di ketiga-tiga buah negara sehingga kini. Banyak di antara kita yang mempunyai sanak saudara jauh yang masih terdapat di Singapura dan pulau Sumatera misalnya.

Pada masa inilah juga Pulau Natuna yang begitu dekat dengan orang Melayu Sarawak juga terpisah. Sehingga sekarang masih ramai lagi orang Melayu di Sarawak yang mempunyai saudara mara di kepulauan ini. Ini merupakan antara kesan Perjanjian British Belanda yang masih dirasai oleh kita sehingga sekarang.

Sesungguhnya tanpa antara satu sama lain entiti-entiti tersebut tidak mampu untuk bangkit sebagai kuasa besar dunia meskipun rantau mereka begitu luas, makmur dan berpopulasi tinggi.
Kekayaan hasil bumi Indonesia tidak akan menjadi satu impak ketamadunan apabila tidak hadir elemen penting yang terdapat di Singapura yakni pelabuhan bertaraf antarabangsa dan di Malaysia-Brunei (Berunai) di mana elemen kemelayuan dan kerajaannya yang merupakan "core society and culture" (teras kemasyarakatan dan kebudayaan) rantau Asia Tenggara.

Meskipun hakikatnya Alam Melayu secara politik tidak pernah bersatu sebelum penubuhan negara bangsa ala-Barat tetapi sistem talasokrasi yang wujud pasca Srivijaya masih kekal dipraktikkan sehingga ratusan kerajaan kecil Alam Melayu menjadi ibarat satu jua dan memerlukan antara satu sama lain. Bentuk budaya antarabangsa yang poros tersebut berubah terus apabila tiba-tiba dicipta tembok-tembok ghaib sempadan negara bangsa.

Bangsa rumpun Melayu yang dulunya ibarat tinggal di dalam ratusan bilik berbeza di dalam sebuah rumah induk akhirnya menjadi tiga buah rumah yang sendat lagi berjauhan antara satu sama lain.
Selamat menyambut tarikh 17 Mac para pembaca sekalian :)

-The Patriots

Rabu, 15 Mac 2017

POLITIK MELAYU PADA SUDUT ISLAM



POLITIK JUGA DIBAWA KE AKHIRAT

Allah berfirman:
وَقَالُواْ رَبَّنَآ إِنَّآ أَطَعۡنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَآءَنَا فَأَضَلُّونَا ٱلسَّبِيلَا۠ ٦٧ رَبَّنَآ ءَاتِهِمۡ ضِعۡفَيۡنِ مِنَ ٱلۡعَذَابِ وَٱلۡعَنۡهُمۡ لَعۡنٗا كَبِيرٗا 
"Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar”.”
"Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!”.(Al-Ahzab: 67-68)


Al-Quran melaporkan betapa pemimpin dan pengikut yang sesat di dunia menerima akibat di Hari Kiamat.
Allah berfirman menyatakan secara terperinci:
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرٗا يَرَهُۥ ٧  وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٖ شَرّٗا يَرَهُۥ ٨  الزلزلة.
“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah (paling halus), nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya).”


“Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan melihatnya juga.”(Al-Zalzalah: 7-8)

Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada setiap orang beriman kepada Allah dan firman-Nya,  menegaskan bahawa semua urusan kehidupan manusia yang berakal dan mukallaf; bukan sahaja ibadat dalam hubungan dengan Allah, begitu juga hubungan dengan manusia dan alam sekeliling, dalam semua perkara sekecil-kecilnya sehinggalah sebesar-sebesarnya ada perhitungan dosa dan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W:
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ في ظِلِّهِ يَوْمَ لاَ ظِلَّ إلاَّ ظِلُّهُ : إمَامٌ عَادِلٌ ، وَشَابٌّ نَشَأ في عِبَادَةِ الله - عز وجل - ، وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ بِالمَسَاجِدِ ، وَرَجُلاَنِ تَحَابّا في اللهِ اجْتَمَعَا عَلَيهِ وتَفَرَّقَا عَلَيهِ ، وَرَجُلٌ دَعَتْهُ امْرَأةٌ ذَاتُ حُسْنٍ وَجَمَالٍ ، فَقَالَ : إنِّي أخَافُ الله ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ بِصَدَقَةٍ ، فَأخْفَاهَا حَتَّى لاَ تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ ، وَرَجُلٌ ذَكَرَ الله خَالِياً فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ .
مُتَّفَقٌ عَلَيهِ . رياض الصالحين للنووي 1/ 242.


“Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah di bawah lindungan-Nya pada hari (kiamat) yang tiada perlindungan lagi melainkan perlindungan Allah sahaja. Pemimpin yang adil, pemuda yang sentiasa beribadat kepada Allah, orang yang hatinya sentiasa bergantung ke masjid, dua orang yang berkasih sayang (persaudaraan) kerana Allah; bertemu kerana-Nya dan berpisah kerana-Nya, seorang yang diajak oleh perempuan bangsawan dan rupawan supaya mengerjakan maksiat lalu dia menolaknya dengan menegaskan saya takutkan Allah, seorang yang dermawan secara senyap sehingga kemurahannya laksana apa yang disumbangkan oleh tangan kanannya tidak disedari oleh tangan kirinya dan seorang yang berzikir (ingat kepada Allah) dengan khusyu’ bersendirian di tempat yang sunyi sehingga berlinang matanya (kerana kehebatan Allah).”

Disebut yang pertama ialah pemimpin adil mengikut perkiraan Allah. Menunjukkan betapa kedudukan pemimpin negara dari segi fadilatnya pada Hari Kiamat. Khususnya urusan politik memimpin negara dan segala isinya yang menjadi amanah paling besar dari segi pelaksanaan dan perjuangannya. Amanah itu bukan pada nama dan perkataannya sahaja. Secara khusus ialah melaksanakan konsep adil terhadap semua.

Perhitungan adil itu mengikut hukum Allah yang terkandung di dalam Al-Quran dan ajaran RasulNya S.A.W dihuraikan oleh firman Allah:

۞إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرٗا ٥٨ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِي ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡۖ فَإِن تَنَٰزَعۡتُمۡ فِي شَيۡءٖ فَرُدُّوهُ إِلَى ٱللَّهِ وَٱلرَّسُولِ إِن كُنتُمۡ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِۚ ذَٰلِكَ خَيۡرٞ وَأَحۡسَنُ تَأۡوِيلًا ٥٩ النساء.


58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”


59. “Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang mengendalikan urusan) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada  Allah (Al-Quran) dan  Rasul-Nya (ajaran-Nya) jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu) dan lebih elok pula kesudahannya.”(An-Nisa’:58-59)


Kesimpulannya:
1- Ayat ini menunjukkan betapa amanah politik adil terhadap seluruh manusia adalah tanggungjawab terbesar daripada perintah Allah. 
2- Perintah Allah itu terkandung daripada Kitab Allah (Al-Quran) dan ajaran Rasulullah S.A.W. 
3- Adapun mereka yang mengendalikannya ialah para ulama yang mewarisi ajaran tersebut secara amanah ilmu dan para pemimpin (umara) yang berkuasa menunaikan amanah melaksanakan hukum Allah dengan adil.
4- Seterusnya dikaitkan dengan beriman kepada Hari Akhirat. Bahawa semua amalan akan dikira baik dan jahat, serta balasannya.


Perlembagaan PAS menegaskan hukum tertinggi berkonsepkan seperti tersebut. Bagi memeliharanya, maka ditubuhkan Majlis Syura Ulamak yang bersifat pemutus muktamad dalam perkara nas dan ijtihad. Ada pun pelaksanaannya dan jenteranya di bawah Dewan Harian PAS Pusat, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan segala cabangnya mengikut tugas dan peranan masing-masing.
PAS terus beristiqamah sehingga sampai kewawasannya daripada dunia sehingga hari akhirat. Bukan sekadar Wawasan 2020 dan kemenangan pilihan raya besar atau kecil sahaja.

Maka konsep kemenangan bagi PAS ialah:
Kemenangan terbesarnya ialah kemenangan akhirat yang kekal abadi disamping  percaya adanya kemenangan di dunia. Apabila terdapat pihak yang menerima untuk melaksanakan cita-cita Islam yang diperjuangkan oleh PAS, maka ia berlakunya dengan tiga keadaan:


Pertama: Adanya pihak lain yang bersedia menyambut tawaran Islam yang wajib didukung bersama dan dipertahankan seperti Rasulullah S.A.W mengekalkan Raja Habasyah, Bahrain , Musqat dan Oman yang menerima Islam. Maka PAS wajib mendukung,  menerima dan bersama mereka yang menerima Islam yang sempurna . 

Kedua: Kumpulan Islam menolong kerajaan yang adil atau menjadi penasihat kepada kerajaan yang zalim dengan penuh kesabaran, berpandukan firman Allah:

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۖ إِنَّ ٱللَّهَ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ ٢  المائدة.

2. “Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan dan bertakwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksa-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).”(Al-Maidah:2)

Ketiga: Seterusnya Kumpulan Islam mengambil alih kerajaan yang menolak Islam dan menentangnya, seperti Empayar Rom Timur (Byzantin) dan Parsi yang ditentang dan dijatuhkan.
Konsep kemenangan ini berpandukan janji Allah di dalam Al-Quran:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ وَأُخۡرَىٰ تُحِبُّونَهَاۖ نَصۡرٞ مِّنَ ٱللَّهِ وَفَتۡحٞ قَرِيبٞۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١٣ الصف .


10. “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”


11. “Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah (Islam) dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”


12. “(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga ‘Adn’. Itulah kemenangan yang besar.”


13. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya) dan sampaikanlah berita yang menggembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.”(As-Soff:10-13)

Inilah ‘Road Map’ yang menjadi panduan kepada PAS dan seluruh mereka yang berada di dalam wadahnya. Hanya mereka yang beriman dan budiman terhadap ‘Road Map’ ini meneruskan perjuangan sehingga akhir hayat. Adapun mereka yang mempunyai pandangan lain pasti akan meninggalkan PAS secara rela hatinya sendiri atau dipaksa campak keluar daripada PAS.

Adapun pelaksanaannya, kita diajar supaya bertafaqquh (memahami) dasar, konsep dan cara beramal mengikut dua landasan. 
1- Thawabit: Ketetapan Allah dan Rasul dalam perkara dasar, matlamat dan konsep naluri yang tidak boleh dipinda dan diubah dalam semua realiti dan situasi.
2- Mutaghayyirat: Perkara yang mengalami perubahan dari segi realiti, situasi dan strategi mengikut ruang dan sempadan konsep umum yang banyak dan luas.

PAS tetap memilih konsep demokrasi aman dan damai, serta  Politik Matang dan Sejahtera dengan hikmah.

Tegasnya, Islam wajib memimpin dan adil terhadap masyarakat majmuk dengan mengajak umat Islam berjuang bersama termasuk kalangan bukan Islam. Juga dengan syarat menolak konsep yang menafikan kepimpinan Islam atau Liberal Oportunis yang mencari kemenangan mee segera atau cauvinis yang boleh mengacau kehidupan sendiri, walaupun perjuangannya untuk kepentingan kaum sendiri tanpa berpijak di bumi Malaysia ini yang bermasyarakat majmuk. 

Allah telah menetapkan jaminan terhadap bukan Islam sehingga dikaitkan dengan konsep takwa:
يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٰمِينَ لِلَّهِ شُهَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّكُمۡ شَنَ‍‍َٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ ٨ المائدة .
8. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan).”(Al-Maidah:8)


“Inilah Penyelesaian Kita”
ABDUL HADI AWANG
16 Jamadil Akhir 1438H / 15 Mac 2017M

Ahad, 12 Mac 2017

SIMPULAN BAHASA MELAYU YANG SALAH

Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari

Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi.

1. HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI✖

Pembetulan : HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI✔

Keterangan :
Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak?

Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar.

Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain.
 
2. MELEPASKAN BATUK DI TANGGA✖

Pembetulan : MELEPASKAN BATOK DI TANGGA✔

Keterangan :
Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu ‘cough’ dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok.

Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu
dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki.

“Melepaskan batok di tangga” bermaksud kita tak letakkan balik batok dekat tempat asal, iaitu kita tidak tinggalkan macam tu sahaja dekat tangga selepas digunakan. Daripada situlah ia bermaksud buat kerja separuh jalan.

3. MATA KERANJANG✖

Pembetulan : MATA KE RANJANG✔

Keterangan :
Menurut buku “Bahasa menunjukkan bangsa ” hasil karya Alif Danya Musyi, seorang penulis daripada Indonesia menyatakan bukan Mata Keranjang tetapi "MATA KE RANJANG" pisahkan "ke" dengan "ranjang" yang membawa maksud seseorang lelaki yang melihat perempuan sehingga mahu ke ranjang atau seks.

4. MERAH PADAM✖

Pembetulan : MERAH PADMA✔

Keterangan :
Sebenarnya bukan merah padam tetapi MERAH PADMA iaitu sejenis bunga teratai yang berwarna merah kemerahan (nama lain kepada “Teratai Merah”).

Kiranya kalau kita malu muka kita jadi merah seperti merah bunga Padma jika kita malu kepada si Jejaka/Gadis.

5. MENJOLOK MATA✖

Pembetulan : MENCOLOK MATA✔

Keterangan :
Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati atau memberi malu. (Kamus Dewan)

Menjolok mata pula bermakna menusuk sesuatu dengan galah dan lain-lain, menusuk ke dalam lubang dan lain-lain. (Kamus Dewan)

6. SALING TAK TUMPAH✖

Pembetulan : SALIN TAK TUMPAH✔

Keterangan :
SALIN TAK TUMPAH bermaksud dua orang yang serupa benar. (Kamus dewan edisi ke4)

Jadi bersesuaianlah perkataan SALIN berbanding perkataan SALING maksud kata yang menunjukkan perbuatan dilakukan oleh dua pihak secara berbalas-balasan.