G-K566N94YEK INI CERITA AKU - PART 3

INI CERITA AKU - PART 3

 


EBOOK: TEORI MONOLOG

Gugup dan Gagap

Namun atas prestasi teruk aku yang terlalu gugup dan gagap ketika berha￾dapan dengan seluruh murid-murid sekolah pada perhimpuan pagi terma￾suk prestasi aku yang malas dan kurang mengambil berat memikul tang￾gungjawab sebagai ketua. Aku gagal mengekalkan jawatan menjadi ketua murid. Jawatan itu disandang oleh kawan perempuan aku bernama Siti Nu￾rilam.

Aku cukuplah sekadar menjadi pengawas biasa. Sejujurnya aku tidak suka menyandang jawatan sebagai ketua murid kerana sejujurnya aku memang ada penyakit gugup yang sangat kuat bila berhadapan dengan orang ramai.

Ya... Aku ada penyakit gugup yang amat ketara sehinggalah sekarang. Tapi kini tidaklah seteruk dahulu.

Aku masih terus diberikan tanggungjawab menjadi pengawas dan terus berbakti seperti yang dijadualkan oleh cikgu. Aku masih dikekalkan berdi￾ri dihadapan perhimpunan sebagai penaik bendera Malaysia dan bendera 

Selangor setiap kali mereka menyanyikan lagu rasmi tersebut di setiap per￾himpunan pagi SRKTE bersama rakan sekelas aku bernama Diong Chew Sin.


Bakat dan Malas

Bagi seorang individu yang sezaman dengan aku, sudah pasti kalian tahu terdapat peperiksaan penting pada peringkat Darjah 5 ketika ini iaitu peperiksaan Penilaian Darjah 5 Sekolah Rendah.

Aku agak berjaya dalam peperiksaan penting bagi murid sekolah rendah ketika itu yang menyaksikan aku berjaya mendapat keputusan 3A dan 2B dalam peperiksaaan tersebut.

Aku terlalu gembira kerana aku cuma hanya belajar untuk 2 minggu terakhir dengan bimbingan Makcik Busu aku yang ajar aku kat rumah.

KISAH PENUH DI SINI...




0 Ulasan