G-K566N94YEK 2. Teori Ini Teori Komunikasi

2. Teori Ini Teori Komunikasi

TEORI INI ADALAH TEORI KOMUNIKASI


KOMUNIKASI adalah sesuatu yang amat amat penting sekali… Tanpa komunikasi kehidupan manusia dan alam sekeliling akan menjadi terlalu sukar untuk diurus dan sebagai manusia yang diwujudkan untuk menjadi PENGURUS diri sendiri serta alam sekeliling ini sudah tentu jelas akan GAGAL jika tiadanya KOMUNIKASI.


Bila di sebutkan sebagai satu Teori Komunikasi, ia bermakna MESEJ adalah kunci utama kepada isipati teori ini:


SUMBER MESEJ – MESEJ – SALURAN – PENERIMA MESEJ

[SOURCE – MESSAGE – CHANNEL – RECEIVER]


Model komunikasi Berlo/Model SMCR (1960) melibatkan empat unsur utama  iaitu sumber, mesej, saluran & penerima.


KOMUNIKASI adalah – Apakah mesej yang mahu disampaikan kepada penerima mesej adakah mudah, jelas dan difahami??





Manusia selalunya bersifat :

1.Tidak faham apa yang terjadi dalam kehidupan kita.

2.Suka beremosi tanpa guna akal dalam kebanyakan tindakan.

3.Sukar untuk bersatu pendapat dengan manusia-manusia yang lain

4.Tidak menghormati Alam Semesta (Mother Nature).

5.Berasa diri kita ini hebat dan dominan.

6.Tidak percaya atau keliru akan perihal alam ghaib.


Semua masalah di atas adalah kerana kita kekurangan memahami keadaan sekeliling kita kerana kekurangan berkomunikasi dengan orang disekeliling kita yang lebih mahir. Dan bagi aku, KESEDERHANAAN DALAM BERKOMUNIKASI untuk mencapai keseragaman minda adalah faktor sangat penting dalam teori ini.


APA DEFINISI KOMUNIKASI?


1.Colin Cherry

Komunikasi adalah proses dimana pihak-pihak saling menggunakan informasi dengan untuk mencapai tujuan bersama dan komunikasi merupakan kaitan hubungan yang ditimbulkan oleh penerus rangsangan dan pembangkitan balasannya.


2.Hovland, Janis dan Kelley

Komunikasi merupakan proses individu mengirim rangsangan (stimulus) yang biasanya dalam bentuk verbal untuk mengubah tingkah laku orang lain. Pada definisi ini mereka menganggap komunikasi sebagai suatu proses.


3.Louis Forsdale

Menurut Forsdale (1981), ahli komunikasi dan pendidikan “communication is the process by which a system is established, maintained and altered by means of shared signals that operate according to rules”. (Komunikasi adalah suatu proses dimana suatu sistem dibentuk, dipelihara, dan diubah dengan tujuan bahwa signal-signal yang dikirimkan dan diterima dilakukan sesuai dengan aturan.)


4.William J. Seller

William J.Seller mengatakan bahwa komunikasi adalah proses dimana simbol verbal dan nonverbal dikirimkan, diterima dan diberi arti.


Tujuan Komunikasi:


Hewitt (1981), menerangkan tujuan penggunaan proses komunikasi secara spesifik sebagai berikut:

1.Mempelajari atau mengajarkan sesuatu.

2.Mempengaruhi perilaku seseorang.

3.Mengungkapkan perasaan.

4.Menjelaskan perilaku sendiri atau perilaku orang lain.

5.Berhubungan dengan orang lain.

6.Menyelesaian sebuah masalah.

7.Mencapai sebuah tujuan.

8.Menurunkan ketegangan dan menyelesaian konflik.

9.Menstimulasi minat pada diri sendiri atau orng lain.


Untuk berkomunikasi, perkara paling penting ialah BAHASA.


DEFINISI BAHASA

1.Bahasa adalah simbol-simbol dalam pelbagai bentuk seperti bunyi, bau, warna, rasa dan bentuk/rupa yang mewakili sesuatu mesej.

2.Bunyi bayi menangis adalah mesej seorang bayi untuk berkomunikasi dengan penjaga bayi tersebut.

3.Bau hangus menandakan ada sesuatu yang terbakar.

4.Warna merah pada lampu isyarat memberi mesej untuk berhenti kepada pemandu kereta.

5.Rasa masam memberi mesej kehadiran asid dalam makanan yang di makan.

6.Bentuk rupa badan yang gemuk memberi mesej bahawa individu itu adalah seorang yang kuat makan.


DEFINISI TEORI


TEORI boleh dikatakan sebagai:

Satu kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antaranya yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai, membuat  ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena. (Caragan & Shields, 1998).

Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman atau satu idea tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku. (Littlejohn, 1996).


Menurut Kerlinger (1986), teori ialah satu set prinsip dan definisi yang saling berkait serta menerangkan sesuatu fenomena secara sistematis. Jary dan Jary (1995) melihat teori sebagai satu set hipotesis atau prinsip yang berkait secara logik atau berdasarkan penerangan matematik  yang menerangkan hakikat empirikal sesuatu fenomena.


Di dalam teori ini, Bahasa adalah perkara paling amat penting.....Ini kerana Aku ingin BERKOMUNIKASI dengan kalian untuk menyampaikan MESEJ dengan niat untuk  membentuk minda di kalangan manusia supaya SERAGAM, SAMA dan SEKATA.


Ini bertujuan agar di kalangan manusia mempunyai persefahaman dan menghormati kehidupan masing-masing dalam melayari kehidupan di dunia yang sudah pasti banyak rintangan dan cubaan ini.


Kesederhanaan dan keseragaman minda dalam mencari kebenaran hidup adalah di gelar ‘’PROSES MENCARI DAN MENGENAL DIRI’’.

Sila Baca BAB Selanjutnya..

0 Ulasan