G-K566N94YEK 8. Definisi Hukum

8. Definisi Hukum

 



1. DEFINISI HUKUM

HUKUM MANUSIA 

 

JIKA kalian mampu/boleh menolak Agama dan berfikiran semata – mata atas platform logik atau lebih tepat berfikiran ateis, free thinker dan pelbagai nama lagi bagi meliberalisasikan formasi pemikiran manusia, ia bermakna kehidupan ini adalah hanya melibatkan kesemua perkara yang boleh dibuktikan dengan hanya menggunakan PANCAINDERA MANUSIA:

 

a) LIHAT melalui MATA.

b) DENGAR melalui TELINGA.

c) BAU melalui HIDUNG.

d) RASA melalui KULIT dan LIDAH.

 

Bagaimana pula dengan melihat, mendengar dan merasai dengan DERIA HATI?

Sedarkah kalian bahawa hati itu juga merupakan sebuah deria yang sering dilupai.

 

Sudah pasti deria hati ini ditolak oleh pihak Free Thinker hanya kerana ia SUKAR UNTUK DIBUKTIKAN walaupun jauh disudut hati mereka merasai memang wujudnya keberadaan hati sebagai deria.

 

Di zaman serba moden setelah melalui proses yang memakan masa jutaan tahun, manusia sudah mampu untuk mencipta serta mengeluarkan HUKUM MANUSIA. Hukum manusia secara asasnya ialah melibatkan INTERAKTIF antara KEWUJUDAN manusia, TABII manusia dan ALAM di sekeliling manusia.

 

Secara halusnya seolah-olah manusia adalah kehidupan yang mendominasi kehidupan ini dan mentadbir hanya melibatkan dari perspektif akal dan fikiran manusia.

 

Hukum manusia adalah satu keperluan kerana tanpa ia, hidup manusia tidak punya pegangan, tiada rujukan dan tiada arah hidup serta turut akan mengundang kecelaruan fikiran dan tabii kerana berkiblatkan hanya kepada Akal, Nafsu dan Hukum Alam.

 

APAKAH DEFINISI HUKUM – peraturan yang di susun dengan tertib dan bijaksana mengikut sifat saintifik dan sifat semulajadi kehidupan supaya menjadikan segala perkara itu menjadi lancar, mudah dan senang difahami.

 

Ia juga dinamakan sebagai kepercayaan, adat budaya, undang-undang atau pun boleh dipanggil Pelembagaan kehidupan. Ada pelbagai jenis hukum iaitu Hukum Tuhan, Hukum Alam Dan Hukum Manusia.

 

Sifat HUKUM: (desktop view)

 

Karut marut

Tidak logik

Was - was

Logik

Hukum

 

Pada pandangan aku.. hukum ataupun undang-undang manusia memerlukan beberapa ciri-ciri asas yang perlu di pegang untuk memenuhi kesemua kehendak asas manusia yang menagihkan keadilan.

 

Ciri-ciri asas sesuatu hukum serta kesemuanya pula perlulah di gambarkan seolah-olah hukum itu berada pada sebuah titik di tengah-tengah bulatan berbentuk “sfera” untuk menuntut keadilan dan kesempurnaan dalam membentuk KEPUTUSAN.

 

Hukum Manusia Paling Asas dan Paling Popular adalah:

 

“Segala kewujudan dan kehidupan yang ada disekeliling kita terjadi dengan sendirinya tanpa ada satu kuasa atau kuasa-kuasa lain yang menciptanya dan menyusunnya atau mentadbirnya sebegini rupa”

 

Aku sebenarnya pada mulanya amat tertarik malah sudah mula selesa dan percaya dengan UNGKAPAN yang telah diangkat oleh manusia sebagai HUKUM ini jika merujuk kepada sudut ilmu logik, tetapi aku telah pun mencabar sedikit hukum ini dalam bab sebelum ini dan bab seterusnya bagi membuka satu perspektif ilmu yang pada dasarnya amat menarik bagi aku.

 

HUKUM ALAM DAN HUKUM SAINS

 

Tahukah kalian bahawa terdapat sebuah undang-undang atau pun SATU HUKUM yang mengikat kita dalam keterbatasan kita melakukan pelbagai perkara dalam kehidupan kita sebagai manusia? Persoalan itu bangkit bila merujuk kenapa kita perlu:

 

1. Bernafas – kita tidak mampu untuk menjadi seperti ikan. Bernafas di dalam air untuk jangka masa yang terlalu lama. Apa tah lagi untuk kita hidup diruang vakum pada ruang angkasa lepas yang melemaskan.

2. Tidur – tidak bolehkah kita berjaga senantiasa agar segala kerja dan pelbagai perkara boleh diuruskan tanpa henti?

3. Makan dan Minum – kita terlalu bergantung kepada kehidupan yang lain seperti haiwan dan tumbuhan yang sesuai dengan kita. Jika kita dilanda kemarau atau berada di tanah gersang seperti gurun sahara, ia pasti suatu keadaan yang mampu membawa kematian.

4. Berjalan tapi tidak terbang – sesuatu perkara yang kita cemburui kepada burung-burung.

5. Membuang air kecil dan besar – sesuatu tanggungjawab kita kepada jasad kita hampir setiap hari yang kadangkalanya ia membebankan terutamanya apabila kita sukar untuk berjalan ketika tidak sihat.

 

Hukum ini telah diberi nama oleh manusia sebagai HUKUM ALAM yang mewakili sebuah undang-undang alam semulajadi yang menetapkan semua hukum bagi manusia untuk hidup dalam batas tertentu.

 

HUKUM ALAM bukan dalam kuasa manusia.  Hukum alam juga dipanggil sebagai Hukum Fitrah/Asas Kehidupan. Hukum alam juga mengikat sifat semulajadi alami dan tabii manusia.

 

Hukum Alam kini sedang rancak DIBACA oleh manusia dan ditafsir sebagai HUKUM SAINS seterusnya dizahirkan menjadi TEKNOLOGI. Manusia bercita – cita menguasai alam sekeliling kita dengan ILMU FITRAH ini.

 

Pada golongan yang tidak percayakan kewujudan Tuhan sudah pasti jawapannya ialah segalanya berlaku dengan sendirinya. Seolah-olah “alam semulajadi” itu sendiri adalah kuasa yang sangat hebat sehingga terciptalah seluruh alam semesta ini.

 

Tetapi kenapa ia tidaklah seindah syurga yang kita impikan? Takkanlah kita akan selama-lamanya akan tinggal di alam semesta ini yang terlampau banyak undang-undang manusia dan hukum alam semulajadi yang merunsingkan kita?

 

Aku ingin hidup bahagia sepanjang masa

Aku ingin terbang secara bebas tanpa sayap

Aku ingin kekal hidup selama-lamanya

Aku ingin menahkluki Marikh dan Uranus

Aku ingin memegang Matahari

Aku ingin bebas berjalan di bulan seperti di bumi

Aku ingin kuat dan berkuasa seperti Superman

Aku ingin menjadi kacak dan menarik seperti Putera Kayangan

Aku ingin itu, aku ingin ini, aku ingin begitu dan aku ingin begini...

 

Terlalu banyak KEINGINAN datang dari idea, nafsu dan akal manusia.  Dari mana IDEA ini muncul sedangkan akal kita kita tidak pernah melaluinya? Ambil kesimpulan dengan kewujudan watak dan cerita seperti Superman, Syurga, Neverland, Peter pan, Alien, Star Trek, Star Wars, Spiderman, Batman, Pasukan Evengers dan banyak lagi.

 

Tidakkah indah dan sempurna kehidupan kita jika semua perkara diatas wujud dan benar-benar ada dalam kelompok manusia? Idea dan keinginan ini hadir dan wujud dari ruang kebolehan manusia untuk BERIMAGINASI.

 

Ya, imaginasi adalah sesuatu yang wujud tetapi hanya di dalam akal dan minda manusia sahaja. Ada sebahagiannya dizahirkan menjadi realiti tetapi tidak sesempurna di dalam imaginasi manusia. Persoalannya, dari mana idea imaginasi ini boleh hadir walaupun kita tidak pernah melaluinya?

 

Adakah ini juga sebuah SAINS dan sebuah kebijaksaan kerana imaginasi juga datang dari akal fikiran manusia?  Tidakkah LOGIK itu berpaksikan akal fikiran manusia? Atau adakah HUKUM SAINS itu juga IMAGINASI MANUSIA?

 

Kenapakah kita berimaginasi bahawa hidup ini indah? Atau kita membayangkan bahawa kita akan terus kekal hidup bahagia selamanya? Kenapakah kita berimpian menguasai dunia dan menjadikan kehidupan yang lain seperti hamba? Kenapakah kita bermimpi untuk terbang ke angkasa menguasai planet dan galaksi yang lain?

 

Ini kerana fikiran dibawah sedar kita menyatakan bahawa kehidupan kita ini realitinya adalah sesuatu yang tidak memenuhi kehendak kita. Unik sungguh kehidupan sebagai spesis manusia. Dalam berpaksi hanya kepada realiti dan logik akan hadir juga unsur fantasi.


YAKIN DAN PERCAYA KEPADA HUKUM SAINS?

 

Kita sedar dan faham serta mempersetujui bahawa satu perkara yang di gelar sebagai Ilmu Sains adalah satu kewujudan yang terhasil dari akal fikiran manusia yang paling hebat pernah wujud tercipta.

 

TETAPI adakah ia harus dipanggil sebagai HUKUM SAINS atau hanya TEORI SAINS?

Ia sebenarnya terletak kepada isu sains itu sendiri antara ia adalah sebuah HUKUM atau ianya hanyalah sebuah TEORI.

 

Ilmu sains dan Hukum alam di lihat sebagai jawapan atas segala persoalan kehidupan pada zaman sekarang yang moden ini. Sesiapa yang menjadi ahli kepada ilmu ini selalunya akan berasa sangat bijak dan handal di muka bumi ini sehingga menyebabkan perasaan bongkak dan sombong melitupi jiwa mereka.

 

Memang benar ilmu sains itu sangat membantu manusia mencari jawapan dan panduan dalam pelbagai bidang tapi ia bukanlah merupakan jawapan yang seratus peratus benar sehingga melupakan kewujudan SANG PENCIPTA.

 

Kita tanpa sedar merasai bahawa kita akan lebih bertamadun. Lebih selamat dan selesa serta lebih memahami tentang kehidupan dan alam semesta sehingga kita merasakan bahawa kita suatu hari nanti akan dapat mengawal segala-galanya. Kita berimaginasi kita akan jadi TUHAN!

 

Tetapi, cuba kita bertanya dan terus menerus bertanya kepada para Saintis pelbagai soalan terhadap segala perkara yang tertulis di setiap naskhah ilmu sains terkini.

Apakah mereka mendapat menjawan persoalan seperti dibawah ini?

1. Kenapa kita mesti mati?

2. Kenapa kita tidak boleh kekal muda?

3. Bagaimanakah untuk kekal sihat tanpa penyakit?

4. Siapakah mencipta manusia dan alam?

5. Ke manakah kita selepas mati?

6. Di manakah kita sebelum kelahiran?

7. Kenapa air itu hanya H20?

8. Kenapa manusia dan majoriti kehidupan perlukan oksigen?

9. Kenapa manusia tidak mampu terbang?


10. Dan banyak lagi.


 

Para saintis percaya, jika dunia ini sudah berusia beratus bilion tahun, maka jawaban asal–usul manusia juga akan terjawab biar pun ia memakan masa lagi berbilion tahun lamanya. Namun apakah akan terjadi jika jawaban yang di cari oleh para saintis itu tidak akan pernah mampu ditemui?

 

Tanyalah pelbagai bentuk soalan seperti kenapa, mengapa, bagaimana, siapa dan di mana. Persoalan sebegitu tidak akan habis sehinggalah Para Saintis akan berkata,  ‘’suatu hari nanti, pasti sebuah jawapan akan di jumpai nanti.. kita hanya perlu bersabar’’, tetapi sampai bila?

 

Alasan mereka itu sebenarnya ingin menutup KELEMAHAN DUNIA SAINS. Terlalu ego dan terlalu fanatik serta taksub bahawa para saintis mampu mentadbir dan mengurus selia dunia dan seantero alam semesta.

 

Antara ANGAN-ANGAN MAT JENIN para ahli saintis adalah:

1. Bercita-cita untuk kita terus kekal hidup selamanya.

2. Bumi atau planet lain mampu menampung kehidupan manusia jika TIADA KEMATIAN nanti.

3. Saintis akan menemui jawaban kepada maksud dan tujuan terciptanya diri kita.

4. Mereka mungkin akan menghidupkan kembali semua manusia yang telah mati.

5. Mereka akan menemui Pencipta kita dan tahu asal usul kita.

6. Mereka akan mencipta sesuatu yang TIADA kepada ADA tanpa meniru dan menciplak idea rekabentuk ciptaan alam semulajadi ini menjadi ciptaan-ciptaan milik mereka.

 

Berdasarkan perkara yang diatas, secara logiknya para ilmuwan sains adalah segolongan manusia yang sangat bijak pandai dan sangat kuat BERIMAGINASI.

 

Mereka menjawab atas apa yang mereka fikir logik dengan berlandaskan fakta sains yang terlalu kecik dan terlalu muda untuk mentafsir kejadian alam.


Realitinya para saintis itu hanyalah MEMBACA dan MENCURI IDEA daripada kewujudan-kewujudan yang telah lama tercipta.

 

Majoriti pertemuan sains adalah pertemuan yang tidak sengaja dan realitinya, pertemuan sains ini kadang-kadang ia membantu manusia untuk hidup lebih baik dan kadang-kadang ia menjadikan hidup manusia lebih teruk dan merbahaya.

 

Mereka cuma mentafsir BAHASA PROGRAM penciptaan yang di cipta oleh Sang Pencipta lalu mendakwa bahawa merekalah yang mencipta dan mengaku menjadi seorang manusia yang hebat. Bagi aku itu sesuatu yang melucukan.

 

Sebahagian para saintis pula gemar mengubah BAHASA PROGRAM ALAM dan mendorong manusia untuk jauh menyimpang daripada kebaikan fitrah alam. Oksigen semakin kurang, dunia semakin panas, pelbagai penyakit wujud dan sebagainya.

 

Namun dalam masa yang sama, aku tidak menolak kebaikan dan kemajuan yang telah dibawa oleh para saintis yang lebih bersifat kebaikan dan ia banyak membantu manusia dalam memelihara alam sekitar serta menjadikan kehidupan ini lebih sempurna. Aku bukan anti sains dan golongan saintis.


Golongan manusia sebahagiannya adalah antara penyembah ideologi sains yang di katakan ilmu paling termaju di kalangan manusia. Mereka lebih taksub dan menyanjungi manusia yang berjaya mentafsirkan program-program fitrah alam ini daripada PENCIPTA program-program tersebut.

 

Mereka kata kita bermimpi, bermimpi dan berangan-angan tentang dunia ghaib. Ya, mereka benci sesuatu yang di gelar GHAIB, mereka suka sesuatu yang dapat dilihat, dapat disentuh, dapat dibau, dapat dirasa dengan semua pancaindera manusia. Selain daripada itu, semuanya hanyalah khayalan manusia.

 

Mereka tidak percaya kepada roh, malaikat, syurga, neraka dan sudah tentu Tuhan. Segala itu mereka gelarkan sebagai MITOS. Mereka juga terlalu yakin bahawa manusia adalah kehidupan yang dominan dan bakal mendominasi alam sejagat. Mereka yakin sains dapat membaik pulih setiap kerosakan yang ada.

 

Mereka yakin alam ini adalah sebahagian daripada manusia. Alam semulajadi (Mother Nature) adalah pengasas kehidupan. Memang mudah teori itu, memang logik. Tetapi adakah benar Sains dan Saintis itu mampu berdiri atas kaki sendiri?

 

Sila teruskan bacaan kalian...

0 Ulasan