G-K566N94YEK INI CERITA AKU - PART 1

INI CERITA AKU - PART 1

 


EBOOK: TEORI MONOLOG

KENAPA AKU MENULIS??

KEWUJUDAN SUDAH PUN TERCIPTA. Kehidupan telah pun menyusur perjalanan. Takdir dan waktu telah dipersaksikan. Suka dan duka juga telah lama disantap.

Namun sampai sekarang majoriti manusia masih keliru akan apa yang berlaku di sekeliling kita. Seribu persoalan yang bermain di kotak fikiran:

  1. Mengapa semua ini terjadi?
  2. Siapakah aku?
  3. Adakah semua ini dicipta oleh sesuatu?
  4. Apa yang mencipta atau menjadikan aku dan seluruh alam ini?
  5. Mengapakah sukar sangat melayari hidup ini?
  6. Apakah yang sebenarnya berlaku sebelum dan selepas kehidupan aku ini?
  7. Kenapakah pencipta manusia dan seluruh alam semesta ini tidak muncul-muncul sehingga kini?

Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di fikiran kita dalam proses mencari jawapan dan kebenaran. Fitrah manusia yang mahu berfikir, secara normalnya memang begitu.

Namun kepada manusia yang MALAS BERFIKIR, bolehlah ia dianggap sebagai satu kebiasaan yang tidak sihat. Biarkan mereka. Mereka adalah golongan manusia yang malas menggunakan OTAK mereka, dan meletakkan segala-galanya pada tangan orang lain dan hanya mahu hidup sebagai sebuah kewujudan yang telah tercipta sebegitu sahaja. Mereka seperti “angin-angin” yang berlalu.

Pada aku, mereka ramai dan mereka jugalah yang selalu membuat kacau di atas muka bumi ini. Mereka tidak faham dan sangat keliru akan hakikat kehidupan ini dan mereka lepaskan kekusutan itu kepada perkara-perkara
yang lain.

Kekusutan fikiran adalah punca kepada kekacauan jiwa yang menuntut kepada pergolakan hidup bangsa manusia. Pergaduhan di dalam keluarga, pepecahan ukhwah masyarakat, pecah amanah dalam organisasi danpeperangan dikalangan manusia.

Tidak dapat dinafikan, peperangan yang paling hebat dan dahsyat dalam keseluruhan sejarah peradaban manusia di alam semesta ini adalah antara akal dan nafsu!

Semua ini bermula dari seketul daging bernama HATI. HATI yang bertahta dijantung seumpama Sultan yang mempunyai penasihat yang sangat hebat, sangat berpengaruh dan berkuasa yang bernama Akal Fikiran bersemayam di otak manusia.

0 Ulasan