G-K566N94YEK INI CERITA AKU - PART 9

INI CERITA AKU - PART 9

 


EBOOK: TEORI MONOLOG

BERHENTI BERDEBAT

Tidak lama kemudian. Hidup aku mula sedikit berubah. Ini kerana sahabat baik aku Neves Pretty Ugly sering menghubungi aku untuk ajak melepak atau menemani beliau melakukan pelbagai aktiviti harian beliau.

Dia banyak memberi motivasi dan kadang kala memberi sumbangan ke￾wangan peribadi beliau kepada aku. Aku terharu dengan kebaikan beliau sebagai seorang sahabat yang sangat sangat baik.

Seingat aku, tahun 2012 juga aku mengambil keputusan untuk berhenti berdebat. Tidak kisah perkara apa sekali pun, aku suka mengambil jalan tengah, membuat keputusan tetapi lebih kepada bersifat neutral.

Kalau memerlukan perdebatan, aku akan memberi jawapan dalam seku￾rang-kurangnya dua versi, yang aku suka dan yang sebaliknya. Jadi aku akan “go with the flow” atau keluar dari kelompok itu. Itu lebih senang bagi aku, tak perlu nak jaga hati semua orang.

Apa punca sebenarnya aku berhenti berdebat?

Selain daripada saat-saat keperitan hidup aku yang menekan fikiran aku dan membuat jiwa aku kacau, aku telah melalui satu proses perdebatan berkala setiap kali aku berjumpa dengan seorang karyawan seni tempatan yang agak terkenal bila berbicara mengenai agama.

Kepetahan beliau berbahasa, menggunakan bahasa yang betul pada posisi nahu yang tepat, diadun dengan rasa keyakinan yang tinggi, seseorang yang beriman tipis pasti akan cair untuk meragui kesahihan Islam dan kewujudan Tuhan bila beliau berbicara.

Namun ia tidak mempegaruhi aku, ia menjadi terbalik. Iman aku semakin tebal kerana segala pengalaman ini adalah sebuah ilmu bagi aku. 

Aku tak mampu untuk berbicara indah dan menjanjikan sesuatu yang di luar kotak manusia untuk menafikan kehadiran TUHAN.

Sukar bagi aku menutur kata-kata ini apabila berhadapan dengan pelbagai jenis manusia bagi menerangkan apa yang aku faham. Kerana ini aku perlu menulis buku ini bagi meluahkan apa yang aku fikir.

KISAH PENUH DI SINI...

0 Ulasan