G-K566N94YEK YANG ENAK - LAGU CIPTAAN AKU UNTUK THE SIL

YANG ENAK - LAGU CIPTAAN AKU UNTUK THE SIL


THE SIL adalah sebuah band ROCK ALTERNATIF Indonesia yang berasal dari Jakarta yang dianggotai oleh ELL ROCK  sebagai pemain gitar utama dan Sablem sebagai pemain gitar bass.

Kedua-dua mereka juga adalah vokalis utama The SIL. THE SIL yang pada awalnya merupakan sebuah one-man project sehinggalah pada akhirnya bergabung dengan anggota baru yang terdiri daripada ELL ROCK (Guitar, Vocal), Sablem (Bass, Vocal) dan Shella (Drum) secara rasmi pada tarikh 08.08.2018. Dengan terkumpulnya lagu-lagu ciptaan ELL ROCK & SABLEM sepanjang perjalanan karyanya, maka THE SIL telah dikolaborasikan pada tahun 2018.




Terbitan single ‘Yang Enak’ ini merupakan sebuah projek khas kerjasama terbitan pengkarya muzik dari Malaysia & Indonesia dan masing-masing terlibat dalam komposisi lagu ini , single ini dicipta lagu & lirik sepenuhnya oleh mereka iaitu Raja Faizal (Pencipta lagu dibawah Emthree Publishing di Malaysia dan bernaung di bawah Luncai Emas ) & Ell Rock (Anggota kumpulan The SIL) selaku produser untuk single ini dengan tujuan memperkayakan variasi muzik dari THE SIL tanpa merubah identiti band tersebut.


Walaupun kedua-dua negara adalah negara yang terpisah dan bebas, ianya tidak terbatas untuk projek “YANG ENAK” dari sebuah band Indonesia – The Sil & Erika . 


Sila klik link dibawah untuk melihat video sepenuhnya...

0 Ulasan