G-K566N94YEK INI CERITA AKU - PART 4

INI CERITA AKU - PART 4

 


EBOOK: TEORI MONOLOG

MISTIK ITU BENAR

Ada sesuatu yang nak aku kongsikan ketika aku di tingkatan 2 dan 3.. Saat aku di Sek. Men. Tinggi Kajang dan tinggal di asrama adalah saat yang menyeramkan pada permulaannya.

Sekolah ini terkenal dengan aktiviti buli-membuli dan cerita-cerita mistik yang sangat membebankan minda aku untuk melaluinya. 

Senior di sini majoritinya agak kasar dan selalu marah-marah kepada junior mereka. Aku bernasib baik kerana warden baik kat aku, mungkin kerana perwatakan aku yang nampak dewasa, tinggi besar dan nampak tidak liar dan naif.

Buktinya, aku dilantik sebagai Penolong Pengawas Asrama sebelah petang tanpa ada apa-apa bantahan dari pihak lain. Berat sangat jawatan ini bagi budak baru yang tidak tahu dan tidak pernah mengerti hidup berdikari ting￾gal bersendirian di asrama.

Namun Alhamdulillah, aku berjaya harungi detik-detik cemas ini selama se￾tahun dengan bantuan Tuhan. Kebetulan Adi Badzri, Ketua Pengawas Asra￾ma Petang SMTK tu pula baik dan lembut orangnya.

Kawan SMTK aku yang pertama ialah Khairul Nizam Jantan (Labamba). Dia yang banyak membantu aku ketika hari pertama aku masuk asrama. Keb￾etulan pintu loker pakaian aku terkopak. Dialah yang bertukang membetul￾kannya. 

Kejadian misteri yang menakutkan juga ada berlaku. Aku selalu diganggu dengan KELIBAT BUDAK KECIL yang sedang mencangkung di tandas ketika aku mandi atau sedang membasuh muka sebelum aku masuk tidur, budak itu kurus, berkulit sawa matang dan berambut lurus.

Hampir setiap hari aku nampak kelibat itu sehingga aku naik lali. Mula-mula memang sangat takut, tapi kepada siapa aku nak mengadu, takkan setiap kali aku nak pergi ke tandas aku perlukan teman.

Jadinya aku beranikan diri, redah saja, belasah ajer. Akhirnya ia menjadi kebiasaan sehingga aku tidak takut lagi.

Ada pelbagai cerita-cerita misteri yang berlaku di sekeliling SMTK yang ser￾ing diceritakan oleh rakan-rakan SMTK aku, antaranya ialah Mat Fan, Yassin Stopet, Aznie Onie, Opanizam, Hazlin, Nazri, Nizar, Rizal Jupri, Kamarul Bah￾rain Unggek dan ramai lagi yang aku tak ingat namanya. 

Memang naik bulu roma kerana saksi-saksi di dalam cerita itu masih hidup lagi.

Antara kejadian yang pernah aku sendiri alami ialah kejadian aku dan 4 kawan aku nak seludup keluar daripada asrama pada tengah malam melalui padang utama SMTK untuk minum di sudut paling tepi hujung padang SMTK.

Kami berlima ketika itu, kerana takut di tangkap oleh warden asrama. Kami berlari sekuat hati kami untuk menyelusup keluar untuk lepak minum.

Seperti biasa aku memang kuat lari walaupun aku besar, aku lari paling ha￾dapan. Ketika aku menoleh ke belakang, aku sempat mengira ada 5 rakan aku di belakang aku, aku agak lega tanpa syak apa-apa yang buruk sedang berlaku.

Setibanya kami di kedai hujung padang tersebut, kami pun lepak minum dan bersembang.

Dalam gelak ketawa, sambil makan dan minum serta menghisap rokok, tiba-tiba aku teringat “Ehhhh tadi kita berlima kan.... termasuk aku.... tapi kenapa bila aku berlari tadi kat padang..... aku kira ada 5 orang di belakang aku??? 

Kalau campur aku sudah pasti ada 6 orang.... tidak kah korang pe￾lik???? Mana datang lagi seorang???”... kata aku pada kawan-kawan aku.

Terus terang memang kami berlima terus kecut perut, terkeluar sifat pena￾kut masing-masing, gangster ke, pahlawan ke, semua dah hilang lari ntah ke mana. Meremang bulu kami....

Argghhhhhh seraammmm....

KISAH PENUH DI SINI...

0 Ulasan