G-K566N94YEK ALLAH tidak membenarkan orang yang suka populariti

ALLAH tidak membenarkan orang yang suka populariti

 Waspada dengan kemasyhuran

Tiada gunanya terlalu mengejar kemasyhuran dan kekayaan andai diri sendiri tidak memahami definisi sebenar istilah berkenaan dari konteks agama.

Darjat hamba di sisi ALLAH

USAH terlalu mengagungkan kemasyhuran, apatah lagi kekayaan dan jawatan kerana ia tidak termasuk dalam senarai darjat hamba di sisi ALLAH. -Gambar hiasan

Sebaliknya, segera perbetulkan niat dan ikhlas melakukan sesuatu semata-mata kerana ALLAH SWT.

Demikian nasihat dan saranan yang dilontarkan oleh Imam Muda Aran. Ini kerana kedua-dua elemen itu boleh mendatangkan fitnah kepada diri dan agamanya andai disalah guna.

Andai mahu disingkap, terlalu banyak ayat al-Quran dan hadis masyhur membutirkan tentangnya. Begitu juga bait mutiara daripada para alim ulama.

Antaranya, Ibrahim bin Adham pernah berkata: “Orang yang cintakan kemasyhuran tidak berlaku benar (siddiq) terhadap ALLAH.”

Ulama sufi terkemuka itu berkata: “ALLAH tidak membenarkan orang yang suka populariti.”

Selain itu, Fudhail bin ‘Iyadh berkata: “Jika kamu boleh membuatkan kamu tidak dikenali, maka lakukanlah. Apa salahnya jika kamu tidak dikenali? Apa salahnya jika kamu tidak dipuji? Apa salahnya jika kamu dikeji oleh manusia, tetapi dipuji di sisi ALLAH.”

Jika diteliti semua ungkapan tersebut, jelas Imam Muda Aran, ia bukanlah bermaksud kita perlu mengasingkan diri daripada insan di sekeliling.

“Sebaliknya, berwaspada dengan kemasyhuran dan harta tersebut. Ini kerana ada orang yang suka dirinya menjadi topik utama atau dipuji melambung-lambung sampai dia ‘terangkat’.

“Itulah bahayanya apabila kita terlalu menjulang kemegahan dan kebendaan,” katanya.

Sedutan artikel dari Sinar Plus.

0 Ulasan