Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Memori Ku: Permulaan Perjalanan Sebagai Seorang Komposer di Malaysia

 

Aku dan Sifu Dato M.Nasir - Tetamu Undangan

Salam Sejahtera semua...

Inilah permulaan perjalanan aku menjadi seorang pencipta lagu dan penulis lirik di Malaysia.. 


Aku dengan Juara Komposer, Pak Lah Cecupak yang mencipta lagu Joget toleh menoleh (sebelah itu ialah Ropi dan pasangan)


Tak sangka tanpa pendidikan formal dan tertib ilmu, aku berjaya ke Final rancangan Komposer TV3 pada tahun 1998..


Aku dengan Nizam - salah seorang penyanyi


Ia sebuah program yg rare dilangsungkan oleh pihak Media Prima/TV3 untuk mencungkil bakat² baru dalam bidang penciptaan lagu di Malaysia...


Aku, Nizam dan vokalis aku Yan Keno (baju merah)


Lagu aku bertajuk YANG LAZAT yg bergenre alternatif rock dan merupakan satu satunya lagu rock yg dapat pergi Final!!


Pian Cecupak, Yasin Senario, Shidi DATA dan Paklah Cecupak


Dengan takdir inilah.. sampai ke hari ini aku menjadikan bidang komposer ini sebagai salah satu mata pencarian aku dalam hidup di alam fana ini..



Terima kasih Allah.. syukur Alhamdulillah kerana diberi sedikit bakat yg mampu mengubah serba sedikit kualiti kehidupan aku sekeluarga..


Santai sambil hisap rokok di Studio B, Jln Liku Bangsar..


Cuma kini industri muzik tengah teruk dilanda badai.. dan oleh kerana itu aku telah pun beralih sedikit ke dunia Content Creator..


Bersama Juara Lagu Joget Toleh Menoleh - Senario..


Rancangan Komposer yang disiarkan oleh TV3 pada tahun 1998 merupakan sebuah program realiti yang bertujuan mencungkil bakat baharu dalam bidang penciptaan lagu di Malaysia. 

Program ini dianggap unik dan jarang diadakan, memberikan peluang kepada individu tanpa latar belakang pendidikan formal dalam muzik untuk menonjolkan bakat mereka. 


Salah seorang peserta yang berjaya ke peringkat akhir ialah Raja Faizal, yang mencipta lagu berjudul "Yang Lazat" dalam genre alternatif rock. 

Menariknya, lagu ini merupakan satu-satunya lagu berentak rock yang layak ke peringkat akhir, menunjukkan keterbukaan program ini terhadap pelbagai genre muzik. Pengalaman beliau dalam rancangan ini menjadi titik tolak kepada kerjaya beliau sebagai komposer profesional di Malaysia .


Rancangan Komposer ini merupakan sebahagian daripada usaha TV3, di bawah Media Prima, untuk memperkaya kandungan tempatan dan menyokong industri muzik Malaysia. 

 Selain program ini, TV3 juga terkenal dengan rancangan muzik lain seperti Muzik-Muzik dan Anugerah Juara Lagu, yang telah menjadi platform penting bagi pemuzik tempatan sejak pertengahan 1980-an .


Walaupun tidak banyak maklumat terperinci mengenai format dan pemenang rancangan Komposer 1998, program ini tetap dikenang sebagai inisiatif penting dalam memupuk bakat baharu dalam industri muzik tempatan. 


Antara juri finalis pada malam itu adalah Arwah Pak Pandir, Kartina Aziz dan Arwah Johan Nawawi...


Semoga aku berjaya dalam dunia kreatif ini didunia sehingga ke akhirat.. aamiin Ya Rabb...


#komposertv3 #mediaprima #yassinsenario #senario #paklahcecupak #ropi #piancecupak #lanpetpet #

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...