G-K566N94YEK BOSS MALAYSIA PALING KEDEKUT??

BOSS MALAYSIA PALING KEDEKUT??

 



Dalam soal gaji pekerja disini, bos Malaysia dianggap paling kedekut di Asia Tenggara.  Jangan terkejut kerana ada terdapat satu kajian yang dijalankan mengenai perkara ini!

 Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkongsi pandangan seperti itu dengan Utusan Malaysia, mengatakan bagaimana majikan Malaysia hanya membelanjakan 25% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mereka untuk gaji.

 Jika dibandingkan dengan negara jiran lain seperti Singapura yang membelanjakan purata 40% daripada KDNK untuk gaji, Indonesia (84%) dan Filipina (76%), sesungguhnya jelas Malaysia sangat sedikit untuk memberi belanja untuk pekerjanya.

Halim juga berkata jumlah ini mengambil kira populasi negara yang disebutkan di atas, dengan Malaysia 33 juta, Indonesia 273 juta, Filipina 109 juta dan Singapura 5.6 juta.

Halim juga menarik perhatian bahawa peratusan bayaran gaji yang sangat rendah dan tidak masuk akal ini adalah kerana rata-rata majikan Malaysia hanya mampu membayar gaji minimum RM1,200 sahaja.

Tambahnya lagi, kerajaan telah menyediakan pelbagai bentuk bantuan kepada majikan untuk mendapatkan semula pendapatan yang hilang semasa pandemik Covid-19.

“Mereka sering mengatakan sekarang bukan masa yang sesuai untuk menaikkan gaji minimum kepada RM1,500 kerana masalah² ekonomi dan Covid-19.  Sebab ini sudah menjadi standard, sedangkan kerajaan mengutamakan pelbagai jenis bantuan bernilai berbilion² Ringgit,”

“Majikan harus membentuk masyarakat yang mempunyai kuasa membeli, bukan memberi masyarakat kuasa berhutang.  Apabila majikan membayar gaji rendah, ini membuka ruang rakyat berhutang dan memaksa pekerja terpaksa membuang masa bekerja lebih masa.”

“Bayangkan, majikan Malaysia hanya membelanjakan 25% daripada KDNK mereka untuk membayar gaji pekerja mereka, Malaysia telah menjadi negara paling kedekut di Asia Tenggara,” katanya.

Walaupun bos Malaysia tidak sanggup berbelanja lebih untuk pekerjanya, nampaknya pekerja Malaysia berkemungkinan mencari peluang yang lebih baik di luar negara.

Apa pandangan anda tentang ini?  Kongsi pendapat anda dengan kami!

#gaji #bosskedekut #bossMalaysia

0 Ulasan