Ahad 16 Mac 2024 minggu pertama Ramadhan kali ni anak² ajak aku berbuka puasa di foodcourt Putrajaya..
Suka makan kat sini kerana banyak pilihan makanan dan minuman..
Harga pun tak lah mahal sangat.. siap dapat diskaun beli minuman lagi.. hampir 50%..
Sambil berbuka aku lepas rindu kat anak2 aku yg sangat aku sayangi ni..
Bertanya khabar dan bermesra kerana bukan selalu aku ada peluang begini..
Maklumlah aku dan mak mereka dah bercerai..
Hidup asing² sejak tahun 2011 lagi..
Namun Alhamdulillah jika ada peluang aku kerap berjumpa anak² aku atas nama kasih sayang yg tak akan putus kerana Allah Taala..
0 Ulasan