G-K566N94YEK Ini Kisah Aku - Bab 4

Ini Kisah Aku - Bab 4

  


MISTIK ITU BENAR

Ada sesuatu yang nak aku kongsikan ketika aku di tingkatan 2 dan 3. 

Saat aku di Sek. Men. Tinggi Kajang dan tinggal di asrama adalah saat yang menyeramkan pada permulaannya.

Sekolah ini terkenal dengan aktiviti buli-membuli dan cerita-cerita mistik yang sangat membebankan minda aku untuk melaluinya. 

Senior di sini majoritinya agak kasar dan selalu marah-marah kepada junior mereka. Aku bernasib baik kerana warden baik kat aku, mungkin kerana perwatakan aku yang nampak dewasa, tinggi besar dan nampak tidak liar dan naif.

Buktinya, aku dilantik sebagai Penolong Pengawas Asrama sebelah petang tanpa ada apa-apa bantahan dari pihak lain. 

Berat sangat jawatan ini bagi budak baru yang tidak tahu dan tidak pernah mengerti hidup berdikari ting￾gal bersendirian di asrama.

Namun Alhamdulillah, aku berjaya harungi detik-detik cemas ini selama se￾tahun dengan bantuan Tuhan. 

Kebetulan Adi Badzri, Ketua Pengawas Asra￾ma Petang SMTK tu pula baik dan lembut orangnya.

Kawan SMTK aku yang pertama ialah Khairul Nizam Jantan (Labamba). 

Dia yang banyak membantu aku ketika hari pertama aku masuk asrama. Keb￾etulan pintu loker pakaian aku terkopak. Dialah yang bertukang membetul￾kannya. 

Kejadian misteri yang menakutkan juga ada berlaku. Aku selalu diganggu dengan KELIBAT BUDAK KECIL yang sedang mencangkung di tandas ketika aku mandi atau sedang membasuh muka sebelum aku masuk tidur, budak itu kurus, berkulit sawa matang dan berambut lurus.

Hampir setiap hari aku nampak kelibat itu sehingga aku naik lali. Mula-mula memang sangat takut, tapi kepada siapa aku nak mengadu, takkan setiap kali aku nak pergi ke tandas aku perlukan teman.

Jadinya aku beranikan diri, redah saja, belasah ajer. Akhirnya ia menjadi kebiasaan sehingga aku tidak takut lagi.

Ada pelbagai cerita-cerita misteri yang berlaku di sekeliling SMTK yang ser￾ing diceritakan oleh rakan-rakan SMTK aku, antaranya ialah Mat Fan, Yassin Stopet, Aznie Onie, Opanizam, Hazlin, Nazri, Nizar, Rizal Jupri, Kamarul Bah￾rain Unggek dan ramai lagi yang aku tak ingat namanya. 

Memang naik bulu roma kerana saksi-saksi di dalam cerita itu masih hidup lagi.

Antara kejadian yang pernah aku sendiri alami ialah kejadian aku dan 4 kawan aku nak seludup keluar daripada asrama pada tengah malam melalui padang utama SMTK untuk minum di sudut paling tepi hujung padang SMTK.

Kami berlima ketika itu, kerana takut di tangkap oleh warden asrama. Kami berlari sekuat hati kami untuk menyelusup keluar untuk lepak minum.

Seperti biasa aku memang kuat lari walaupun aku besar, aku lari paling ha￾dapan. Ketika aku menoleh ke belakang, aku sempat mengira ada 5 rakan aku di belakang aku, aku agak lega tanpa syak apa-apa yang buruk sedang berlaku.

Setibanya kami di kedai hujung padang tersebut, kami pun lepak minum dan bersembang.

Dalam gelak ketawa, sambil makan dan minum serta menghisap rokok, tiba-tiba aku teringat “Ehhhh tadi kita berlima kan.... termasuk aku.... tapi kenapa bila aku berlari tadi kat padang..... aku kira ada 5 orang di belakang aku??? 

Kalau campur aku sudah pasti ada 6 orang.... tidak kah korang pe￾lik???? Mana datang lagi seorang???”... kata aku pada kawan-kawan aku.

Terus terang memang kami berlima terus kecut perut, terkeluar sifat penakut masing-masing, gangster ke, pahlawan ke, semua dah hilang lari ntah ke mana. Meremang bulu kami....

Argghhhhhh seraammmm....

Dek kerana kejadian ini, kami sanggup berjalan kaki mengikut jalan besar Kajang dan memasuki pintu hadapan sekolah dan asrama tanpa memper￾dulikan jika kami tertangkap dengan warden. Kami lebih takut hantu daripada warden.

Namun kejadian paling pelik dan seram aku pernah saksikan ialah kejadian pada waktu senja ketika azan maghrib sedang berkumandang, aku dan kawan-kawan aku ternampak SEORANG TUA BERJALAN KAKI DENGAN SANGAT LAJU MENUJU KE KANTIN LAMA SEKOLAH SMTK. 

Kelajuannya bukanlah kelajuan jalan sebagai seorang manusia!

Kebetulan ramai yang saksikan kejadian ini kerana kebanyakan dari kami sedang menuju ke surau di tingkat 2 untuk solat maghrib. Ada yang menjerit ada yang tercengang.. Dan ia menjadi satu perbualan hangat sehingga ke peringkat atasan.

Saat ini menjadikan aku sedar, dunia ghaib dan dunia selain kehidupan di alam nyata ini sebenarnya adalah bebar-benar wujud. Kalau bukan mata aku jadi saksi memang sukar nak percaya.

IMAGINASI?? Aku rasa tak mungkin!

Pernah satu ketika itu, kerana tidak tahan, aku telefon ibu aku memohon untuk aku kembali bersekolah di Kepong. Aku betul-betul tak tahan, jiwa kacau. Tetapi ibu aku yakinkan aku untuk hadapi ini sebagai satu proses kehidupan…

Kehidupan di asrama semuanya ada disiplin. Ketat dan teratur. Aku mulai bosan bersekolah asrama. Basuh baju, kemas katil, waktu sukan dan ria￾dah, kemudian tidur berjemaah. Tiada privasi langsung.

Ini sebenarnya sangat mengganggu emosi aku… Aku tidak tahu banyak per￾kara dan aku juga tidak tahu nak berpandukan kepada siapa untuk dirujuk bagi melayari kehidupan berdikari berseorangan tanpa famili di asrama ini, kawan pun semua kawan yang baru.

Tapi macam biasa, aku mampu melupakan permasalahan ini dan melihat bahawa semua ini adalah satu proses pembelajaran dalam kehidupan aku.


SEKOLAH KEHIDUPAN

Pada saat-saat inilah aku melihat bahawa HIDUP ini adalah SEBUAH SEKO￾LAH bagi aku untuk mempelajari pelbagai ilmu jasmani dan rohani pada ketika ini. 

Melaluinya adalah satu proses yang amat bernilai selagi kita mampu menguruskan segala input dan output dengan kemas dan menarik.

Kehidupan ini adalah satu proses pembelajaran kepada manusia, faham atau tidak, ia sangat bergantung bagaimana cara kita mentafsirkannya.

Berkomunikasi dengan pelbagai sumber dan berkomunikasi dengan keadaaan sekeliling adalah satu kemestian.

Kehidupan ini bukanmya satu permainan. Ia mempertaruhkan nyawa, maruah dan segalanya yang kita ada. 

Mempertaruhkan bahagia dan deri￾ta seseorang melayari kehidupan dan di penghujungnya kehidupan ini ada￾lah MATI. Adakah semua perkara ini tidak SERIUS lagi bagi kalian?

Realitinya saat dan ketika ini jugalah merupakan saat-saat yang betul-betul membuka ruang minda dan perasaan aku berubah menjadi lebih remaja tulen, ‘up to date’, trendy dan matang.

Aku mula terbau dan melihat satu ruang sisi kehidupan yang lain dari se￾belumnya. Aku mula mengenali apa itu risiko kehidupan, baru sedar akan bahaya yang senantiasa mengelilingi kita.

Aku melalui proses kehidupan ini dengan melihat bahawa perasaaan kendi￾ri itu untuk berdikari dalam kehidupan itu mendewasakan aku.

Adakah bermakna bahawa sesiapa yang duduk di bawah ketiak penjaga atau ibubapa itu tidak terbuka minda mereka??

Mungkin YA.... Mungkin TIDAK!!!


Hidup Enjoy Dan Gila-Gila

Aku juga mulai suka dan ter￾gila-gila kepada dunia hibu￾ran dan muzik. Berkenalan dengan 2 kawan baik aku di SMTK yang juga bersifat gi￾la-gila ini membuat aku mula menjadi nakal... Nama mere￾ka Nizar dan Nazri (Jin)...

Mengenali dunia nakal ini sebenarnya sesuatu yang menarik, mungkin ia fitrah manusia. Cogan katanya, “hidup kena enjoy bro”...

Perasaan SERONOK ada￾lah apa yang manusia cari, nikmat keseronokan adalah kepuasan.

Hidup tanpa kes￾eronokan adalah bosan, hidup tanpa nikmat. Bukankah di syurga juga manusia itu ingin meratah keseronokan? Bukankah ia mer￾upakan pengisian nikmat yang paling tinggi?

Di SMTK lah aku belajar menjadi lebih lasak dan sedikit ganas dari sebelum ini. Aku menjadi pemain ragbi yang berpontensi. Menjadi ahli sukan olahra￾ga yang juga menyerlah.

Aku menjadi semakin ceria dan matang, dan dalam masa yang sama, aku menjadi seorang yang kuat tidur. Ini yang aku ingat pada waktu itu. Transfor￾masi seorang budak nerd kepada seorang budak yang normal.

Masuk ketingkatan 3, Persediaan aku lebih fokus kepada menyediakan diri untuk menghadapi Sijil Rendah Pelajaran atau singkatannya ialah SRP.

Aku masih mengekalkan momentum bersukan dan bersosial seperti biasa.

Walaupun aku kini tidak lagi nerd dan naif, tetapi masih speaky.

Aku sudah pandai mengenali kekacakan dan kecantikan solekan kosmetik dunia. Melihat nikmat yang menyembunyikan keperitan sebuah kehidupan.

Berseorangan dengan pelbagai jenis kawan menjadikan anjakan paradig￾ma yang ketara.

Aku mula aktif menghisap rokok, suka keluar asrama secara senyap ke ban￾dar Kajang.

Seronok menjadi nakal, mungkin kerana aku bosan menjadi naif.

Kalau kalian semua amati cerita aku sampai ke tahap ini, realitinya aku sebenarnya masih tidak mahu fokus 100% berusaha dalam melayari ke￾hidupan ini. Aku selalu tidak serius walaupun aku semakin matang.

Hanya nasib dan sifat semulajadi aku yang banyak membantu diri aku untuk kelangsungan hidup, jadi aku tidak sepatutnya merasa bangga dan seronok sangat dengan beberapa kejayaan yang aku kecapi Lagi pun, bukannya he￾bat sangat. Cuma tahap peringkat “KAMPUNG” sahaja.

Namun dalam lubuk hati, aku amat bersyukur dengan segala-galanya yang telah terjadi. Jauh lebih baik daripada yang pernah aku fikirkan, jauh lebih baik daripada golongan manusia yang tidak bernasib baik.

Pada tahun ini, ada satu peristiwa yang masih segar di ingatan iaitu aku ditakdirkan terkena penyakit apendiks ketika Kejohanan Ragbi MSSS per￾ingkat Negeri Selangor sedang berlangsung.

Bayangkan perasaaan aku yang sudah bersedia 100% untuk membantu SMTK bagi menjuarai kejohanan tersebut tetapi aku tewas atas tuntutan penyakit aku ini yang tak disangka-sangka.

Aku masuk wad di Hospital Kuala Lumpur (HKL) tetapi tiada apa-apa pun yang berlaku. Ini adalah pengalaman pertama aku masuk dan tidur dalam wad hospital.

Ibu aku setiap hari datang melawat aku kerana pejabat ibu aku dekat den￾gan HKL. Tetapi aku discaj keluar dari HKL pada kali ini tanpa dibedah atas alasan aku hanyalah suspek menghidap apendiks.

Aku cuma diistiharkan sebagai pesakit suspek apendiks dan hampir 1 ming￾gu lebih dirawat dan dipantau di sana.

Aku akhirnya melakukan pembedahan apendiks pada akhir tahun setelah aku menghabiskan peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran ataupun SRP.


Sakit Itu Teguran

Peristiwa ini mendidik aku bahawa SAKIT itu teguran dari Tuhan. Kenapa aku berkata begitu? Kerana selepas aku sakit apendiks, aku mula “slowdown” jadi nakal.

Sakit itu adalah amaran, sakit itu membuka hati kita dekat dengan mati.

Suasana dalam hospital yang jauh dari keadaan dan rutin biasa menjadi aku RASA bahawa umur aku bukannya kekal. Ia memang menakutkan.

Kejadian aku terkena apendiks tu juga menjadikan saiz ketinggian aku terhenti. Ya... ketinggian aku sekarang ialah sama dengan ketinggian aku masa di tingkatan 3 iaitu dalam 6 kaki atau 180 cm tinggi.

Selepas aku sembuh sepenuhnya daripada apendiks, keputusan peperik￾saan SRP aku keluar. 

Dan untuk makluman kalian, sekali lagi hasil peperik￾saaan SRP aku berjaya mendapat keputusan yang cemerlang walaupun seperti yang kalian tahu aku malas belajar dan selalu tidur di dalam kelas.

Kawan-kawan aku satu dorm asrama belasah aku ramai-ramai dengan ban￾tal kerana geram dengan keputusan peperiksaaan SRP aku berbanding dengan prestasi dan usaha pembelajaran aku seharian, kelakar sungguh momen itu.

Rahsianya kalau nak tahu ialah aku hanya menghafal soalan-soalan tahun lepas dan ia memang berbaloi, banyak sungguh soalan tahun-tahun lepas yang dikitar semula tetapi dalam bentuk dan format yang lain. 

Alhamdulil￾lah aku berjaya setakat ini. Tapi ada pula cerita yang agak sedih. Aku tidak boleh kekal tinggal di as￾rama kerana aku pernah sekali tertangkap ‘kantoi’ menghisap rokok dan seludup keluar asrama tanpa kebenaran.

Dan yang tangkap aku pula tu ialah Cikgu Rahim, cikgu kesayangan aku dan cikgu yang ambil berat tentang aku. Aku di sebat didalam bilik cikgu keesokan harinya. Sakit jangan ceritalah, nak terkencing rasanya bila kena sebat di punggung.

Oleh kerana kejadian ini, aku tak boleh kekal tinggal di asrama SMTK dan terpaksa bertukar sekolah kerana aku tiada tempat tinggal untuk aku tidur dan sebagainya.


Kembali ke Kepong

Tahun 1991, telah ditakdirkan aku kembali bersekolah tingkatan 4 di Ta￾man Ehsan Kepong. Tapi aku bukan aku seperti dulu.

Aku datang dengan gaya dan cara yang berbeza. Aku bukan lagi seorang budak lelaki yang naif, gugup, gagap, pendiam dan pemalu. Aku lebih matang, berkeyakinan, periang, kelakar dan segar. 

Aku menghayun lagak seperti bu￾dak baru namun ramai daripada kawan lama aku sedar akan kemunculan semula aku.

Aku di masukkan ke kelas paling pandai dalam tingkatan 4 ketika itu iaitu kelas 4 Alpha dalam jurusan sains tulen.

Cuma bila aku fikir-fikirkan waktu sekarang, aku tertanya-tanya, kenapa aku tidak lagi rapat dengan Faizal dan Syed seperti dulu walhal kami tiada apa￾apa perbalahan pun berlaku. 

Aku lebih mendekati kawan-kawan aku yang lebih ‘fun’, lebih gila-gila berbanding dahulu.

Kebetulan ketika itu aku secara tidak sengaja membawa suatu bahang fenomena stail/fesyen berpakaian yang lebih merujuk kepada “lifestyle” atau gaya hidup yang glamour ke sekolah Kepong.

Gaya kehidupan ini sangat berhubung kait dengan peredaran genre muzik semasa dunia seperti R&B, Rap, Hip Hop dan sebagainya. Trend itu di pang￾gil dengan pelbagai nama mengikut ciri-cirinya. 

Ada yang bernama Bros, GQ, Gayboy (Budak Happy) dan Rappers.

Muzik dan “lifestyle” yang di asaskan oleh barat ini betul-betul menusuk ke dalam jiwa dan pemikiran aku dari SMTK lagi, ia sekaligus menukarkan penampilan aku untuk lebih kemas dan mengikut trend semasa. 

Budaya dunia hiburan ini merubah aku dengan drastik.

Kiranya aku salah seorang pelopor terhadap Trend Semasa tersebut di Ke￾pong... pembawaan ini sebenarnya telah menjadi sebahagian dari hidup aku sejak dari Sekolah Menengah Tinggi Kajang.

Kawan baik aku Nizar dan Nazri lah yang mengajar aku dari tingkatan 2 lagi. Memang glomour tetapi duit kena selalu ada kalau tidak punya duit, kita ketinggalan, trend ini memerlukan kita berpakaian yang agak mahal berbanding biasa.

Selain daripada pemakaian yang lengkap, aku dan pengikut trend ini ha￾ruslah tahu pelbagai info mengenai gaya hidup dan muzik yang di bawa.

Siapa idola kami dan siapa rujukan kami, harus pandai menyanyi lagu-lagu popular dan mereka juga harus tahu menari dengan baik dan bergaya. Bukan senang nak jadi gang stail ini.

Tingkatan 4 adalah masa aku semakin seronok dengan keadaan sekeliling aku… Ketika ini aku berjinak-jinak dengan Disko Tea-Dance, dunia kelab malam dan suka sangat melepak ala hipster (terma perkataan masa kini).

Sebenarnya aku sudah memasuki Disko Tea-Dance (Disko Petang) sejak umur aku di tingkatan 2 lagi. Kawan aku Nazri dan Nizar yang membawa aku ke jalan ini. 

Sesuatu yang sangat seronok dengan hiburan yang sangat menarik, satu sisi hidup yang tak pernah aku bayangkan.

Namun aku tidak pernah lupakan asal usul diri aku. Aku masih menjadi diri aku dan tak banyak berubah pun. Aku masih makan nasi lauk nenek aku.

Nenek aku memang taikun masakan kampung terutamanya masakan rese￾pi bangsa Minang.

Aku masih mengaku Melayu dan masih bersyariatkan Islam. Aku masih per￾gi sekolah, masih balik rumah dan sebagainya walaupun aku bebas sangat masa itu.

Dan kebetulan, dalam masa yang sama, jati diri Melayu aku semakin kuat apabila aku mula aktif semula dengan menyertai gang silat aku yang aku tinggalkan semasa di tingkatan 1. Persatuan silat ini sudah ada gelanggang sendiri dalam tanah rizab berhampiran sekolah menengah aku.

Kali ini penglibatan aku lebih serius, lebih ekstrem sehinggakan gelanggang silat itu menjadi rumah kedua aku. 

Ukhwah persahabatan kebanyakan gang aku banyak tertumpu di sini.

Gelanggang silat ini sudah menjadi pusat sosial utama untuk remaja Me￾layu Islam seperti aku di Kepong. Kami belajar pelbagai ilmu dan perkara di sini. 

Ilmu zahir dan batin, aktiviti rohani dan jasmani, dunia dan akhirat, moden dan klasik, lama dan baru, dan kami betul-betul rasa seimbang ketika ini.

Terlalu banyak sumber pembelajaran dan keseronokan ada di sekitar aku sehingga aku gagal untuk menolaknya. Duit dan wang sentiasa ada dari pelbagai sumber. 

Itu nikmat Tuhan yang aku tidak sedar ketika itu bahawa aku dimurahkan rezeki oleh Tuhan.

Namun dalam sedar tak sedar, akibat gabungan pelbagai input dan output baru dalam kehidupan aku yang semakin luas dan mencabar ini, pemikiran aku mengenai Tuhan dan Agama Islam mulai banyak percanggahan.

Bersambung


0 Ulasan