1975
● Lahir ke dunia. Di Hospital Besar Kuala Lumpur.
1981
● Mula belajar formal di Tadika di Taman Keramat, Kuala Lumpur.
● Mula bersekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Ehsan.
1987
● Mula sekolah menengah di Sekolah Menengah Tinggi Kajang.
● Kemudian berpindah ke Sekolah Menengah Taman Ehsan.
1992
● Menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sempadan pendidikan aku dengan kehidupan sebenar.
1993
● Tamat sekolah, mula hidup bebas.
● Mencuba peluang menjadi penyanyi.
● Sambil itu berniaga burger di kantin sekolah Taman Ehsan.
● Berhenti berniaga burger bila dapat peluang berlakon bersama Legenda arwah A. Rahman Hassan, tetapi kerjaya lakonan tidak ke mana akhirnya.
● Terus bergiat aktif dalam bidang lakonan (HVD), muzik & nyanyian.
● Bercita-cita mencari peluang dalam industri hiburan sambil bekerja nornal untuk menyara hidup.
1998
● Secara tidak sengaja masuk ke bidang komposer melalui pertandingan lagu untuk pencipta muda di Media Prima TV3.
● Selepas itu aku berjaya bersama kumpulan Candy – menghasilkan single utama. Lagu aku ke udara sehingga kini.
● Projek album kedua gagal apabila kumpulan berpecah.
● Aku kecewa. Aku bawa diri. Kebetulan dapat kerja di jamming studio kepunyaan uncle aku, Raja Badri. Kat sini belajar apa itu muzik dan membina networking dengan grass root pelaku seni.
● Bila XS Studio tutup, 1999 aku kerja Cyber Cafe dengan Nahrul pula. Mula mengenali dunia pengkomputeran dan dunia digital.
2000
● Mula bekerja di syarikat Godell.
● Kehidupan sederhana, berkahwin & berkeluarga.
● Berpindah keluar dari Kepong.
● Kehidupan mula stabil dengan kerja tetap.
● Membina kehidupan berkeluarga.
2005
● Bertemu semula dengan Nik Nasir.
● Aktif menghasilkan projek muzik antaranya Royce Saayan, Handy Black, Zila Seeron dan AKU Band dan lain-lain.
● Lagu ciptaan aku berjaya naik No. 3 Carta HotFM. Royalti lagu mencanak tinggi. Ini sesuatu yang baru.
2007
2008
● Berhenti kerja di Godell.
● Buat pertama kali merasa kehidupan mewah – hasil royalti muzik & manipulasi jualan rumah Serdang.
● Ada simpanan tunai sekitar RM80,000, ada 2 rumah dan kereta habis bayar.
● Cuba jadi bisnesman & pelabur – gagal.
● Masuk politik – juga gagal.
2010
● Aku sambung belajar di UUM jurusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan gang artis sebagai pelapis pertama.
● Isteri sambung belajar di UKM (cuti separuh gaji).
● Ekonomi mula goyang. Ekonomi mula goyang kerana aku dan isteri sama-sama sambung belajar.
● Terpaksa jual rumah Serdang.
● Mulai bergaduh dengan isteri.
● Bermula konflik rumahtangga.
2011
● Perceraian berlaku.
● Hidup runtuh sepenuhnya: ekonomi hancur, keluarga berpecah.
● Tinggal di Jelatek bersama adik & arwah uncle.
● Titik paling rendah dan ramatik — mula retaknya rumah tangga.
● Tahun penuh konflik perasaan, ekonomi, dan jiwa.
2012
2013
● Mula bekerja di Persatuan Seniman.
● Kehidupan perlahan-lahan mula naik semula.
2014
● Jual rumah kondo. Untung dalam RM180,000.
● Rancang beli rumah lelong & kereta Proton Saga secara tunai. Hidup Freedom dengan anak-anak dalam perancangan.
● Tapi ditipu oleh kawan baik – peluang kedua berkecai.
● Titik yang sangat menyedihkan.
● Mula ada kewangan untuk bangkit semula tapi musnah!
● Harapan besar untuk ambil anak tinggal bersama Jai setiap minggu juga musnah!
● Harapan itu berkecai kerana pengkhianatan seorang kawan baik.
● Tahun yang meninggalkan luka paling mendalam.
2016
● Berhenti dari Seniman.
● Cuba jadi produser muzik dengan MIG Production (David Teo) bersama Amin Ainuddin (kawan baik dalam muzik).
● Projek dirampas – gagal lagi. Terduduk sekali lagi. MIG tamak nak bolot semua projek dan ketepikan usaha aku.
●Satu lagi detik yang sangat amat pedih dalam hidup aku. Ia memusnahkan hidup aku dan anak-anak aku.
2017
● Pindah kembali ke rumah ibu di Jelatek.
● Bertemu jodoh baharu & berkahwin semula.
2017–2018
● Aktif dalam dunia muzik melalui Kopstar & MACP.
● Berhasrat membina projek besar “Taman Muzik Malaysia” – gagal lagi.
● Mengalami sakit teruk & terpaksa berehat.
2019
● Menang saman terhadap Fawzi Saat – dapat pampasan RM100,000 (dibayar RM10,000 sebulan). (Walaupun rugi RM180k)
● Gagal mengurus wang kerana ia dibayar setiap bulan bukan secara lumpsum – akhirnya habis begitu sahaja.
2020
2021
● Mula buat kerja GrabFood untuk bertahan hidup.
● Jual kereta Wira.
● Beli motor guna duit KWSP.
● Hidup pasrah, hampir tiada cita-cita.
● Aku mula tidak percaya pada kawan-kawan lagi.
2023
● Bekerja di GVV Academy sebagai content creator.
● Mula bersinar kembali, ada harapan baharu.
● Tidak ada cita-cita khusus, hanya nak hidup dan kaya sahaja dengan GVV.
2025
● Masih mencari peluang & rezeki baharu.
● Fokus menulis artikel, blog, dan konten.
● Membina semula hidup dengan pandangan lebih matang — menerima bahawa usaha tanpa restu takdir akan gagal, tetapi ilmu & penulisan kekal abadi.
0 Ulasan