Langkau ke kandungan utama

Catatan

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

RAHSIA 7 WALI BANGSA MELAYU

7 WALI BANGSA MELAYU ADAKAH ANDA TAHU... JIKA DI TANAH JAWA TERKENAL DENGAN WALI 9, DAN DI TANAH MELAYU PULA TERKENAL DENGAN 7 WALI MELAYU. Lihat E-Book saya dan dapatkan di Amazon.com Mereka pernah berperanan di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara abad ke19 dan awal abad ke20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim Melayu-Islam. Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam. Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui (wallahu alam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah SWT dan RasulNya. Mereka adalah kekasih Allah: H...

Bangsa yang Paling Lemah & Penakut di Dunia.

Kita sering dimomokkan tentang kelemahan bangsa kita sendiri. Kononnya kita adalah bangsa yang lemah, menakut, pemalas dan mudah lupa. Hakikatnya, kita adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT untuk menganut agama Islam. Sejarah juga turut membuktikan bahawa kita adalah salah satu bangsa yang paling hebat dan gagah sekali. Jika kita bukanlah bangsa yang lemah dan penakut, maka siapa pula yang menyandang jawatan tersebut? Ya, jawapannya adalah bangsa YAHUDI... Who Am I?? Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Namun mereka kini adalah bangsa yang menguasai dunia. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika I.s.ra.el (AIPAC) yang berupaya memp...

TANDA-TANDA SIHIR!!!

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR Siapakah saya?? 1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah. 2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam. 3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup. 4. Mimpi yang sangat menyeramkan. 5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus. 6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur. 7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur. 8. Berperasaan sedih pada saat tidur. 9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar. 10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi. 11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan. 12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam. 13. Bermimpi melihat hantu. Who Am I..?? TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ...

Mengembalikan TAKLID Mazhab Empat Demi Survival Ummah. Part 2.

  Bahaya ancaman Anti-Mazhab Semenjak tertubuhnya negara-negara sekular dalam dunia Islam, muncullah kelompok-kelompok yang lantang menyeru umat Islam supaya melepaskan diri mereka daripada ikatan mazhab. Lazimnya mereka ini adalah pemuja dan pemuji Ibnu Taimiyyah, pengikut Ibnul Qayyim al-Jazi, pemuja Muhammad Abduh dan Rasyid Redha, orang yang fanatik kepada Majalah Al-Manar dan Al-Munir ataupun menjadi pengikut Mazhab Wahhabi. Kelompok-kelompok Anti-Mazhab ini beralasan bahawa bertaklid kepada mazhab boleh menyebabkan seseorang itu menjadi mundur, mati semangat, jumud, beku, tidak berkemajuan, sudah mati sebelum mati dan sebagainya yang bersifat menghina kepada orang-orang bermazhab. Adakah benar umat Islam yang bertaklid kepada Mazhab Imam-Imam Mujtahid yang empat itu mundur, jumud, beku dan lain-lain lagi seperti yang dituduh itu? Cuba lihat Imam Bukhari yang taklid kepada Imam Syafiee, adakah beliau beku dan jumud? Adakah orang-orang seperti Imam Ghazali, Imam Na...

RIWAYAT ALMARHUM SULTAN ABDULLAH MUHAMMAD SHAH II RELA KEHILANGAN TAKHTA DEMI MEMPERTAHANKAN KESULTANAN MELAYU

Almarhum diberi nama Raja Abdullah, Di Puterakan pada 21 September 1842, diangkat sebagai Raja Di Hilir, Kemudian Di angkat sebagai Pewaris dengan Gelaran Wakil us-Sultan, Wazir ul-Azam – DYTM Tuanku Raja Muda pada tahun 1865 dan bersemayam di Batak Rabit. Almarhum merupakan putera sulung Almarhum Sri Paduka Tuanku Sultan Jaafar Safiuddin Muazhzham Waliu'llah Shah Ibni Almarhum Sultan Ahmad Shah Johan Berdaulat Khalifatu'llah, Sultan dan Yang di-Pertuan Negeri Perak, Bonda Almarhum adalah Wan Ngah Mahtra Binti Dato Wan Muda Abdul Rahman Bin Maharaja Lela Ngah Hasan, Orang Suku Laksamana Batu Bahara. Almarhum sepatutnya di angkat menjadi DYMM Sri Paduka Sultan Perak Ke 25 setelah kemangkatan Sultan Ali Al-Mukammal Inayat Shah namun Almarhum tidak berkenan untuk mundik ke istiadat permakaman dan mengetuai pengelolaan istiadat kemangkatan tersebut hingga jenazah baginda tergendala dan tidak dapat disemadikan selama (40) empat puluh hari. Di sebab akan perkara tersebut, Oran...

Topik: Memahami Prinsip dan Rukun Negara Malaysia 2

Penjelasan Lanjut Prinsip Rukun Negara : (a) Kepercayaan kepada Tuhan Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu bangsa dan negara yang berdaulat.  Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan kepercayaan kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan dan tindakan membeza-bezakan terhadap seseorang warganegara atas alasan agama adalah dilarang sama sekali. Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari akan pentingnya agama dan kepercayaan kepada Tuhan dalam kehidupan manusia. Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara.  Menyedari betapa pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Ne...