Langkau ke kandungan utama

Catatan

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Terbit Semula Lagu Hijrah Ciptaan Allahyarham Ustaz Ismail HPA

Nyanyian oleh Mohd Faizol Sofyan dan pernah dipopularkan Kumpulan Nasyid UNIC... Alfatihah kepada Ustaz Hj Ismail pengasas HPA Sdn Bhd yang popular dengan produk kopinya jenama RADIX.. Lagu ini aku pernah minta izin diterbitkan semula dengan gaya genre rock dari Arwah Ustaz ketika aku pernah bekerja sebagai media beliau bagi Majalah IKON.. Arwah Ustaz setuju cuma dia kata dia susah sikit nak terima genre rock apabila kami persembahkan kepada beliau.. lucu pula dikenangkan kembali ketika itu.. Aku juga pernah berjumpa untuk memohon laluan kepada Kumpulan nasyid UNIC ketika demo lagu ini diterbitkan.. Mereka tak kisah kerana pencipta asal telah pun memberi persetujuan..  

Melayu Unik: Ada Semua Wajah Bangsa Dalam Bangsa Melayu

  Alhamdulillah... Allah ilhamkan keada Ustaz Azhar Idrus salah satu kehebatan ciptaan Nya bernama Bangsa Melayu.. Aku sendiri baru sedar.. poin yg UAI katakan ini adalah benar.. Mana nak cari bangsa yg seunik Bangsa Melayu kat dunia ini... Melayu itu satu bangsa dengan pelbagai wajah.. Seperti Islam.. satu agama untuk pelbagai bangsa... Perkongsian dari Tiktok.

Filem Sheriff Best!!

  Tak puas hati betul.. mana perginya watak Ahli Politik?? Takkan watak Polis dan Hakim je yg terlibat dalam rasuah negara?? Atau aku tersilap pandang?? Walau mcm mana pun.. 9.5 bintang untuk filem ni.. ending filem siap aku dan penonton tepuk tangan.. Semua best..  Walaupun aku tengok filem ni pasal Zul Arifin.. tapi aku lebih suka watak Syafiq Kyle dari watak Zul Ariffin dlm filem ni tapi sayang..  Dah mcm watak #BetoKhusairi dalam filem Mat Kilau la pulak.. ye la style adik beradik punya cara pengarahan.. Sepatutnya wajah Shafiq Kyle diletak sebelah Zul Arifin pada setiap poster atau media promosi filem ni.. dia #Jebat broooo..  Cuma watak Sheriff dgn dialog yg selamba tu menghidupkan keseluruhan matlamat filem ini.. Semua watak sangat membantu setiap plot dalam filem ini.. cuma sedikit lemah pada penghayatan watak Azira Defam dan Elizabeth Tan.. #methkiller #sheriff #syafiqkyle #ZulAriffin #filem #skoproduction #

Memori Ku: Permulaan Perjalanan Sebagai Seorang Komposer di Malaysia

  Aku dan Sifu Dato M.Nasir - Tetamu Undangan Salam Sejahtera semua... Inilah permulaan perjalanan aku menjadi seorang pencipta lagu dan penulis lirik di Malaysia..  Aku dengan Juara Komposer, Pak Lah Cecupak yang mencipta lagu Joget toleh menoleh (sebelah itu ialah Ropi dan pasangan) Tak sangka tanpa pendidikan formal dan tertib ilmu, aku berjaya ke Final rancangan Komposer TV3 pada tahun 1998.. Aku dengan Nizam - salah seorang penyanyi Ia sebuah program yg rare dilangsungkan oleh pihak Media Prima/TV3 untuk mencungkil bakat² baru dalam bidang penciptaan lagu di Malaysia... Aku, Nizam dan vokalis aku Yan Keno (baju merah) Lagu aku bertajuk YANG LAZAT yg bergenre alternatif rock dan merupakan satu satunya lagu rock yg dapat pergi Final!! Pian Cecupak, Yasin Senario, Shidi DATA dan Paklah Cecupak Dengan takdir inilah.. sampai ke hari ini aku menjadikan bidang komposer ini sebagai salah satu mata pencarian aku dalam hidup di alam fana ini.. Terima kasih Allah.. syukur Alhamdulil...

Memori Ku: Pak Pandir Individu Penting Yang Jadikan Aku Seorang Komposer Malaysia

  Sebuah kenangan yg aku nak abadikan dalam blog aku ni... Innalillah wainnahilahirojiun... Perginya di pagi Jumaat 27 Jun 2018... Allahyarham adalah individu yg bertanggungjawab membawa aku ke industri muzik dengan meletakkan aku sebagai satu2 nya perserta komposer genre Alternative Rock dalam rancangan KOMPOSER TV3 pada Tahun 1997... Semoga arwah dilindungi Allah dengan memberi kemenangan di sana.. Aamiin Ya Allah..!! *Nota - arwah juga adalah sahabat Arwah Bapa saya.. semoga kedua2nya bahagia disana... aaminn..!! #komposertv3

Memori Ku: Aku Sering Di Lantik Menjadi Pengawas Ketika Di Sekolah

  Tanpa tipu Cikgu dan Top Management Sekolah.. Tanpa beli undi dan raih simpati.. Diri ku ini sering dipilih menjadi pemimpin ketika kecil.. Kini aku hanya semut kecil mengigit jari..  Update: aku adalah pengawas pakai tie merah.. chip paling macho 😆😆 Cc: Geng Sekolah Tmn Ehsan 75

GVV: Festival Megaraya Starvendors KLCC 2024

Pada 29 Mac sehingga 01 April 2024.. aku ditugaskan untuk bekerja sebagai media kepada company aku GVV Academy di KLCC... Company aku jadi antara penaja utama program ini yg bernama Festival Megaraya Starvendors KLCC 2024 anjuran team Dato Ifa Raziah.. Program ni berlangsung selama 72 jam tanpa henti di KLCC Convention Centre dengan disertai hampir 50 lebih selebriti sebagai vendor² yg berniaga.. Gambar diatas ni aku dapat close Syazreen di Starvendors dgn bantuan Jujut dan Syafiq Bahar..  Kami berbuka puasa pada Sabtu petang hari kedua di Kenny Rogers bawah KLCC Convention Centre