Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

SURAT TERBUKA UNTUK FOODPANDA

Hello panda...

Saya ada buah fikiran dan sedikit komen untuk Panda menjadi sebuah syarikat yang baik dan berdaya maju. Sebuah syarikat akan berjaya jika mempunyai pekerja yang MENCINTAI kerja mereka :

1. Saya fikir sistem seharusnya pickup rider yang paling dekat dengan vendor untuk terima tempahan makanan. Kes Sabtu lepas saya dari Bukit Lanchong, Shah Alam di"paksa" oleh sistem untuk pickup order McD Main Place, Subang Jaya pada 9.30 malam( shift habis jam 10 malam). Saya nak DECLINE tapi sistem akan menjatuhkan markah performance saya. So saya accept 3 order sekali gus. Kemudian saya delivery ke Alam Megah, Shah Alam dengan harga RM4.60++ sen sahaja untuk 1 trip?? Dan last dropp ke pelanggan hampir jam 11 malam. Ini pada pandangan saya kurang adil dan pelanggan akan mendapat makanan yang lambat. Kualiti kerja dan ketidakpuasan akan berlaku kepada pelanggan dan pekerja. Panda yang akan mendapat nama yang buruk.

2. Begitu juga saya dan Rider Panda yang lain jika mendapat order ke Tealive atau Subway Petronas KESAS Highway kemudian delivery ke Kawasan Industri  USJ 16 Subang Jaya (Jalan TP) dengan harga RM4.33++ sen sahaja?? Kenapa terlalu murah?? Padahal ia lokasi yang sangat jauh.

Pernah fikir kos kami untuk mengambil order dari lokasi terakhir kami ke vendor itu jauh?? Panda cuma charge mileage delivery sahaja. Saya fikir Panda kena fikir situasi kami.

3. Foodpanda adalah INDUSTRI GIG. Bila KERJA baru dapat duit. Beli bag dan baju pun Panda sudah mendapat untung. Tiada komitmen. Tiada EPF & SOCSO. Tiada liabiliti. Tetapi kenapa ada sistem:

a) Gaji mengikut batch?? 
Sampai ENAM (6) bacth. Untuk apa sampai 6 batch. Batch 4, 5 dan 6 cuma RM4.50. Batch 3 cuma RM5. Batch 2 sebanyak RM6 dan batch 1 barulah RM7. 

Tahukah kebarangkalian manipulasi sistem untuk menekan batch 4 - 6 mampu untuk berlaku?? Sistem boleh memberi order yang bertimbun-timbun kepada batch 4 - 6 kerana GAJI KAMI MURAH!!

Bacth 3 - 1 cuma akan mengisi kelopongan jika tiada rider batch 4 - 5 untuk pickup order. Saya pernah dapat 5 order serentak dalam 1 masa. Ada rider lain pernah dapat 6 order. 

Dan jika ada CANCELLATION (cash collection) daripada pelanggan kerana lambat, markah rider pula akan terjejas. Panda juga mendapat nama yang buruk. 

Pernah terfikir jika pelanggan mengubah selera untuk menggunakan saluran yang lain seperti McDelivery dan KFC Delivery kerana Panda asyik lambat satu hari nanti??

b) Terikat dengan waktu shift?? 
Tiada kebebasan untuk kami bekerja. Jika lewat markah performance akan terjejas. Waktu shift peak hour juga telah di kuasai oleh Batch 1 dan Batch 2. Tidakkah Panda tidak tahu akan perkara ini?? Cuba lihat jadual shift di Bandar Saujana Putra. Full telah dikuasai oleh team batch 1 dan batch 2.

c) Markah performance?? 
Semua aktiviti kami dinilai. Ini sistem PAKSAAN. Jika order itu jauh dan merugikan tetapi jika kami DECLINE markah kami akan drop. Inilah namanya betul-betul satu paksaan.

Insuran hanya diberi kepada rider yang booking jadual shift seminggu (ini juga satu paksaan) dan jika ada sesuatu kejadian yang tidak mengizinkan kami untuk "HADIR BEKERJA" iaitu No Show seperti Sakit, ada masalah keluarga dan sebagainya, markah kami terjejas dan kami mungkin akan diterminate. Saya fikir Panda akan mengalami kekurangan tenaga kerja jika semakin banyak pekerja diberhentikan. Bukan semua rakyat Malaysia boleh buat kerja rider ini.

Kami seolah-olah seperti BEKERJA SEPENUH MASA dengan pelbagai etika kerja walhal ini adalah salah satu sumber pendapatan Industri Gig di Malaysia.

4. Satu lagi masalah besar yang orang ramai tidak tahu ialah Aplikasi Rider Foodpanda sering sangat bermasalah. Salah kira gaji, lagging yang sangat menjengkelkan, permukaan aplikasi yang tidak mesra pekerja dan banyak lagi masalah yang harus Panda perbaiki. Kalau tanya semua rider Panda, mereka mesti setuju bahawa aplikasi Panda banyak masalah.

Cadangan:

Kekal semua yang sudah ada dengan penambahan:

1. Batch cuma 3 sahaja. Batch 1 sehingga 3. Gaji untuk 1 trip RM7 sehingga RM5. Ini memberi semangat kepada Rider untuk bekerja dengan bersungguh-sungguh.

2. Shift dibuka untuk bebas memilih. Tiada kumpulan batch yang boleh mendominasi. Dominasi boleh mampu mencipta Sistem KASTA.

3. Cipta satu jenis elaun RM1 tambahan kepada shift yang rider kurang berminat untuk bekerja mengikut kawasan.

4. Sistem cuma akan Pickup rider yang paling hampir dengan vendor. Jika tiada elaun RM1 harus diberikan kepada Rider yang jauh untuk pickup order.

Ini cuma satu idea dan pandangan yang membina kepada Panda. Saya minta maaf jika berasa kurang senang dengan komen saya. Ini hanyalah demi kebaikan semata-mata.

Panda sudah berjaya menambat hati rakyat untuk memilih Panda sebagai penghantar makanan kegemaran mereka. Dengan aura kecomelan Panda dan dengan aura warna Pink yang sweet sangat. Itu sangat bagus. Saya mohon Panda untuk mempertahankan.

Semua diatas akan mampu mengurangkan Rider Panda untuk mendapat kemalangan kerana rider pasti membawa laju dan melanggar lampu isyarat kerana mengejar order yang banyak dan jauh. Harap komen saya ini membantu.

Terima kasih Panda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...