G-K566N94YEK RAJA YANG PALING LAMA BERKUASA | SULTAN BRUNEI

RAJA YANG PALING LAMA BERKUASA | SULTAN BRUNEI

Silat | Melayu | Islam | Raja

LONDON - Pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja paling lama berkhidmat di dunia selepas kemangkatan Ratu Britain, Ratu Elizabeth II pada Khamis lalu.

Sultan Hassanal Bolkiah yang menaiki takhta pada tahun 1967 telah memerintah selama 54 tahun dan 339 hari sehingga Jumaat lalu iaitu lebih empat tahun lebih lama daripada Ratu Margrethe II dari Denmark.

Ratu itu kini menduduki tempat kedua sebagai pemerintah diraja masih hidup yang paling lama memerintah.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II menjadi Ketua Negara yang paling lama berkhidmat di dunia dan majlis meraikannya diadakan baru-baru ini sempena ulang tahun ke-70 pertabalannya pada awal tahun ini.


Baginda disayangi rakyatnya kerana berjaya menyatukan dan memodenkan keluarga diraja dalam tempoh lebih 50 tahun bertakhta.

Ratu Margrethe menaiki takhta pada 1972, ketika sokongan terhadap monarki semakin hambar dalam kalangan rakyat, namun baginda berjaya mengembalikan kegemilangan kerabat diraja dan menawan hati rakyat.

Baginda, yang kehilangan suaminya pada 2018, diberi nama timangan 'Daisy' oleh keluarganya dan rakyat Denmark, berjaya mengelakkan sebarang skandal dan memodenkan institusi diraja termasuk membenarkan dua anaknya mengahwini rakyat biasa.

Ratu itu kini menduduki tempat kedua sebagai pemerintah diraja masih hidup yang paling lama memerintah.

Sebelum ini, Ratu Elizabeth II menjadi Ketua Negara yang paling lama berkhidmat di dunia dan majlis meraikannya diadakan baru-baru ini sempena ulang tahun ke-70 pertabalan pada awal tahun ini.

Baginda menaiki takhta ketika berusia 25 tahun pada 1952, selepas Perang Dunia Kedua.

Sultan Hassanal Bolkiah, 76, juga adalah Perdana Menteri Brunei sejak negara dengan 400,000 penduduk itu mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom (UK) pada 1984.

Di tempat ketiga ialah pemerintah Sweden, Raja Carl Gustaf XVI, yang menaiki takhta ketika berusia 27 tahun selepas datuknya mangkat pada 1973. - AFP

#Sultanbrunei #melayu #Islam #nusantara


0 Ulasan