G-K566N94YEK PENDITA ZAABA - GENIUS MELAYU YANG HEBAT

PENDITA ZAABA - GENIUS MELAYU YANG HEBAT

 


PERKONGSIAN SEMPENA HARI MERDEKA

(Pendeta Zaaba merupakan Datuk Saudara admin..)


Sempena bulan merdeka, tokoh nasionalis kebangsaan terpilih:

ZAABA - Pencetus Kebangkitan Melayu


ZAABA atau nama asalnya Zainal Abidin Ahmad, 

seorang tokoh ilmuwan yg sangat dikenali rakyat & mendapat sanjungan sebagai seorang pendeta.


Usahanya yg gigih meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa terulung di negara kita tatkala penjajahan British cuba menghalang pelaksanaannya. 

Beliau menulis buku karang-mengarang Melayu utk diketengahkan kpd masyarakat & menjadi rujukan pelajar & pendidik.


Beliau bukan sahaja tokoh sarjana tetapi seorang penganalisis mengenai peradaban orang Melayu dalam semua aspek, iaitu;

• perkembangan agama, 

• kemiskinan ekonomi, 

• ancaman politik,

& unsur yg menyebabkan kemunduran. 


Beliau adalah penterjemah buku bahasa Inggeris kpd bahasa Melayu di samping menulis rencana dalam akhbar.




Dalam keadaan negara berada di bawah penjajahan, 

beliau seorang nasionalis yg mendedahkan tindakan penjajah yg bakal melemahkan orang Melayu. 

Beliau seorang tokoh bangsa Melayu yg berusaha menjadi bangsanya lebih baik. 


ZAABA adalah keturunan Bugis-Minangkabau yg lahir pada 1895 di Batu Kikir, berhampiran Jempol, Negeri Sembilan.


Selain Kesatuan Melayu Muda (KMM) yg dipimpin oleh  IBRAHIM YAAKOB & ISHAK HAJI MUHAMMAD yg bercorak nasional, persatuan Melayu yg lain adalah bersifat negeri. 


ZAABA menyertai Pergerakan Melayu Selangor pada 1935 & memegang jawatan Yang Dipertua selepas Tengku Ismail Tengku Muhammad Yassin meninggal


◇  Buka Fikiran Melayu


ZAABA didapati amat radikal dgn kefahaman kebangsaan & fahaman agama seperti tersiar dalam Hadiah Kebangsaan yg diterbitkan oleh SYED SHEIKH AL-HADI. 

Ia memperkenalkan kemiskinan dalam masyarakat Melayu disebabkan adat lama seperti fahaman tahyul yg mereka warisi. 

Beliau mahu membuka fikiran orang Melayu utk mencari kemajuan, yakni mengubah nilai budaya ke arah lebih baik.


Tujuan ZAABA adalah utk memperbaiki keadaan orang Melayu selepas mendedahkan kekurangan mereka. 

Beliau sendiri tidak menyenangi tulisan Abdullah Munshi,

yg terlalu mengagungkan orang Inggeris seolah-olah tiada cacat-cela mereka itu. 


Beliau adalah:

▪︎ pelopor dalam bahasa & persuratan Melayu,

▪︎ teori karang mengarang, 

▪︎ tata bahasa,

▪︎ serta kae-dah ejaan Jawi & Rumi. 


Sekiranya tiada ZAABA, kita tidak akan bersua dgn ejaan moden dalam tulisan Jawi & Rumi.


Selepas tamat Perang Jepun, Harold MacMichael datang utk mengambil tandatangan Raja-Raja Melayu bagi menyerahkan negeri mereka di bawah rancangan Malayan Union. 

Orang bukan Melayu akan diberi kerakyatan melalui dasar yg liberal.

Kepada orang Melayu, ini adalah 'pukulan maut' yg dibawa British. 

Malah ada bekas pentadbir British di Tanah Melayu yg bangun menentang rancangan ini. 

Ini adalah satu 'volte-face' (keterbalikkan sepenuhnya) yg akan menguburkan orang Melayu sebagai satu bangsa.




Daripada sifat kenegerian masing², orang Melayu mula bersatu. 

ZAABA menghubungi Yang Dipertua Pergerakan Melayu Semenanjung, 

Datuk Onn Jaafar & Yang Dipertua Ikatan Melayu, Perak, Datuk Panglima Bukit Gantang, bagi memulakan penentangan terhadap Malayan Union.

Tetapi usaha beliau tidak mendapat sambutan, kata Tan Sri Abdul Samad Idris, dalam bukunya 25 Tahun Merdeka.


ZAABA melalui pergerakannya menghantar telegram kpd Setiausaha Tanah Jajahan British menyatakan bantahan terhadap Malayan Union. 

ZAABA berjaya mendapatkan kedua-dua tokoh berkenaan utk bangun menentang gagasan ini. 

Dalam jiwa raganya ZAABA sudah berfikir akan membuat sesuatu bagi menggagalkan Malayan Union. 


Pergerakan & kesatuan orang Melayu berhimpun di Kongres di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, pada 1 hingga 4 Mac 1946. 

Di hadapan wakil, Datuk Onn dipilih sebagai pengerusi, manakala ZAABA menjadi setiausahanya tetapi tiada nama ZAABA tercatat walaupun beliau mewakili Pergerakan Melayu Selangor.


◇  Penubuhan UMNO


Di hadapan wakil, Datuk Onn mencadangkan penubuhan United Malay Organization (UMO) tetapi ZAABA membuat pindaan dgn menambah perkataan 'kebangsaan' utk menjadi pertubuhan ini 'United Malays National Organisation' (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu utk menunjukkan ia bersifat nasional (bukan negeri). 


Dalam kongres ini, ZAABA mengambil ketetapan utl memulaukan istiadat melantik Gabenor Malayan Union & memohon Raja-Raja Melayu supaya tidak menghadirinya.

Dengan pelaksanaan Malayan Union, hak Raja-Raja Melayu akan hilang & taraf bangsa Melayu dikurangkan. 

Sebagai anak watan, ZAABA dalam ucapannya meminta kuasa lebih diberikan kpd orang Melayu. 

Jika perundingan gagal, kata ZAABA alamat berperanglah. 

Ini satu bayangan ancaman akan berlaku di antara kedua-dua pihak.


Kongres mengambil ketetapan satu badan menggubal undang² tubuh UMNO terdiri drpd Datuk Onn, Datuk Panglima Bukit Gantang & Datuk Nik Ahmed Kamil. 

Bagi meneruskan perjuangan, satu mesyuarat diadakan di Johor Bahru pada 11 & 12 Mei 1946 & UMNO tertubuh dgn rasminya dgn mesyuarat menerima piagam atau undang² tubuh UMNO.


Datuk Onn dipilih sebagai Yang Dipertua & Datuk Panglima Bukit Gantang sebagai setiausaha agung yg pertama dalam parti ini. 

Berikutnya satu jawatankuasa terdiri drod pemimpin UMNO, wakil Raja Melayu & British berbincang bagi menukarkan Malayan Union dgn Persekutuan Tanah Melayu. 

Raja-Raja Melayu akan kembali ke kedudukan asal mereka & hak istimewa orang Melayu dikekalkan.


Tanah Melayu tidak menjadi koloni British & digantikan dgn nama 'Persekutuan'. 

Sebuah jawatankuasa mengenai kerakyatan utk penduduk Tanah Melayu, ditubuhkan. 


Sebagai pejuang nasionalisme, tugas ZAABA menentang Malayan Union selesai & tidak perlu lagi berada di hadapan.

Sebenarnya ZAABA lebih minat menulis mengenai pelbagai aspek kehidupan & peradaban orang Melayu. 

Ia lebih sebagai penulis drpd seorang pemimpin. 

Mungkin tidak ada karya besar jika beliau menumpukan masa sebagai pemimpin.


Lagipun ZAABA bukan seorang pemidato, beliau akui & kesihatannya tidak berapa baik. 

Pada 1947 beliau dihantar ke London sebagai pensyarah bahasa Melayu di Pusat Pengajian Bahasa Timur & Afrika.

ZAABA selaku orang yang gigih mencari ilmu ketika di London, belajar dan mendalami bahasa Arab, Belanda & Sejarah. 

Beliau mengambil peperiksaan akhir dalam ilmu ini selepas kembali ke tanah air pada 1950.


ZAABA dilantik menjadi pensyarah kanan di Jabatan Universiti Malaya di Singapura pada November 1952 (sebelum mendapat Ijazah dari Universiti London). 

Atas usahanya dalam bahasa & persuratan, ZAABA digelar Raja Bahasa Melayu Moden. 

Dalam Kongres Bahasa Persuratan Melayu Ketiga pada 1956 di Johor Bahru, 

ZAABA diberi gelaran 'Pendeta' & kemudiannya Doktor Kehormat dianugerahkan oleh Universiti Malaya.


ZAABA sangat merendah diri & tidak mahu gelaran seperti ini tetapi masyarakat Melayu mengiktiraf seorang sarjana yg wujud dalam kalangan mereka.


Profil: Zainal Abidin Ahmad (ZAABA)


Anugerah diterima:

- 1956: Gelaran Pendeta Bahasa Melayu pada Kongres Bahasa & Persuratan Melayu Ketiga

- 1959: Doktor Persuratan dari Universiti Malaya

-1962: Panglima Mangku Negara membawa gelaran Tan Sri

-1973: Ijazah Doktor Kehormat Persuratan dari Universiti Kebangsaan Malaysia


#PenulisDatukWanMohdMahyiddin #pendetazaaba# zaaba #malaysia #merdeka

0 Ulasan