Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Sekilas Israk Mikraj 2024


Pada tahun ini hari Israk Mikraj di sambut pada 8 Februari 2024 bersamaan hari Khamis.


jom refresh ingatan kita secara ringkas mengenai peristiwa israk Mikraj.


Ringkasan Peristiwa Israk Mikraj

ISRAK


Jibril datang kerumah Nabi dan membawanya ke Masjidilharam


Sebelum perjalanan, Jibril bawa Nabi ke telaga Zamzam di belah Dada Nabi untuk Kali kedua. Di cuci hati nabi, kotoran zahir dan batin di isi dengan iman, yakin, hikmah serta ilmu. Nabi dibawa menaiki Buraq. Tiba di Masjidil Aqsa.


MIKRAJ


Dari Baitul Maqdis naik ke langit


Jibril mengiringi Nabi naik ke langit. Di setiap tingkat, ada penjaga Dan nabi yang menyambut.


Langit 1, berjumpa Nabi Adam.


Langit 2, berjumpa Nabi yahya Dan Isa.


Langit 3, berjumpa Nabi Yusuf


Langit 4, berjumpa Nabi Idris


Langit 5, berjumpa Nabi Harun


Langit 6, berjumpa Nabi Musa


Langit 7, berjumpa Nabi Ibrahim


Melawat Syurga dan Neraka.


Nabi dipelawa minum samada susu, khamar atau madu. Nabi pilih susu.


Naik ke sidratulmuntaha


Melawat BaitulMakmur, Kaabah para Malaikat*


Naik bertemu Allah, jibril tidak mengiringi Nabi. 


Menerima perintah solat 50 waktu.


Jibril mengiringi turun, bertemu Nabi musa, dan menasihatkan Nabi agar mempertimbangkan waktu solat. 


Nabi turun-naik bertemu Allah untuk waktu solat.


Turun semula ke Masjidil Aqsa dan mengimami solat. 


Nabi pulang semula ke Mekah.


Hikmah Peristiwa Isra’ Mi’raj:


Sebagai umat islam, terdapat pelbagai hikmah dan pengajaran boleh diambil masyarakat Islam melalui *peristiwa israk mikraj untuk dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan seharian seperti yang di petik dari Tazkirah ;


#1 – Israk Mikraj Adalah Perjalanan Yang Nyata


Peristiwa Israk Mikraj ini merupakan perjalanan dan pengalaman Rasulullah s.a.w yang benar-benar terjadi dan, bukan hanya perjalanan rohani atau mimpi Baginda semata-mata.


Dalam peristiwa ini, Rasulullah s.a.w mendapatkan perintah secara langsung tanpa perantara dalam suruhan mengerjakan solat lima waktu.


Ini adalah bukti bahawa Israk Mikraj berbeza dengan penurunan wahyu-wahyu Allah yang lainnya.


Rasulullah juga mengalami perjalanan itu dalam keadaan sedar dan dengan sepenuh hati Baginda.


 Selepas peristiwa itu, Baginda segera menceritakan kepada para sahabat dan pengikut Baginda dengan ingatan yang sangat jelas.


#2 – Tanda Kekuasaan Allah S.W.T


Peristiwa Israk Mikraj merupakan salah satu bukti dan tanda kekuasaan *Allah s.w.t. Allah juga ingin menunjukkan betapa besarnya kekuasaan-Nya* dengan menjadikan sebuah peristiwa yang boleh dianggap ganjil bahkan hal yang lebih hebat daripada itu.


Dengan kehendak Allah, boleh dilakukan apa-apa saja mengikut kehendak-Nya. Allah s.w.t dengan jelas telah menyatakan bahawa Israk Mikraj adalah bertujuan untuk memperlihatkan kekuasaan-Nya.


#3 – Bentuk Kemuliaan Allah S.W.T Kepada Rasulullah S.A.W


Sebelum terjadinya peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w menghadapi banyak ujian yang sangat berat. terutamanya tentangan hebat dalam usaha dakwah Baginda. 


Antaranya Baginda diusir dan ditolak oleh penduduk di kota Thaif.


Rasulullah s.a.w juga kehilangan dua orang yang penting, iaitu isteri kesayangan Baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara yang banyak membantu iaitu Abu Thalib.


Oleh itu, Israk Mikraj merupakan hadiah dan sebuah pengganti dari apa yang telah Rasulullah s.a.w hadapi terutamanya pada tahun yang sama.


#4 – Bukti Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W


Israk Mikraj juga memperlihatkan sebahagian bukti akan kebesaran Allah selain bertujuan memantapkan dan mengukuhkan kerasulan Rasulullah s.a.w.


Selain itu Israk Mikraj juga diciptakan untuk memuliakan Rasulullah s.a.w sebagai seseorang yang dipilih oleh Allah s.w.t.


Peristiwa ini juga bertujuan mempersiapkan kekuatan jasad, jasmani, rohaniah, dan aqliah Rasulullah s.a.w dalam menjalankan tugas-tugas kenabian Baginda.


#5 – Bukti Ajaran Rasulullah S.A.W Bersifat Menyeluruh


Peristiwa Israk atau perjalanan Rasulullah dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjidil Aqsa (Madinah), menunjukkan bahawa ajaran yang dibawa Rasulullah s.a.w bukan hanya untuk masyarakat Mekah sahaja tetapi agama kepada seluruh umat manusia yang ada di muka bumi.


#6 – *Perintah Didirikan Solat Lima Waktu*


Peristiwa Mikraj atau perjalanan Rasulullah s.a.w ke Sidratul Muntaha adalah tempat berlakunya peristiwa Rasulullah menerima perintah Allah s.w.t untuk mengerjakan solat lima waktu sehari semalam.


Perintah ini adalah secara langsung diberikan oleh Allah kepada Baginda tanpa perantara.


Walaupun pada awalnya Allah s.w.t memerintahkan didirikan sebanyak 50 waktu, namun Rasulullah s.a.w memohon agar dikurangkan sehinggalah perintah solat menjadi lima waktu sehari semalam seperti hari ini.


Perintah solat lima waktu ini sangat dipegang erat oleh Rasulullah s.a.w dan Baginda sangat menitikberatkan kepada umat Baginda supaya tidak meninggalkan solat lima waktu kerana ianya adalah tiang agama Islam dan kunci diterima segala amalan di dunia.


#7 – Pembersihan Hati untuk Menghadap Allah S.W.T


Diriwayatkan, sebelum peristiwa Israk Mikraj, Rasulullah s.a.w telah ‘dibedah’ oleh malaikat bagi membersihkan jiwa Baginda dari dari sifat-sifat buruk seperti was-was.


Ini memberi gambaran kepada umat Islam bahawa sebelum menghadap Allah s.w.t dalam menjalankan ibadah, seharusnya membersihkan dulu jiwa dan hati dari segala sifat buruk.


Selain itu, segala amalan ibadat hendaklah disertai dengan niat yang betul dan ikhlas. Allah berfirman bahawa Islam itu bersih. maka bersihkanlah jiwa raga kerana sesungguhnya tidak akan masuk syurga kecuali orang-orang yang bersih.


Sungguh banyak hikmah yang dapat diambil oleh umat Islam sebagai iktibar daripada peristiwa ini.


Jadi sebagai umat Islam umumnya, dan pengikut Nabi Muhammad s.a.w khususnya haruslah kita jadikan peristiwa ini sebagai pangajaran utama dalam mengejar ibadah terutamanya dalam mendirikan solat lima waktu.


Semoga bermanfaat bagi yang ambil pencerahan.


Perkongsian dari "Di Hati hanya Allah"

Whataapps Group Sharing.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...