G-K566N94YEK SIHIR DAN RUQYAH

SIHIR DAN RUQYAH


Pengertian Ruqyah:

Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.

 Jenis-jenis Sihir:

1.Sihir Pemisah

Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi.

Jenis-jenis Sihir Pemisah:

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.

- Memutuskan hubungan antara seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau seumpamnya.

- Memisahkan hubungan antara seorang suami dengan isterinya. Inilah jenis yang palng bahaya dan paling banyak berlaku di dalam masyarakat.

Tanda-tanda Sihir Pemisahan:

- Perubahan tiba-tiba dari cinta menjadi benci.

- Berlaku keraguan antara suami-isteri.

- Enggan meminta maaf.

- Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebabnya amat kecil.

- Pandangan yang buruk seorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya. sehingga seseorang suami melihat isterinya sangat hodoh, walalupun di mata orang lain isterinya itu sangat cantik. Berlaku juga isteri melihat suaminya dalam keadaan wajah yang menakutkan.

- Orang yang kena sihir pemisah akan merasa benci setiap perbuatan yang dilakkan oleh isterinya atau suaminya.


- Orang kena sihir pemisah ini benci kepada suaminya ada di rumah, misalnya isteri melihat suami di luar rumah seperti biasa, tetapi ketika masuk rumah, dia merasa amat benci.

Al-Hafiz Ibnu Kathir menjelaskan: Sebab perceraian antara suami isteri akibat sihir ialah bayangan suami atau isteri terhadap pasangannya dalam rupa atau perilaku yang buruk atau sebab-sebab lainnya yang boleh menimbulkan perceraian.

2.Guna-guna (Sihir Percintaan)

Tanda-tanda sihir percintaan (guna-guna):

- Gelora cinta yang membuak-buak/keterlaluan.

- Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seks.

- Sukar mengawal cintanya.

- Rindu bayang yang berlebihan.

- Patuh secara membuta-tuli.

Sebab-sebab berlakunya sihir percintaan (guna-guna):

- Timbulnya berbagai-bagai masalah sehingga menimbulkan perselisihan suami-isteri.

- Perasaan cemburu seorang wanita. Mereka selalu cemas suaminya akan lagi.

3.Memperdaya Pandangan (Hipnotis) Tanda-tanda hipnotis:

- Orang melihat benda yang diam seolah-olah bergerak dan sebaliknya.

- Melihat yang kecil menjadi besar dan sebaliknya.

- Melihat sesuatu tidak sebagaimana yang sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat menjadi ular yang bergerak dan merayap ke arah Nabi Musa a.s.

Melawan sihir hipnotis:

- Azan

- Membaca ayat al-Kursi

- Zikir-zikir yang disyariatkan tentang mengusir syaitan.

- Membaca isti'azah dan basmalah.

Baca dalam keadaan berwudhu'. Sekiranya setelah dilakukan seperti yang di atas, sihir tersebut tidak hilang maka bermakna dia tukang silap mata yang bersandar pada kecekapan tangan, bukan tukang sihir.

4.Sihir Membuat Orang Jadi Gila

Tanda-tanda sihir gila:

- Jadi bingung/bodoh dan pelupa.

- Cakap merapu

- Mata layu

- Tidak tenang pada satu-satu tempat. Sentiasa resah dan bergerak ke sana-sini.Tidak boleh diam setempat.

-Tidak mampu meneruskan pekerjaan tertentu.

- Pakaian selekeh. Tidak pedulikan penampilan diri.

- Berjalan tidak tentu arah. tiada tujuan matlamat. Kadang-kadang suka tidur di tempat sunyi.

5. Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya

Tanda-tandanya:

- Suka berseorangan.

- Menutup diri sepenuhnya.

- Diam berterusan.

- Tidak suka bertemu orang.

- Fikiran melayang.

- Selalu pening.

- Lesu dan tidak bermaya

6. Sihir Mendengar Panggilan

Tanda-tandanya:

- Selalu mengalami mimpi ngeri.

- Bermimpi mendengar suara-suara yang bercakap kepadanya dalam keadaan jaga tetapi tidak melihat orannya.

- Selalu was-was.

- Selalu meragukan teman dan orang-orang yang dicintainya.

- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat tinggi.

- Mimpi melihat haiwan mengejarnya.

7. Sihir Membuat Penyakit

Tanda-tandanya:

- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

- Saraf tersumbat.

- Lumpuh salah satu anggota tubuh

- Lumpuh menyeluruh.

- Tidak berfungsi salah satu pancaindera.

Perhatian: Sebahagian tanda ini sama dengan tanda-tanda penyakit medik tetapi ianya dapat dibezakan dengan membacakan ruqyah kepada pesakit. Pesakit ini selalunya disahkan tiada penyakit oleh doktor perubatan walaupun beliau mengadu sakit. Pesakit akan merasa pening,
gementar atau berlaku perubahan pada tubuhnya waktu dibacakan ruqyah, maka penyakit itu adalah akibat dari gangguan atau sihir.

8. Sihir Pendarahan

Sihir ini berlaku kepada wanita. Seorang tukang sihir menghantar jin kepada wanita yang hendak disihirnya. Jin itu diberi tugas untuk mengeluarkan darah dengan cara masuk ke dalam tubuh wanita tersebut dan berjalan di urat-uratnya bersama darah.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:"Syaitan berjalan di dalam tubuh manusia pada peredaran darah".

Sekiranya jin ini telah sampai ke otot yang ada di rahim wanita maka dia mengoyaknya sehingga otot tersebut mengalirkan darah.

9. Sihir Menahan Pernikahan

Tukang sihir mengerjakan sihir dengan menugaskan satu atau beberapa jin supaya mendekati gadis yang menjadi sasarannya hingga dapat masuk kepadanya. Jin ini berhasil memasuki tubuh gadis tersebut dalam salah satu keadaan berikut:

- Takut yang bersangatan

- Marah yang tidak terkawal

- Lalai berlebihan

- Di puncak gelora nafsu syahwat

Jin tersebut akan melakukan satu antara dua:

Masuk ke dalam wanita tersebut lalu menyebabkan dia merasa benci kepada setiap calon suami yang mengemukakan lamaran kepadanya.

Atau jin tersebut tidak boleh masuk lalu menyihir 'menipu penglihatan' dari luar lalu dibayangkan oleh kaum lelaki bahawa wanita tersebut berwajah buruk kemudian membisikkan perkara ini kepadanya, dan hal yang sama juga dilakukannya kepada wanita tersebut.

Kemudian setiap lelaki yang telah mengemukakan lamarannya kepada wanita tersebut tidak mahu menerimanya sekalipun pada awalnya telah bersetuju, setelah beberapa hari lelaki tersebut mengembalikan lamaran, akibat bisikan syaitan kepadanya.

Tanda-tanda sihir menahan pernikahan:

- Pening kepala yang berterusan, tidak berhenti sekalipun diberi ubat doktor.

- Sesak di dada terutama setelah asar hingga tengah malam.

- Melihat pelamar bermuka hodoh.

- Banyak berfikir (fikiran melayang).

- Selalu gelisah waktu tidur.

- Selalu rasa sakit di perut.

- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.


Fakta Penting Tentang Sihir:

Kemungkinan ada kesamaan antara tanda-tanda sihir dan tanda-tanda kerasukan/kesurupan.

- Rasa sakit terus menerus di perut orang yang disihir petanda sihir tersebut berupa makanan atau minuman.

- Tidak akan dapat melakukan rawatan secara Islam melainkan2 syarat:

i. Istiqamah orang yang merawat melaksanakan perintah Allah.
ii. Keyakinan pesakit akan kemujaraban rawatan al-Quran.

Hampir semua jenis sihir memiliki tanda ini: "Merasa sesak di dada terutama pada waktu malam."

Anda dapat mengetahui tempat sihir dengan 2 perkara:

Pemberitahuan jin yang diberi tugas melakukan sihir itu, tetapi jangan terus percaya sebelum anda mencari sihir di tempat yang disebutkan. Sekiranya anda jumpa bermakna dia jujur tetapi jika tidak maka ketahuilah bahawa jin suka berbohong.

Pesakit atau perawat solat 2 rakat dengan sungguh-sungguh, ikhlas, tenang dan khuyuk pada sepertiga malam lalu berdoa kepada Allah supaya Allah berkenan menunjukkan tempat sihir. Setelah itu mungkin dapat mimpi melihatnya atau datang perasaan tertentu kepada perawat atau pesakit. Mungkin juga akan rasa keyakinan yang kuat tentang tempat sihir tersebut.

Anda boleh membaca ruqyah di minyak habbatus sauda' dan gosokkan minyak tersebut setiap hari pagi  dan petang di tempat yang sakit.

Angkara Sihir Ikatan

Suami yang tidak boleh menggauli isterinya disebut 'terikat'. Suami yang terikat, walaupun dari segi fizikalnya normal dan tidak sakit tetapi tidak mampu menggauli isterinya.

Sekiranya kita ingin mengetahui bagaimana berlaku ' ikatan' tersebut maka kita mesti mengetahui terlebih dahulu bagaimana proses menegangnya zakar kaum lelaki.

Proses Rangsangan Seksual Kaum Lelaki:

Sebagaimana sudah sama-sama kita maklumi bahawa alat kelamin kaum lelaki merupakan daging yang elastik, bila darah memancar kepadanya maka akan berlaku penegangan dan andainya darah kembali seperti biasa maka ia pun mengecil dan lemah.

Proses penegangan melalui 3 peringkat:

Pertama: Ketika berlaku rangsangan seksual kepada kaum lelaki maka biji 'testis' kantong benih akan mengeluarkan hormon yang dituang di dalam darah sehingga hormon tersebut sampai kekulit kepala dan memenuhi tubuh yang mirip dengan aliran elektrik.


Kedua: Rangsangan seksual sampai ke pusat yang khusus menerimanya di otak.

Ketiga: Kemudian pusat rangsangan seksual di otak tersebut mengirim isyarat-isyarat cepat ke pusat otot-otot kelamin di tulang punggung. Ketika itu terbukalah pintu yang tadinya tertutup sehingga darah  mengalir dengan deras di organ-organ seksual mengarah ke kemaluan dan terpancar darah di dalamnya hingga berlakulah penegangan.

Cara berlakunya 'ikatan' Kaum Lelaki:

Mula-mula jin yang berkidmat untuk tukang sihir itu menempati otak, iaitu pusat rangsangan seksual, kemudian mengirim isyarat ke organ-organ seksual itu bekerja secara alami.

Sekiranya orang itu mendekati isterinya dan ingin melakukan hubungan seksual maka syaitan sihir tersebut melumpuhkan pusat rangsangan seksual di otak sehingga terhentilah isyarat-isyarat yang dikirim ke alat-alat yang mengalirkan darah ke kemaluan supaya ia tegang. Ketika itulah darah kembali dengan cepat dari kemaluan sehingga kemaluan menjadi lemah dan mengecil.

Maka, keitka orang berkenaan merayu isterinya, dia masih boleh tegang tetapi tetapi ketika akan menggaulinya menjadi mengecil sehingga tidak boleh melakukan hubungan seksal dengan isterinya, kerana tegang adalah faktor utama untuk menyempurnakan hubungan seksual sebagaiaman dimaklumi.

Sering terjadi orang yang beristeri dua 'terikat' atau tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan salah seorang dari isterinya tersebut kerana syaitan sihir menghalangi pusat rangsangan seksualnya apabila dia mendekati salah seorang dari mereka. Semua itu berlaku disebabkan oleh sihir.

Kaum Wanita Yang Terikat:

Sama seperti kaum lelaki, kaum wanita juga boleh mengalami 'terikat' tersebut. 'Terikat' wanita ini ada beberapa keadaan:

Menghalangi : "Menghalangi" iaitu seorang isteri menghalangi suaminya untuk menggaulinya, dengan cara merapatkan kedua-dua peha sehingga suami tidak boleh menggaulinya. Perkara ini berlaku di luar kehendak isteri, sampai ada salah seorang lelaki yang isterinya disihir jenis ini, ketika dimarahi suaminya maka isterinya menjawab:"Ini di luar kehendakku, bahkan dia mengatakan kepada suaminya: Ikatlah kakiku dengan rantai besi sebelum melakukan hubungan seksual supaya tidak merapat semula."  Setelah si suamii mencubanya ternyata proses hubungan seksual pun tidak berhasil, kemudian si isteri mengisyaratkan supaya memberikan suntikan bius ketika akan melakukan persetubuhan. Kali ini hubungan boleh berlangsung tetapi hanya dari satu pihak.

Melenyapkan kenikmatan: Mula-mula jin yang diberi tugas oleh tukang sihir tinggal di pusat rasa di otak seorang perempuan. Apabila suaminya ingin menggaulinya maka jin itu menghilangkan sensitiviti sehingga perempuan itu merasakan kenikmatan dan tidak bertindakbalas terhadap ransangan suaminya seolah-olah dibius. Walaupun suaminya terus merangsang nafsu isterinya namun kelenjarnya tidak dapat mengeluarkan cairan yang membuatkan vagina perempuan menjadi lembab sehingga tidak boleh berlaku hubungan seksual dengan baik.

Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.

Wujud Sumbatan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya tiba-tiba menghadapi sumbatan yang menghalang dihadapannya berupa daging yang tidak boleh ditembusi zakarnya sehingga persetubuhan tidak berhasil.

Hilang Perawan : Apabila sorang lelaki menikah dengan seorang perawan, maka ketika menggaulinya tiba-tiba didapatinya benar-benar seperti janda tanpa ada keraguan sedikit pun, tetapi apabil. dirawat dan hilang sihir tersebut maka perempuan itu kembali perawan sebagaimana
asalnya.

'TERIKAT', Mati Pucuk Dan Lemah Tenaga Batin

Pertama: "Terikat" - Orang yang terikat merasa mampu sepenuhnya untuk menggauli isterinya, bahkan alat kelaminnya boleh tegang selagi jauh dari isterinya tetapi tiba-tiba jadi lemah bila nak melakukan persetubuhan.

Kedua: Mati Pucuk - Tidak upaya untuk melakukan persetubuhandneganisteri kerana zakar tidak boleh tegang samada dekat mahupun jauh dari isterinya.

Berlaku Pendarahan : Setiap kali suami ingin menyetubuhi isterinya, berlaku pendarahan sehingga si suami tidak boleh melakukan hubungan seksual dengan isterinya.Pendarahan ini berlaku hanya apabilasuami ingin menggauli isterinya.

Ketiga : Seorang suami tidak mampu menggauli isterinya melainkan dalam jarak waktu yang lama, dan hubungan seks yang dilakukan berlangsung sangat singkat dan cepat mengecil dan lemah alat kelaminnya setelah melakukan hubungan seks beberapa ketika.

TENGKU PUTEH TIPPI.

0 Ulasan