G-K566N94YEK SOLAT TERAKHIR

SOLAT TERAKHIR


*SOLAT TERAKHIR*

Gambar yang cukup bermakna dari sahabat sahabat di Indonesia.
Meski tak cukup hebat untuk menceritakan peribadinya.

*Nama beliau Dr Adnan Ibrahim.*
*Berumur 47 tahun.*
*Pakar perubatan* *(Medical)*
*Pengasas sebuah Yayasan Pendidikan Islam di Makassar.*
Beliau akhirnya *meninggal dunia semalam, Jumaat yang penuh keberkahan akibat COVID 19*.
Beliau antara doktor yang sibuk berperang dengan virus tersebut di tempatnya.

*Gambar ini adalah gambar terakhir sebelum beliau diintubasi.*

*Kita maklum kesan paling bahaya COVID 19 adalah pada paru paru.*
*Ketika paru paru dijangkiti, mula mula pesakit akan perlukan oksigen tambahan.*
*Jika kandungan oksigen masih tidak mencukupi, pesakit akan memerlukan mesin bantuan pernafasan (ventilator) bermula dengan ‘non invasive’ seperti dalam gambar ini*. 
*Pada ketika ini pesakit masih sedar*.

Jika keadaan bertambah teruk, pesakit perlu dimasukkan tiub terus ke salur utama pernafasan (intubated).
*Untuk mengelakkan refleks melawan salur tersebut di samping mengatur pernafasan dengan mesin, pesakit akan diberi ubat bius yang akan membuatkan pesakit hilang kesedaran*.

*Dr Adnan cukup tahu hal itu.*
*Lantas beliau meminta izin untuk solat sebelum prosedur tersebut.*
*Dan ternyata itu solat terakhir beliau.*
*Beliau tidak lagi sedar kembali sesudah itu.*
*Jangkitan yang semakin teruk akhirnya menyebabkan beliau meninggal dunia.*

Subhanallah.
Maha Suci Allah.
Dikenali sebagai doktor yang sangat baik kepada semua kalangan; senior atau junior, doktor atau bukan.
*Semoga syahid miliknya*.

Buat para doktor; jagalah solat bahkan ketika anda bertugas. 
*Solatlah samada kita sedang sibuk atau tidak. Sesuaikan dengan ilmu fiqh yang luas*.
*Kita perlukan Allah pada saat kita tidak bekerja;* *bahkan setiap saat.*
*Apalagi di saat2 kritikal...atau ketika kita perlukan petunjukNya* untuk merawat pesakit pesakit kita. 

*Begitu jg utk apa jua bidang pekerjaan sekali pun. Jangan sekali-sekali menjadikan kesibukan atau keadaan yg sukar sbg alasan untuk meringankan solat*. Contohnya; mekanik mungkin perlu mengambil masa yg lama utk membersihkan minyak pelincir di anggota badan; pekerja kebersihan yg bertugas di tandas mungkin perlu menukar pakaian sebelum menunaikan kewajiban. Ingatlah, kesukaran yg dihadapi ini memberi nilai tambah terhadap ganjaran yg akan Allah kurniakan.

*Kematian itu PASTI.*
*Bukan persoalan bila, tapi bagaimana kita ketika melaluinya*. *Semoga kita melaluinya dlm keadaan redha & diredhaiNya.*

Al Fatihah.

Hasbunallahu wanikmal wakeel
Nikmal maulaa wanikman naseer.

۞ لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالمين ۞

۞ اَللهُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ÙˆَعَÙ„َÙ‰ آلِ سَÙŠِّدِÙ†َا Ù…ُØ­َÙ…َّدٍ ۞

0 Ulasan