G-K566N94YEK AKU NAIK SAKSI...

AKU NAIK SAKSI...

Perkara paling penting bila kita di WUJUD kan dalam KEHIDUPAN ini sebagai Muslim ialah: 

BERIMAN (Percaya & Yakin) bahawa ALLAH ITU WUJUD. 

Allah adalah pencipta sekalian Alam dan watak itu kita memanggilnya sebagai TUHAN. 

Dan apabila kita was-was sebagai Muslim bahawa benarkah Allah itu wujud, semua perkara akan jadi KABUR!!

Apatah lagi jika hati dan akal ini dicabar dengan keadaan kehidupan yg mencabar iman. Berhadapan dengan hujahan Non Muslim dan sebagainya.

EMPAT HUJAH LOGIKNYA ADA PADA:

1. ALIM ULAMA. 

Tiada satu makhluk dari pelbagai jenis terutamanya dari golongan Manusia dan Jin dapat menjatuhkan Alim Ulama seterusnya membuktikan bahawa ALLAH dan Islam itu adalah SALAH secara total. 

Yang keliru cuma hanya kekurangan ILMU. 

Lihat sahaja bagaimana Alim Ulama Islam berhujah, sukar untuk penganut kepercayaan yg lain menyanggah. Contohnya seperti Dr. Zakir Naik.

2. ALAM SEMULAJADI.

Signal dan tanda2 kebenaran Allah dan Islam ada di merata2 dalam pelbagai bentuk:

a) Nama Allah dan Muhammad dalam tulisan ARAB pada urat manusia, madu lebah, pokok, daun-daunan, awan dan banyak lagi.

b) Rangka manusia ketika berbaring berbentuk nama "Muhammad" dalam tulisan Arab. 

c) Bentuk bersifat SUJUD yg ada pada pokok dan bentuk setiap OTAK manusia.

d) Angka 18 + 81 = 99 dlm tulisan Arab ada pada tapak tangan manusia merujuk kepada Asmaul Husna. Adakah ini kebetulan??

3. KITAB AL-QURAN.

Medium Rasmi Islam iaitu Kitab Al-Quran telah mencabar seluruh umat manusia untuk menulis sebuah naskhah yang setanding atau melebihi kredibiliti kitab Al Quran itu sendiri.

 Dan keberanian cabaran itu adalah bukti kebenaran bahawa Islam itu sangat sangat benar. Insyaallah sehingga kiamat tiada siapa dapat menandingi Al-Quran. 

Malah aku yakin Raja Sihir Dajjal Al Masih pun tidak akan mampu mencipta kitab sebaik Al Quran walaupun kuasa sihirnya mampu menghidupkan yg mati dan membina syurga neraka ciptaan Dajjal. 

Dan pengikut² Dajjal adalah sangat bodoh mempercayai Dajjal sebagai Tuhan sedang mahu menulis sebuah kitab pun Dajjal tidak akan berjaya!!

4. NABI MUHAMMAD SAW.

Ikon Islam ini mempunyai profail yg sangat amat hebat sebagai manusia antaranya ialah:

  1. - Insan yg dipercayai baik dan amanah oleh Muslim dan Non Muslim.
  2. - Peniaga yg Hebat lagi Amanah.
  3. - Ketua Agama Islam.
  4. - Ketua Bangsa Arab.
  5. - Ketua Umat Islam seluruhnya.
  6. - Ketua Negara.
  7. - Ketua Perang.
  8. - Pahlawan Perang.
  9. - Pemikir dan Bijak Pandai.
  10. - Hakim yg bijaksana.
  11. - Penguatkuasa Undang2 dan Agama.
  12. - Saintis kehidupan.

Cukup hanya 4 perkara LOGIK ini sahaja kita simpan dalam HATI dan AKAL kita bahawasanya:

Aku naik saksi bahawa TIADA TUHAN SELAIN ALLAH & Aku naik saksi bahawa NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH!!





#buktiIslambenar #Islamitubenar #kebenaranhanyapadaIslam

0 Ulasan