G-K566N94YEK POLITIK ANCAM RAKYAT

POLITIK ANCAM RAKYAT

POLITIK Ancam RAKYAT.

Situasi terkini mencermin bahawa bagaimana sesuatu perkara yang dianggap paling penting dalam sesebuah ketamadunan manusia iaitu POLITIK telah atau sedang mengancam nyawa RAKYAT nya hanya kerana Malaysia mempunyai "Ahli Politik" yang tidak berkaliber dan tamak kuasa.

Situasi Politik terkini adalah:

1)PRK Batu Sapi wajib di adakan dlm tempoh 60 hari dari kekosongan..Tapi rakyat minta PRK di tangguhkan dan pegawai takut utk ke zon merah.

2)Tempoh DUN Sarawak tamat beberapa bulan lagi dan PRN wajib di adakan.Namun semua orang takut apa yg berlaku di PRN Sabah bakal menimpa PRN Sarawak. Mereka minta PRN di tangguh dulu.

3)Pelbagai pihak yang TAMAK KUASA mengugut mahu menjatuhkan Perdana Menteri melalui sidang parlimen bulan depan. Jika itu berlaku maka PM boleh bubarkan parlimen dan PRU 15 perlu di adakan.Tetapi rakyat tidak mahu pilihanraya di adakan kerana takut merebaknya COVID-19…

Sedarkah bahawa:

- Kini beribu rakyat berada di hospital. 
- Beribu frontliners dan anggota keselamatan terpaksa menjalani kuarantin.
- Berbillion dana negara terpaksa di belanjakan. Itu dlm keadaan Malaysia di iktiraf dunia sebagai negara paling berjaya mengekang penularan wabak ini..

Bagaimana agaknya akan/bakal terjadi kepada Malaysia jikalau dlm tempuh dua tiga bulan ini kita mengharungi perebutan kuasa politik KONONNYA demi DEMOKRASI di saat rakyat sedang bertarung nyawa dgn ancaman COVID-19??

Abah Muhyiddin Yassin pasti akan melakukan sesuatu yang bijak kerana PM kita ini seorang pemimpin yang bukan suka bermain politik.

Dengan bantuan kebijaksanaan YAM YDP Agong dan Raja-Raja Melayu pasti gabungan ini menghasilkan etika pemerintahan yang berintergriti. Insyaallah.

Admin sangat menyokong jika DARURAT KESIHATAN dilaksanakan agar semua aktiviti politik terhenti sepenuhnya buat sementara waktu.

Dan mohon Abah cepatkan semua proses mahkamah yang melibat semua politikus-politikus yang korup tersebut agar masuk ke dalam duduk diam-diam.
Buat kerana Allah...!!

#PoliticalLockdown
#DaruratKesihatan

0 Ulasan