G-K566N94YEK BERSEDIAKAH KITA HADAPI DARURAT??

BERSEDIAKAH KITA HADAPI DARURAT??

BERSEDIAKAH KITA HADAPI DARURAT??

Admin Sokong RM10K KWSP dikeluar dengan syarat semua pengeluar caruman menggunakan wang itu untuk bersiap sedia menghadapi saat-saat getir yang bakal mendatang. 

Kita wajib untuk bersedia jika ditakdirkan keadaan semakin buruk sehingga rantaian bekalan makanan dan minuman putus.

1. Berkecimpung dalam industri makanan. Beli motor untuk food delivery services. Buka kedai online sendiri untuk menjual makanan atau bina warung/kedai sendiri berhampiran rumah.

2. Mula bercucuk tanam makanan sendiri seperti kangkung, ubi kayu, sawi dan banyak lagi. Jika kawasan perumahan atau flat, boleh buat kebun komuniti. 

Selagi ada tanah kosong gunakan sepenuhnya. Makan sayur je pun kita boleh hidup. Tak perlu daging atau ikan. Sayur pun sudah cukup!

3. Belajar dan mempersiapkan diri dengan peralatan dapur masak menggunakan kayu. Belajar buat api guna cara kuno. Back to very² basic!

4. Mula membina perigi peribadi atau perigi komuniti bagi menampung bekalan air jika darurat.

Kita tidak tahu masa depan kita.

Yang pasti Malaysia mempunyai hutan tua yang segar, tanah yang subur, cuaca yang baik dan laut yang kaya dengan pelbagai hasil bumi semulajadi.

Kalau kita tak bersedia dari sekarang.. bila lagi?!

#Darurat #Malaysia #Pandemik #Covid19

0 Ulasan