Kita dilahirkan atas nama cinta oleh kedua² belah pihak ibu dan bapa kita dengan pelbagai tujuan yg bukan kita tentukan...
Namun apabila kita semakin besar dan dewasa.. secara fitrah akan timbul satu kehendak dan matlamat yg wujud dalam hati kita untuk menjadi seseorang yg berjaya terutamanya dalam kerjaya dan sebagainya..
Tapi sedar atau tidak... sebenar²nya cita-cita kita adalah SAMA??
Matlamat dan kehendak kita adalah SATU atas rekabentuk kehendak Sang Pencipta kita...
Satu jalan... Satu Visi.. Satu Tujuan.. iaitu Meninggal Dunia dengan kejayaan yang mengikut kehendak Agama..
Jadi, artikel pendek ini adalah bertujuan untuk menukar minda anda semua untuk mengubah kembali cita-cita kita.
Kalau ada yg bercita² menjadi Doktor... cuma tambah Doktor yg Beriman dan Bertakwa..
Begitu juga yg lain seperti Polis dan Bomba... Ahli Saintis atau Ahli Perniagaan...
Sila tambah cita-cita anda untuk menjadi seorang yg beriman dan bertakwa krn itulah satu²nya cita² kita yang sebenarnya.
Betul ke tak??
Yang tiada cita-cita... yg hidup melarat & geledangan.. hidup susah... insan yg sakit kronik dan insan² yg telah berputus asa dgn kehidupan... jangan risau kerana inilah juga cita-cita mereka juga sebenarnya...
Semoga Allah memakbulkan cita-cita kita ini pada setiap insan yg beriman.. saya mengharapkan setiap insan yg yakin Allah itu Tuhan yg Esa akan diberi pertolongan ketika ajalnya tiba...
Tiada siapa pun akan kekal...!!
#mati #Islam #Allah
0 Ulasan