G-K566N94YEK LAGU YANG ENAK - KEBANYAKKAN MENDATANGKAN BAHAYA

LAGU YANG ENAK - KEBANYAKKAN MENDATANGKAN BAHAYA


WHO AM I

THE SIL adalah sebuah band ROCK ALTERNATIF Indonesia yang berasal dari Jakarta yang dianggotai oleh ELL ROCK  sebagai pemain gitar utama dan Sablem sebagai pemain gitar bass. Kedua-dua mereka juga adalah vokalis utama The SIL.

Idea terbentuknya THE SIL adalah kerana mereka tidak ingin dikenali hanya sebagai seorang pemuzik solo lantas bercita-cita ingin membina nama sebagai sebuah band muzik bagi memperjuangkan idea-idea kreatif muzik mereka kepada para peminat muzik di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia khususnya.

Dengan terkumpulnya lagu-lagu ciptaan ELL ROCK & SABLEM sepanjang perjalanan karyanya, maka THE SIL telah dikolaborasikan pada tahun 2018.

Nama THE SIL sendiri telah dipilih oleh ELL ROCK  sebagai nama rasmi band ini.

THE SIL yang pada awalnya merupakan sebuah one-man project sehinggalah pada akhirnya bergabung dengan anggota baru yang terdiri daripada ELL ROCK (Guitar, Vocal), Sablem (Bass, Vocal) dan Shella (Drum) secara rasmi pada tarikh 08.08.2018.

Seterusnya pada bulan Ogos 2018 juga, THE SIL telah melancarkan sebuah album perdananya yang telah diedarkan secara Independent dan dipublishkan oleh MUSICBLAST.ID dengan hits single mereka iaitu “Aku Bosan” (2018)  &  “Terimalah Cintaku” (2018).

Lagu “Aku Bosan” dipilih menjadi single karena mewakili karakter musik THE SIL yang ugal - ugalan dan tanpa basa-basi. Selang dua tahun kemudian sejak terlancarnya album pertama, kini THE SIL telah berubah formasi anggota band mereka iaitu ELL ROCK, SABLEM dan anggota baru RIO sebagai pemain drum yang baru menggantikan Shella yang terpaksa menarik diri atas kehendak kerjaya yang lain.

THE SIL sudah menghasilkan beberapa single-single baru pada tahun 2019 dan 2020 secara dalam talian dan kini pada tahun 2021 hadir kembali dengan Single terbaru iaitu “YANG ENAK” Feat. Erika (Vocalis Jemputan).

Kini band THE SIL lebih gemar memiliki Konsep berkolaborasi dengan Vokalis Jemputan namun tetap mengekalkan anggota band tetap yang ada.

Projek “YANG ENAK” adalah sebuah projek khas Ell Rock (THE SIL) dengan kerjasama terbitan pengkarya muzik dari Malaysia iaitu RAJA FAIZAL dengan tujuan memperkaya variasi muzik dari THE SIL tanpa merubah identiti band tersebut.

Single “Yang Enak”  ini turut dicipta sepenuhnya oleh RAJA FAIZAL & ELL ROCK dan edaran serta promosinya oleh Luncai Emas Sdn Bhd.

Dapatkan Single “Yang Enak” ini dan nikmatinya di pelbagai portal digital antaranya di Youtube, iTunes, Spotify, Deezer, Joox, dan layaran portal musik streaming yang lain.

 

THE SIL. TERIMA KASIH. SEPTEMBER 2021

#YANGENAK #MALAYSIA #INDONESIA #LAGUBARU


0 Ulasan