G-K566N94YEK AIR FORCE THE MOVIE - SELAGI BERNYAWA

AIR FORCE THE MOVIE - SELAGI BERNYAWA

 

Filem malaysia


22 Ogos 2022 - Tayangan Perdana di GSC Mid Valley tajaan Cuckoo...

Alhamdulillah, aku dapat 2 tiket untuk menonton Air Force The Movie lakonan Dato Adi Putra..

Aku ambil peluang menontonnya bersama isteri aku walaupun Mid Valley ni agak jauh dari rumah kami di Puchong..



Aku keluar rumah pun agak lambat.. maklumlah isteri aku nak make up pun berjanggut aku tunggu.. biasa lah.. orang pompuann.. 😆

Kami naik LRT je di Stesen Depoh Putra Height memandangkan kalau naik kereta pada waktu orang balik kerja ibarat neraka di jalanan.. hahaha..

Nak naik motor pulak... hujan turun tak henti² pulak.. serba salah aku...


Filem Malaysia


So aku decide naik LRT sampai Stesen Universiti dan naik teksi je ke Mid Valley..

Tapi bila sampai ke Stesen LRT Universiti.. satu teksi pun tak ada.. mak aiiii.. mana korang ni...

Terpaksa la aku book grab.. maklumlah grab sekarang mahal... 

Dekat je pun, dia orang charge kami RM15.. mahu tak mahu terpaksa la ambik..

Fuhhh.. sampai² je dah dengar riuh rendah orang menjerit dan bersiul.. kerana sessi bergambar dengan para pelakon dengan penonton yang hadir... (tengok video kami)

Aku lambat sikit.. so kami tengok je la...

Terlalu ramai peminat filem tahahair yang sungguh teruja untuk menonton pada malam itu... Semua pelakon pun ada bersama dengan kami untuk meraikan promosi perdana tersebut..

Paling segak aku tengok ialah Si Aiman Hakim Ridza... Dato Adi Putra pun segak juga...

Yang lain pun cun jugak.. tak boleh dinafikan...


Air force the movie

Filem bermula jam 9.00 malam dan berakhir jam 10.44 malam... Hampir 2 jam filem tersebut...

Namum rasa macam sekejap jer.. mungkin kerana kami "ghalit" atau leka menonton filem ini yang banyak babak yang suspen² dan mengejutkan.. 

Tak salah aku nak ucapkan... TAHNIAH pasal babak suspen² dan meletop² menjadi bagi aku..

Namun usaha produksi, para pelakon dan pengarah untuk membuat kami nangis mungkin sedikit gagal.. aku tengok penonton yang lain pun sama..

Sedihh memang sedih... Tapi air mata tak mengalir.. tapiiiii its a good try bro...

Filem malaysia

Apa yang turut mengejutkan aku dan isteri serta orang ramai ialah filem ini agak bagus dari sudut kerja² kamera dalam manzahirkan lakonan Aiman sebagai pilot pejuang negara memandu Sukhoi dalam setiap babak di ruang angkasa...

Dah seperti filem Hollywood Top Gun lakonan Tom Cruise pula aku rasa... 

Tahniah korang... Cun dan boleh tahan..

Air force the movie

Namun adalah sedikit sebanyak kelemahan terutamanya dalam setiap babak yang melibatkan tembak menembak... Pening aku kerana kamera suka sangat guna teknik rakaman bergoyang dan bergoncang².. dah seperti Filem Mat Kilau pulak...

Aku tengok team krew dan pengurusan langsung tak sama dengan produksi Mat Kilau.. mungkin teknik goyang kamera tu adalah adat cameraman kat Malaysia kot.. entah lah.. pening aku.. 😁😁

Namun tahniah... Aku bagi 4 bintang filem ini.. kerana bagi aku filem ni lebih sukar pembikinannya berbanding filem biasa lain terutamanya apabila melibatkan aksi di ruang angkasa dan adegan letupan dan perang..

Terbaiklah Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Golden Screen Cinema, Astro, FXHammer Film, Six Fun Media sebagai penerbit bersama. 

Begitu juga Pengarah JRevolusi, Zulkarnain Azhar dan Frank See.. dan semua team produksi.. good job...

Semua lakonan hebat para pelakon seperti Dato Adi Putra, Aiman Hakim, Pablo Amirul, Johan Ashaari, Nash-T... dan semua pelakon pembantu yang hebat² juga..

Tahniah broooo....
Semangat Selagi Beryawa...


#airforcethemovie #selagibernyawa 
#aimanhakim #datoadiputra




 

0 Ulasan