Tak sangka dalam diam² dia sudah menjadi pesilat. Bukan tu ajer.. dia mengetuai persembahan bagi sekolah dia lagi.. wahh.. menarik tu...
Selain dia.. abg dia Raja Fhirdaus dan akak dia Raja Nur Furqaan pun pernah belajar silat tapi dengan persilatan yang berlainan..
Raja Fhirdaus - Silat Gayung Malaysia |
Aku syukur kerana anak² aku menyukai seni warisan bangsa seperti mana ayah mereka juga...
Raja Nur Furqaan - Silat Gayung Fatani |
Silat bagi aku merupakan wadah terbaik untuk seseorang terutamanya seorang Melayu untuk mendekati jatidiri bangsa seterusnya mendalami apa itu Melayu Islam.
Silat juga merupakan disiplin terbaik untuk kita belajar menguasai tubuh jasad kita demi kelangsungan hidup yang penuh cabaran.
Silat juga adalah sebuah rutin senaman yang sangat amat menyihatkan selagi tidak mendatangkan kecederaan.
Ia membentuk keberanian, mengasah fokus dan disiplin seseorang menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.
Aduhaii.. sukanya aku melihat anak² aku ni... Semoga ia membawa kebaikan yang sejahtera kepada mereka.. Aamiin..
Raja Nur Farhain - dalam proses utk belajar silat. |
Raja Nur Fatihah - belum berminat lagi. |
#silat #warisanbangsa #melayu
#
0 Ulasan