G-K566N94YEK TRIVIA NASIB SI LABU LABI

TRIVIA NASIB SI LABU LABI

 

Labu Labi
P.RAMLE, CIKGU MURNI & HAJI BAKHIL

Trivia Filem: NASIB SI-LABU LABI (1963)


1. Filem NASIB SI-LABU LABI arahan P. Ramlee telah membuat penggambaran terus selepas mendapati filem LABU DAN LABI telah mencapai kutipan box office di seluruh negara. Ini jarang sekali berlaku kepada sesebuah filem arahan P. Ramlee kerana pada kebiasaannya, P.Ramlee akan mengambil masa berbulan-bulan memikirkan idea untuk filem seterusnya. Filem LABU DAN LABI masuk pawagam pada Ogos 1962, manakala NASIB SI-LABU LABI pada April 1963. 


2. Untuk mengemaskini idea filem ini, 

P. Ramlee telah menghabiskan masa berendam berjam-jam di bilik air setiap hari sehingga ilham yang diingini tercapai. 


3. Bagi babak perlawanan boxing antara Labu dan Labi, kononnya ia mengambil masa selama 127 pusingan, ia mampu memecah rekod dunia dalam arena boxing!!


4. Ketika shooting filem ini, MARIANI telah menjadi heroine pertama P Ramlee selepas Ramlee berkahwin dengan Saloma, dengan secara tidak langsung, MARIANI menjadi kakak ipar P Ramlee.


5. SALOMA menjadi penyanyi pertama di dunia perfileman apabila suaranya digunakan untuk 3 orang pelakon yang berlainan dalam satu filem!  

Pertama: Mariani (Sayu Pilu Kalbu Merana), Kedua: M Zain (Aci Aci Buka Pintu) 

Ketiga: Saloma ( Tari Silat Melayu).


6. Tarian yang mengiringi lagu Tari Silat Melayu nyanyian SALOMA adalah rekaancipta Seniwati HABSAH BUANG (Cikgu besar dalam filem ini)


7. Filem ini merupakan filem pertama MURNI SERAWAK memegang watak utama dalam sesebuah filem. Tetapi awal sebelum ini, MURNI pernah muncul dalam filem NORLELA sebagai watak utama. Malangnya, filem NORLELA menghadapi krisis di antara tukang bina set dan majikan ketika semasa penggambaran, maka filem itu tertunda setengah jalan. 


8. Karekter asal watak Labu dan Labi adalah ciptaan S.KADARISMAN .


9. Selepas filem ini, Seniman UDO OMAR lebih dikenali dengan nama HAJI BAKHIL.


NUKILAN FB FAMILI ARTIS LAMA.

0 Ulasan