Wahai diri yang sekian lama terpinggir..
Tenanglah dan senangkan saja jiwamu..
Engkau itu penanggung rahsia..
Rahsia perbendaharaan Aku..
Perbendaharaan yang kaya..
Dalam alam yang miskin..
Andai Aku pilih Engkau..
Maka fakirlah engkau..
Andai Engkau pilih Aku..
Maka sunyilah engkau..
Kerana..,
Ini pahlawan tak didendang
Air mata itu adalah makananku..
Kehilangan itu adalah mainanku..
Rindu itu adalah sang kekasihku..
Gembira itu adalah pelabuhanku..
Duka cita seluruh penghuninya..
Bila kapal kehidupan ini berlabuh..
Segalanya tinggal..
Tinggal terpinggir..
Samada engkau itu dipinggirkan..
Atau engkau yang meminggirkan..
Ternyata segalanya terpinggir..
Tinggallah aku terpinggir..
Kerana inilah adatnya..
Inilah pahlawan tak didendang
Di sini bukanlah tempatnya..
untuk engkau jadi terkenal..
Kerana engkau bukan ada di sini..
Engkau juga bukan ada di sana..
Tempat engkau adalah bersamaKu..
Di tempat yang tiada bertempat..
Nantinya..,
Engkau terkenal..
Namun engkau tidak dikenali..
Terkenal yang tidak dikenali..
Hidup engkau selalu terpinggir..
Mati engkau juga akan dipinggir..
Inilah pahlawan tak didendang
Andai engkau khuatir terpinggir..
Andai engkau khuatir dipinggirkan..
Andai engkau khuatir meminggirkan..
Maka pergilah.,
Tinggalkan saja diriku..,
Janganlah engkau belajar ilmu ini...
Kerana..,
PAHLAWAN TAK DIDENDANG
TOK CINDAI
0 Ulasan