Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

MENGHIDUPKAN MASJID SETIAP HARI SEPERTI JUMAAT

 


MENJADIKAN MASJID SEBAGAI PUSAT KOMUNITI: MENGHIDUPKAN MASJID SETIAP HARI SEPERTI JUMAAT

Selama ini, kita sering melihat masjid hanya meriah pada hari Jumaat atau ketika bulan Ramadan. 

Namun, bagaimana jika kita dapat menghidupkan masjid setiap hari, menjadikannya sebagai pusat komuniti yang aktif dan bermanfaat untuk semua?

Masalah utama yang sering berlaku adalah masjid mempunyai dana tabung yang besar—ada yang mencecah ratusan ribu ringgit—tetapi tidak digunakan secara strategik. 

Akhirnya, perbelanjaan hanya tertumpu kepada hiasan, kipas besar, atau program yang kurang mendapat sambutan. 

Sementara itu, keperluan asas masyarakat sekitar masjid seperti makanan halal, keperluan harian, dan aktiviti yang benar-benar menarik perhatian masih diabaikan.




SOLUSI: JADIKAN MASJID SEBAGAI HAB KEHIDUPAN HARIAN

Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk menjadikan masjid lebih hidup dan memberi manfaat kepada jemaah:

1. Gunakan Dana untuk Fasiliti Bermanfaat

  • Sediakan makanan murah atau percuma (untuk asnaf|musafir) sebagai satu bentuk inisiatif wakaf makanan. Contohnya, masjid boleh menyediakan hidangan berharga RM5 yang pasti halal, bersih, dan berkhasiat. Siapa tak nak? Lepas solat je, jom lepak makan!

  • Masjid boleh menubuhkan mini market halal yang menjual barangan keperluan harian dengan harga berpatutan. Tak perlu pergi tempat lain. Kerjasama boleh dilakukan dengan pembekal besar seperti Mydin untuk memastikan harga lebih murah. Mydin untung, masjid meriah,  keperluan jemaah tersedia ada. Kan best..!

2. Aktiviti Harian yang Relevan dan Santai

  • Selepas solat fardu, adakan sesi santai seperti diskusi pendek tentang kehidupan, isu semasa, atau sesi tazkirah ringan. Atau berkongsi mengenai isu-isu semasa yang sedang panas terkini..

  • Ini paling besat! Adakan kelas kemahiran seperti memasak, pertukangan, perniagaan, atau teknologi digital yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat sekitar. Bayangkan lepas solat, para jemaah lelaki belajar tumis sambal dan sebagainya. Kan lebih harmoni kariah sekitar masjid..!

  • Buat ruang kerja mesra pekerja—ruang terbuka dengan WiFi percuma untuk mereka yang bekerja dari masjid.

3. Program Keahlian dan Ganjaran

  • Masjid boleh memperkenalkan sistem keahlian untuk mereka yang aktif menyokong masjid. Contohnya, jemaah yang sering hadir boleh mendapat diskaun makanan atau keistimewaan membeli barang di mini market masjid. Boleh dinamakan sebagai Kad Gang Masjid!

  • Setiap jemaah yang membantu menyumbang dalam aktiviti masjid boleh diberikan baucar makanan atau barangan sebagai penghargaan.

4. Masjid Mesra Semua Golongan

  • Pastikan masjid menjadi tempat yang mesra untuk anak muda, pekerja, peniaga kecil, musafir, dan asnaf. Mereka perlu melihat masjid bukan hanya sebagai tempat solat, tetapi sebagai pusat kehidupan yang membantu mereka. 

  • Jadikan masjid contoh terbaik kepada bukan muslim sebagai salah satu dakwah demi mendekati mereka akan kebaikan Islam..

  • Sediakan ruang rehat dan diskusi yang selesa agar jemaah boleh duduk berbual atau berehat selepas solat.

KESIMPULAN

Jika masjid dapat berfungsi sebagai pusat komuniti, lebih ramai orang akan datang bukan sekadar untuk solat, tetapi juga untuk makan, belajar, berinteraksi, dan mendapatkan keperluan harian. 

Ini bukan sahaja mengimarahkan masjid, tetapi juga membantu masyarakat untuk lebih dekat dengan Islam dalam kehidupan seharian.

Tidak perlu tunggu Ramadan atau hari Jumaat untuk melihat masjid penuh. Dengan sedikit perubahan dalam cara pengurusan dan penggunaan dana, masjid boleh menjadi tempat paling 'best' untuk semua orang setiap hari.

Jadi, adakah kita bersedia untuk melihat perubahan ini? Jom sebarkan idea ini ke seluruh masjid di Malaysia!

#MemeriahkanMasjid
#DialogImpianMuslimin
#MasjidPusatKomuniti

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...