Langkau ke kandungan utama

Catatan

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

PAHLAWAN TAK DIDENDANG | TOK CINDAI

  Wahai diri yang sekian lama terpinggir.. Tenanglah dan senangkan saja jiwamu.. Engkau itu penanggung rahsia.. Rahsia perbendaharaan Aku.. Perbendaharaan yang kaya..  Dalam alam yang miskin.. Andai Aku pilih Engkau.. Maka fakirlah engkau.. Andai Engkau pilih Aku.. Maka sunyilah engkau.. Kerana.., Ini pahlawan tak didendang Air mata itu adalah makananku.. Kehilangan itu adalah mainanku.. Rindu itu adalah sang kekasihku.. Gembira itu adalah pelabuhanku.. Duka cita seluruh penghuninya.. Bila kapal kehidupan ini berlabuh.. Segalanya tinggal.. Tinggal terpinggir.. Samada engkau itu dipinggirkan.. Atau engkau yang meminggirkan.. Ternyata segalanya terpinggir.. Tinggallah aku terpinggir.. Kerana inilah adatnya.. Inilah pahlawan tak didendang Di sini bukanlah tempatnya..   untuk engkau jadi terkenal.. Kerana engkau bukan ada di sini.. Engkau juga bukan ada di sana..  Tempat engkau adalah bersamaKu..   Di tempat yang tiada bertempat..  Nantinya.., Engkau ...

MISTERI SUZANNA RATU SUNDAL BOLONG

JAKARTA – Kalian pernah tak tengok filem seram dari Indonesia yang bertajuk Sundel Bulong? Meremangkan bila tengok movie tu tau. Sangat popular pada zaman 80an dan 90an. Kalau kalian nak tau pelakon utama filem tu pun bergelumang dengan misteri tau. Dari cara dia mati sampailah pada penampakan dia selepas kematiannya. Siapa yang tidak kenal Aktress Suzanna. Artis yang dikenali sebagai ratu seram Indonesia ini sentiasa tampil penuh misteri dan merinding dalam pelbagai filemnya. Bukan sahaja unsur misteri dalam kebanyakan filem mendiang, kematian artis nama sebenarnya Suzzanna Martha Frederika van Osch itu juga sempat mengundang misteri. Terdapat beberapa kontroversi dan khabar angin yang tersebar yang mengiringi pemergiannya pada 2008. Banyak kekeliruan yang mengiringi kematian artis yang berkait rapat dengan mendiang Ratu Sundel Bolong ini bermula daripada proses kematian mengejut sehinggalah kepada konflik dalaman keluarga. Antara kisah yang tersebar ialah kekecohan antara keluarga t...

LATA MANGESKHAR MENINGGAL DUNIA

Lata Mangeshkar, salah seorang penyanyi paling disayangi India yang menyanyikan runut bunyi kepada ratusan filem Bollywood, telah meninggal dunia pada usia 92 tahun. Mangeshkar dimasukkan ke hospital di Mumbai pada Januari selepas disahkan positif Covid-19. Kerjayanya yang luar biasa menjangkau lebih daripada setengah abad dan dia merakam ribuan lagu dalam 36 bahasa. Dia akan menerima pengebumian negara di Mumbai pada hari Ahad dan India akan dua hari berkabung sebagai satu acara nasional. Dalam tempoh ini, bendera negara akan dikibarkan separuh tiang di seluruh negara. Apabila berita itu tersebar, penghormatan mula mencurah-curah untuk Mangeshkar yang sering digelar "Nightingale of Bollywood" kerana peranannya sebagai penyanyi Playback Singer, dimana beliau merakamkan lagu-lagu yang akan dinyanyikan secara lip sync oleh pelakon dalam filem-filem di sana. Presiden Ram Nath Kovind berkata berita itu "menyayat hati saya, kerana ia juga kesayangan berjuta-juta peminat belia...

SURAT TERBUKA UNTUK FOODPANDA

Hello panda... Saya ada buah fikiran dan sedikit komen untuk Panda menjadi sebuah syarikat yang baik dan berdaya maju. Sebuah syarikat akan berjaya jika mempunyai pekerja yang  MENCINTAI  kerja mereka : 1 . Saya fikir sistem seharusnya pickup rider yang paling dekat dengan vendor untuk terima tempahan makanan. Kes Sabtu lepas saya dari Bukit Lanchong, Shah Alam di"paksa" oleh sistem untuk pickup order McD Main Place, Subang Jaya pada 9.30 malam( shift habis jam 10 malam). Saya nak DECLINE tapi sistem akan menjatuhkan markah performance saya. So saya accept 3 order sekali gus. Kemudian saya delivery ke Alam Megah, Shah Alam dengan harga RM4.60++ sen sahaja untuk 1 trip?? Dan last dropp ke pelanggan hampir jam 11 malam. Ini pada pandangan saya kurang adil dan pelanggan akan mendapat makanan yang lambat. Kualiti kerja dan ketidakpuasan akan berlaku kepada pelanggan dan pekerja. Panda yang akan mendapat nama yang buruk. 2 . Begitu juga saya dan Rider Panda yang lain j...

IBLIS CIPTAAN KAPITALIS

Situasi kritikal para peniaga kita untuk survival pada pandemik Covid 19 terutamanya KOS SEWA PREMIS seharusnya memperkuatkan saranan aku dulu yg benci pada "Dasar Penswastaan Negara" yg diwartakan dengan alasan² rapuh dalam memperkayakan individu² tertentu dan seterusnya mencipta golongan kaya raya dan 'kluster kayangan'... Dimana mereka untuk membantu kita ketika saat² darurat ni... setakat bagi "Gula²" dan masuk media massa itu semuanya adalah sebahagian daripada promosi dalam mencari keuntungan.. Ini adalah sesuatu kepincangan dalam sistem kehidupan yg diceduk daripada sistem Kapitalis² Dunia yg bersandarkan nafsu tamak duniawi... Sebenarnya secara logiknya, sesebuah kerajaan dalam sesebuah negara wajib kaya raya dengan hasil bumi semulajadi dan pelbagai usaha ekonomi dengan kerjasama seluruh rakyat... keuntungan negara wajib diagih²kan dan disalurkan kembali kepada rakyat dalam mencipta suasana yg cukup selesa dan...

KEHEBATAN SEDEKAH DUNIA AKHIRAT

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat? Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa? Mari kita baca jawapannya.. Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA? Satu  Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10) Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"? Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.." Dua Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu...

ASMA UL HUSNA - SUSUNAN ABJAD RUMI

DOWNLOAD PDF NAMA ALLAH LENGKAP DALAM SUSUNAN ABJAD RUMI PDF SIMPLE - Tujuan Untuk Menghafal. Link diatas adalah salinan PDF yang menyenaraikan 99 Nama-Nama Allah yang telah disusun mengikut abjad Rumi ... sila klik dan muat turun (download) dan sebarkan... Tujuannya tidak lain hanyalah untuk memudahkan Umat Islam yang tidak mahir berbahasa Arab untuk mengHAFAL Nama-Nama Allah yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat... insyaallah.. Admin merasai bahawa amalan menghafal 99 Nama Allah ini telah terlalu dipandang sepi berbanding dengan amalan-amalan Sunat yang lain walhal ia adalah 1 aktiviti yang sangat besar dalam mengenali Allah dengan lebih dekat... Dan sudah tentu... rukun pertama ataupun asas pertama sebagai Makhluk yang tercipta adalah percaya dan yakin sepenuh hati bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ... maka dengan Asma Ul Husna ini dengan izin Nya kalian akan mengenali Allah Tuhan Sekalian Alam yang Maha Esa dengan lebih mendalam.. Aamiim Ya Rabb.. ...