Langkau ke kandungan utama

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari kelabraja.blogspot.com ke --->> the1957.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

Golongan B40 Adalah Nyawa Malaysia



Semalam ketika tengah lepak kedai kopi aku makan semeja dengan seorang penjawat awam nampak gayanya...

Kami makan semeja kerana kebetulan kedai tu penuh.. maklumlah time lunch hour..

Mahu tak mahu kena lah duduk sebelah dia.. kalau tak, kenalah aku makan minum berdiri...

Dengan berpakaian kemeja T berseluar slack.. pakai Tie dan ada tanda nama di dada beliau, membayangkan beliau ni adalah penjawat awam..

Bila kami berborak betul tekaan aku..

Dia tu pegawai kerajaan gred rendah di sebuah jabatan kerajaan yg level paling tinggi lah.. dia dah hampir 30 tahun berkhidmat.. 

Dia merungut perihal tangga GAJI di Malaysia ini yg dikatakan tidak adil dan mencipta jarak ruang sosial yg besar..

Dia menyifatkan bhw keadaan ini akan mewujudkan suasana toksik dikalangan penduduk Malaysia..

Dia ada memberi ANGGARAN tangga gaji individu² yg aku listdown kat bawah ini...

Mari kita cuba renung-renungkan..

Tapi aku tak pasti betul ke tak.. ini semua atas dasar perbualan pegawai kerajaan tu..


Anggaran GAJI + ELAUN sebulan individu di Malaysia.


AHLI POLITIK


1. PM - RM75 Ribu.

2. Menteri - RM65 Ribu.

3. MB - RM60 Ribu.

4. Ahli Parlimen - RM52 Ribu.

5. ADUN - RM38 Ribu.


6. Gaji Minima Ketua Kg/MPKK - RM1,200


PENJAWAT AWAM 


1. KSN - RM42 Ribu.

2. KSU - RM38 Ribu.

3. PAT/IGP/SUK - RM38 Ribu.

4. JUSA A - RM38 Ribu.


5. Gaji Minima Staf B40 - RM1,500


SYARIKAT GLC


1. CEO TNB - RM958 Ribu.

2. CEO Petronas - RM900 Ribu.

3. CEO Maybank - RM660 Ribu.

4. CEO Khazanah - RM650 Ribu.

5. CEO Sime Darby - RM606 Ribu.

6. CEO CIMB - RM605 Ribu.


SYARIKAT KORPORAT


1. CEO Genting - RM12 Juta.

2. CEO Axiata - RM3.5 Juta.

3. CEO Public Bank - RM3.1 Juta.

4. CEO Hong Leong Bank - RM1.2 Juta.

5. CEO Hartalega - RM1 Juta.

6. CEO IOI - RM1 Juta.

7. CEO Sapur - RM1 Juta.


8. Gaji Minima Pekerja Swasta B40 - RM1,500


Tapi yg gaji RM1,500 dan B40 tu lah yg beria-ia mempertahankan Malaysia dan meng"HIDUP"kan tanahair kita ni...

Tanpa B40 tiadalah M40 dan T20...

Tanpa B40.. siapa nak angkat senjata pertahankan negara??

Kalau semua KAYA.. siapa nak buat kerja KOTOR, BAHAYA & SUKAR utk depa??

So please Malaysia... Hormat B40..

Dan tolong IMBANG JARAK SOSIAL supaya jangan jadi B40 muak dan bosan dgn Boh Layan kalian di atas sana...

Dan tolong tolong tolong... Jangan terus menerus menyokong kenaikan KOS SARA hidup ini.. 

Buat la apa pun.. jangan naikkan kos makanan dan minuman kami...

Kami bukan tabung simpanan kalian wahai orang kayangan...

Berapa ironi nya Malaysia


Malaysia 🇲🇾 

Negara Ku Yang Sedang Sakit

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

SENARAI KEMENTERIAN, JABATAN, AGENSI, GLC DAN BADAN BERKANUN YANG BERKAITAN

  Berikut adalah senarai kementerian di Malaysia beserta jabatan, agensi penting, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) penting, dan badan berkanun penting yang berkaitan.  Harap maklum bahawa senarai ini mungkin tidak lengkap dan tertakluk kepada perubahan semasa. 1. Jabatan Perdana Menteri (JPM) Jabatan: Pejabat Perdana Menteri Pejabat Timbalan-Timbalan Perdana Menteri Pejabat Ketua Setiausaha Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Perkhidmatan Awam Jabatan Peguam Negara Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan Majlis Keselamatan Negara Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia Agensi Penting: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Lembaga Tabung Haji Majlis Amanah Rakyat (MARA) GLC Penting: Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) Permodalan Nasional Berhad (PNB) Badan Berkanun Pent...

Perbezaan Antara JABATAN, AGENSI dan BADAN BERKANUN

Setiap kerajaan wajib memerintah sesebuah negara dengan kaedah pembahagian tatakelola mengikut kehendak semasa. Senarai Lengkap setiap Kementerian yang wujud bersama Jabatan, Agensi, GLC dan Badan Berkanun berkaitan. Setiap visi dan misi untuk sesebuah urusan penting negara dibahagikan melalui seseorang Menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk mengetuai sesebuah KEMENTERIAN seperti Kementerian Pelajaran Malaysia , Kementerian Kerja Raya dan banyak lagi. Namun bagaimana pula dengan Jabatan, Agensi dan Badan Berkanun? Mari kita ambil tahu serba sedikit perbezaan maksud antara Jabatan , Agensi , dan Badan Berkanun dalam konteks pentadbiran kerajaan Malaysia: Jabatan Definisi: Unit organisasi formal di bawah kementerian yang bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas spesifik berdasarkan undang-undang atau peraturan yang ada. Ciri-ciri: Struktur hierarki yang jelas dan terikat dengan kementerian. Jumlah dan sumber daya manusia dilantik oleh pihak kementerian dan kerajaan. Fokus pa...

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA

HUTANG MODEN: PENGHANCUR KUALITI HIDUP MANUSIA Hutang moden bukan lagi sekadar pinjaman wang — ia telah menjadi sistem kawalan global yang menjadikan manusia hamba dunia tanpa rantai besi. Ia tidak datang dalam bentuk cambuk atau penjara, tetapi dalam bentuk kontrak, bil, dan aplikasi . Manusia kini diperintah oleh angka, bukan lagi oleh nurani. 1. Hutang moden bukan sekadar pinjaman — ia adalah cara hidup yang dipaksa. Hari ini, hampir setiap insan terikat dengan sesuatu bentuk hutang. Rumah, kereta, bil utiliti, telefon, pinjaman pendidikan, langganan internet, cukai — semuanya diwajibkan oleh sistem yang kita tidak pernah pilih. Manusia hari ini tidak hidup berdasarkan keperluan, tetapi tekanan. Dari lahir kita sudah diwarisi hutang: ibu bapa menanggung hutang bersalin, anak-anak menanggung hutang pendidikan. Akhirnya semua generasi hidup dalam kitaran hutang yang tidak pernah tamat. Kita bangga dengan istilah “kemajuan moden” , sedangkan yang kita bangunkan sebenarnya iala...