BANK KOMUNITI: RAKYAT BANTU RAKYAT, BUKAN KAPITALIS!
Korang perasan tak? Melayu ni takut hutang.
Bukan sebab tak nak bayar, tapi sebab dari kecil dah ditanam rasa takut—
📌 Hutang itu beban.
📌 Kalau mati, roh tergantung sebab hutang.
📌 Silap langkah, kena buru Ah Long, ceti, dan geng peminjam.
Tapi pelik, kan? Kita ni tuan tanah, pribumi, majoriti—tapi takut dengan geng minoriti yang pegang ekonomi hutang ni.
Kenapa? Sebab sistem ni memang dibina untuk perangkap kita.
BANK KAPITALIS: MESIN PENINDAS RAKYAT
Dulu-dulu, orang boleh beli rumah, beli kereta, hidup selesa tanpa hutang menyesakkan.
Sekarang? Nak beli kipas pun kena bayar ansuran!
Kenapa jadi macam ni?
Sebab sistem kapitalis memastikan rakyat kekal berhutang seumur hidup.
💰 Beli rumah → Pinjam RM300K, bayar balik RM700K.
💰 Beli kereta → Pinjam RM50K, bayar RM80K. Tunggakan sikit, kereta kena tarik.
💰 Pendidikan & kesihatan → Pinjam, bayar faedah tinggi, hidup sampai tua dalam hutang.
💰 Barang keperluan → Syarikat ansuran buat untung atas angin dari rakyat susah.
Lepas tu, bank pulak pilih kasih. Kalau rakyat biasa nak pinjam RM10K, macam-macam syarat.
Tapi kalau tauke besar, boleh dapat ratus juta loan dalam masa sehari. Macam siak, kan?
BANK KOMUNITI: KITA UBAH SISTEM NI!
Dari terus kena perah oleh kapitalis, apa kata kita buat bank kita sendiri?
RAKYAT push KERAJAAN untuk bangunkan BANK KOMUNITI NASIONAL!!
➡ Bank Komuniti Nasional—bukan milik kapitalis, tapi milik rakyat.
➡ Dari rakyat, untuk rakyat.
➡ DANA PINJAMAN - guna dana rakyat sendiri iaitu simpanan KWSP, segala cukai atau LHDN.
➡ Tak ada faedah menekan, tak ada sistem kredit yang menindas, jangka masa pinjaman yang lebih lama.
MACAM MANA BANK KOMUNITI NI BERFUNGSI?
📌 Bayar Pinjaman hanya guna bil utiliti – Beli barang ansuran terus potong dari bil air, bil elektrik, atau cukai pendapatan atau cukai pintu. Ansuran yang murah dan jangka pinjaman yang lama.
Tak bayar - kita potong elektrik, air atau sita rumah sebagai cagaran jika
📌 Tak perlu skor kredit – Semua rakyat layak, asalkan ada kerja tetap. Boleh juga guna sistem potong melalui gaji pekerja. Tetapi jangka masa pinjaman akan
📌 Tak ada faedah gila-gila – Bayar balik ikut kadar sebenar, bukan faedah yang digandakan.
📌 Pekerjaan = Jaminan pinjaman – Kau ada kerja? Kau layak. Tak payah cagaran bodoh-bodoh.
Contoh realistik:
✅ Nak beli rumah? –
Mohon pinjaman dengan Bank Komuniti KPKT atau Kerajaan Tempatan. Bayar ansuran ikut bil cukai bulanan (bukan tahunan) dan boleh memakan masa berpuluh tahun.
✅ Nak beli kereta? –
Ambil pinjaman dari Bank Komuniti Kementerian Pengangkutan Malaysia. Bayar ansuran ikut bil PUSPAKOM atau bil roadtax JPJ.
✅ Nak beli TV, peti ais, aircond? –
Beli melalui Bank Komuniti TNB, bayar ansuran dalam bil elektrik.
✅ Nak pasang penapis air atau baiki sistem pengaliran? –
Mohon Pinjaman kepada Bank Komuniti SYABAS, bayar ikut bil air.
Kita potong terus kapitalis macam Coway, Cuckoo, AEON Credit, dan bank kapitalis.
Semuanya dikawal rakyat, untuk rakyat.
KERJA = ASET PALING BERHARGA
Kenapa bank sekarang susah nak bagi loan? Sebab dorang anggap kerja kita tak ada nilai.
Tapi dalam Bank Komuniti, kerja adalah aset paling penting.
✅ Ada kerja, ada kelayakan pinjaman.
✅ Tak perlu simpanan besar, tak perlu cagaran.
✅ Pinjaman boleh dipotong terus dari gaji, elak masalah tunggakan.
Maksudnya, selagi rakyat ada kerja, selagi itu ekonomi rakyat stabil. Tak perlu lagi takut nak buat pinjaman untuk perkara penting dalam hidup.
KENAPA KERAJAAN TAK BUAT BENDA NI?
Jawapan mudah: kerajaan pun gang kapitalis.
Dorang untung dari sistem sekarang. Bank-bank besar bagi dorang keuntungan. Ah Long pun dah berlesen.
Iklan pinjaman "halal" pun dah banyak dalam bahasa Melayu berlambak-lambak. Semua dah setting untuk menjahanamkan rakyat sendiri.
Tapi kalau rakyat bersuara, pemimpin kena dengar.
Kau ingat kes SOCSO dulu? Aku suarakan, akhirnya sampai ke pemimpin.
Bank Komuniti pun boleh jadi realiti, kalau kita sama-sama push.
INI IDEA UNTUK KITA, KITA SUARAKAN!
Aku dah mula dengan blog. Lepas tu, aku akan buat video. Dan aku akan terus promosi idea ni sampai ada yang pick up dan gerakkan.
Kalau kau rasa sistem ni logik dan boleh bantu rakyat, sebarkan idea ni.
Biar pemimpin dengar. Kalau kerajaan tak nak buat, kita push pembangkang.
Kalau dua-dua tak nak buat, kita cari pejuang rakyat yang betul-betul nak ubah sistem.
Dari rakyat, untuk rakyat.
Ini perjuangan kita.


Ulasan
Catat Ulasan